Teman-teman

Saturday, September 11, 2010

Walau Sayu Namun Tetap Ceria

Allahu Akbar Allahu Akbar Allahu Akbar.... Sayu aku mengemudikan takbir. Terasa sebak bila terbayang wajah arwah isteriku yang telah tiada hampir 2 tahun. Airmataku jatuh berlinang. Aku bersyukur kepada Allah kerana masih ada insan yang akan mencium tanganku memohon maaf padaku. Menghidangkan kuih raya kepada aku dan anak-anak. " Abang, Nah mohon maaf anadaikata selama ini ada Nah terkasar bahasa dengan abang. Terima kasih kerana abang sudi menjaga Nah ". Terasa sayu bila isteriku Rosnah memohon maaf. Aku memeluknya tanda kasihnya aku kepadanya tidak berbelah bagi. " Abang juga begitu. Andaikata ada perbuatan yang tidak disenangi tegurlah abang. Terima kasih juga abang kepada nah kerana sudi menerima abang ". Kami tidak dapat menahan sebak dihati. inilah kali kedua kami menyambut Aidil Fitri. Selesai melakukan solat sunat Aidil Fitri kami anak beranak sudah pasti menziarahi pusara Siti Aishah. Kelihatan sudah begitu ramai orang berada di perkuburan. Aku bertemu dengan sahabat baik Siti Aishah yang juga orang menghubung aku dengan isteriku Rosnah. Dia turut tercari-cari dimana pusara Siti Aishah. Akhirnya aku mengajak bersama kami. Aku tidak dapat menahan airmata lagi. terlalu sebak aku menatap pusara arwah isteriku. Aku membaca ayat-ayat suci Al-Quan dan aku sedekahkan kepadanya. Aku bermohon kepada Allah agar menempatkan arwah Siti Aishah bersama para solihin. Dialah isteri yang cukup baik bagiku.

Aku terpaksa meninggalkan pusara isteriku walaupun terlalu berat dihati. Namun aku perlu juga bersama isteriku rosnah kerana dia juga isteri yang baik. kami kerumah ibuku. Aku mencium ibuku lalu memohon maaf kepadanya andaikata selama ini aku gagal kerap menziarahinya. Sudah tua ibuku. Inilah insan yang istimewa pada kami sekeluarga. Ketika ayahku lumpuh dialah yang membesarkan kami serama 7 beradik. Alhamdulillah kami semua berjaya mengharungi dunia ini. Entah kenapa tahun ini aku begitu ceria menghadapi Aidil Fitri. Tidak seperti tahun lepas, aku hanya duduk dirumah menanti tetamu datang. Disebabkan itulah aku merasa ingin mmembuat perubahan sedikit demi sedikit dan tahun ini aku dan isteriku Rosnah akan mengadakan rumah terbuka. Semua keluarga tidak aku lupakan. walaupun aku sudah berumah tangga namun keluarga Siti Aishah tetap aku jemput dan mereka begitu seronok untuk hadir. Semoga Allah terus memberkati perkahwinan kami berdua.

Bersama abangku Dr Danial dan ibu kesayangan kami

4 comments:

Marina Monroe said...

Salam, Alhamdulillah masih ada bonda yang di sayangi. Saya yang tiada ibu & bapa, terasa kehilangan terutama di pagi raya.

Ariff Budiman said...

Benar puan. Pasti saat ini amat dirasai. namun kita perlu menerima hakikat yang setiap insan pasti merasa akan kematian.

Insan Marhaen said...

IM juga terasa sayu bila menghayati tulisan WN kali ini. IM harap akan dapat menjadi seperti mak WN dalam menjaga isteri serta anak-anak hingga akhir hayat.

sayu juga bila melihat DD yang kecik sikit dari WN.

kuliah beliaulah yang mengikat IM supaya terus menetap di sini dari balik semula ke kampung.

kapten said...

Selamat Hari Raya abg diman. Mohon Maaf zahir dan batin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...