Teman-teman

Tuesday, September 07, 2010

Sakit Pinggang

Hari ini aku bersma isteri pagi-pagi lagi sudah kepasar. Perlu membeli keperluan barangan untuk rumah terbuka. kami membeli ikan sardin sebanyak 10 kilo untuk kuah laksa dan ayam untuk masak rendang. " Bang petang ni kita bakar ikan kembong untuk berbuka puasa ". Aku mengiakan saja. Setelah segalanya selesai kami bergegas pula ke giant untuk barangan lain. Badan mulai terasa sedikit keletihan setelah berada di pasar dari jam 7 pagi lagi. Setelah segala barangan sudah didapati kami pulang kerumah. Jam menunjukkan pukul 12.30 petang. " Bang,,abang tak beli lagi baju raya ". Rungut isteriku. " Tak apalah... abang tak kisah dengan baju raya. Apa yang ada abang pakai aje ". Kata-kataku membuat isteriku masam wajahnya

Akhirnya aku terasa kasihan pula pada isteri. Tak patut aku lakukan demikian terhadapnya. " Nah lepas zohor kita ke Bukit Jambul beli baju raya abang ". Kata-kataku membuat isteriku tersenyum riang. Seronok pula melihat dia gembira begitu. Perlukah aku meratapi Siti Aishah yang telah lama pergi. Dia juga berhak keatas diriku. Selepas zohor kami ke Bukit Jambul. Begitu gembira isteriku memilih baju untukku. Akhirnya aku beli baju sebanyak 2 helai. Melerek senyumannya semasa dalam kereta. Dibelek-beleknya bajuku.

Setelah sampai dirumah dia bergegas pula membersih ikan sebanyak 10 kilo dan ayam sebanyak 6 ekor. Aku kasihan melihatnya lalu aku menolongnya membersih ikan sebanyak 10 kilo manakala dia bersih ayam. Dengan ikan sebanyak 10 kilo membuat aku berjalan terbongkok-bongkok akibat pinggang yang sakit. Tertawa dia melihat aku begitu. Selesai semuanya dia mula membakar ikan kembong pula. Bau ikan kembong begitu wangi sehingga menusuk kekerongkong. Akhirnya jam menunjukkan 7.15 petang dan menghampiri waktu berbuka. " Ya Allah abang ...nasi terlupa nak tekan suis ". jerit isteriku.

Nasib baik didalam peti sejuk masih ada lagi baki tepung cucur bawang yang disimpan. Akhirnya itulah saja rezeki kami berbuka puasa. Namun alhamdulillah terasa kenyang perut. Berkali-kali isteriku memohon maaf kerana terlupa. Aku hanya berkata, " Wama karu wama karallah. Wallahu khairum ma kirin - Manusia merancang dan Allah jua merancang namun perancangan Allah la yang lebih baik ". Masih ada lagi orang islam yamg berlapar. Tidak patut aku melepaskan kemarahanku hanya terlupa menekan suis periuk nasi. Masih ada lagi insan yang berlapar ketika berbuka puasa. Syukur aku masih ada makanan untuk dimakan.

3 comments:

Insan Marhaen said...

IM angkat ibu jari kat WN. gitulah jaga hati isteri. ingatkan 1 helai tiba-tiba 2 helai.

fuh... IM nak beli ketayap masih belum sempat lagi nih!

Anonymous said...

sib baek waktu brbuka posa, lupa nak suis 'on' periuk nasi, kalu waktu sahur lupa suis, kes nayah nampak nya tak posa ler, ehehe ... dr ramhensam (sembawang)

Ariff Budiman said...

Biasalah IM. Mula-mula tunjuk aksion sikit. Last sekali 2 helai rasa tak cukup.

Aninymous...Ya la. Nasib baik waktu berbuka. Kalau waktu sahur alamat teguk air saja le. Thanks.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...