Teman-teman

Saturday, September 25, 2010

Badan Letih Pun Mimpi Begini

Mood malas menulis telah menyerang aku. Ini disebabkan keletihan akibat standby yang tidak mengira masa dan waktu. Walaupun kemana saja aku pergi laptop dan broadband tidak ketinggalan namun aku masih tidak mampu membukanya. Bila pulang saja kerumah mata dah tak boleh nak buka lagi. Nak ajak isteri bersembang besok dia nak meniaga. Sejak akhir-akhir ini aku begitu kerap bermimpikan Siti Aishah. berseri wajahnya memandang aku. Bila tersedar saja aku sedekahkan Al-Fatihah untuknya walaupun setiap kali sembahyang aku tidak pernah melupakan dirinya. Mungkin Allah memberi aku ruang kepadaku untuk melihatnya atau mungkin ada sebab lain yang aku sendiri tidak mengerti. Hari ini rakanku membuka laptop. Jadi aku pinjam sekejap untuk menaip entri ini.

Dalam keletihan juga aku boleh bermimpi yang aku sedang bersanding sendirian tanpa ada pasangan disebelah. Cepat-cepat aku cerita kepada isteriku. " Aishh...bang. Janganlah dok mimpi macam ni. Baru saja kita bersanding di kajang ". Aku terus mengusik isteriku, " Siapalah gerangan wanita disebelah abang ni. Tak sabar nak tidur malam ni ". Begitu cepat cubitan hinggap dipahaku. Sakit pula kali ini. Aku melihgat wajahnya dah berubah. Cepat-cepat aku pujuk takut melarat pula. " Nah tetap dihati abang kini dan selamanya insyaallah. Mana nak dapat isteri yang baik macam ni kali yang kedua ". " Ala abang dapat isteri tua buat apa ". Sengaja dia pula nak uji aku ni. " Tua tak apa asalkan beriman. Siti khadijah pun lebih tua dari Rasulullah tapi Rasulullah bahagia. Insyaallah abang bahagia bersama Nah. Anugerah yang Allah bagi tak akan abang persiakan ". " Betul ka bang ". Sampuknya. " Insyaallah ". Terus aku nyanyi lagu " Bila Rindu Ku Pejam mata mengenangmu. Seakan engkau disisiku. Terbayang siang dan malam ". lagu itu aku cukup minat. Ia nyanyian dari kumpulan Black Dog Bone diera 80an. Disebabkan lagu itu jugalah isteriku tersenyum riang. " Abang ni buat macam filem hisdustan pula ". Apa pun takapa janji dia gumbira sudah le.

2 comments:

a kl citizen said...

moga dapat berehat lebih supaya tidak penat sangat kan...

Insan Marhaen said...

orang hebat ni, mimpi dia pun bo;eh buat satu novel...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...