Teman-teman

Thursday, November 10, 2011

Majlis Pertunangan

Isteriku begitu sibuk menyediakan peralatan dan membersih rumah. Insyaallah pada hari Sabtu 12 November ini ada rombongan yang akan datang meminang anak gadisnya. Ini bermakna sekali gus menjadi anak tiriku. Anak tiriku 2 tahun tuanya dari anak gadisku. Aku pernah bergurau dengan anak gadisku tentang calunnya.
" Kakak tak mau fikir pasal kahwin lagi. kakak nak kumpul duit nak beli rumah dan kereta. Kalau Allah dah tetapkan jodoh kakak awal maka terimalah ". Itulah kata anak gadisku.

Ketika isteriku beritahu yang ayah kepada pihak lelaki ingin datang kerumah untuk merisik, aku menjadi gelabah.
" Depa nak merisik abang ke anak ". Gurauku kepada isteri.
" Merepek la abang ni. Ayah kan dah berpunya. Abang lupa ke ". Gurau isteriku seperti ketukan di kepalaku. Tiba masanya maka datanglah rombongan merisik dari pihak lelaki. Aku hanya berbaju t-shirt yang kemas. Bila melihat yang datang berkopiah dan memakai baju teluk belanga hati aku menjadi begitu gelisah.
" Ala Nah abang pakai seluar dan t-shirt saja. Bapa anak teruna dengan kopiah dan teluk belanga ". Namun isteriku hanya tersenyum saja melihat kegelisahanku.
" Tak apa la bang. Ini kan cara abang ". Kata isteriku dengan cool saja.

Setelah bersalaman maka pihak keluarga lelaki berkata yang aku dan isteri kelihatan muda. Tidak seperti yang mereka sangkakan. He he perasannya aku ketika itu. Kata mereka sebagai adat , nak melihat juga ibu bapa pihak perempuan. Aku hanya tersenyum dan tersengih padahal kalau orang itu amat aku kenali memang riuhlah mulut aku. Yang ini aku control macho aku. Sekali sekala isteriku menjeling kearah aku yang nampak banyak diam. Tentu dia juga menyedari yang banyak diam itu bukan cara aku.

" Jadi kalau sudah setuju untuk diadakan majlis pertunangan, kami nak tahu berapa hantarannya pula supaya senang kami bersedia ". Kata si ayah anak teruna. Aku menjeling kearah isteriku dan isteriku pula menjeling kearah aku. Kami sama-sama berpandangan. Ketika itu aku begitu tergamam apa yang perlu aku jawab tentang belanja hantaran.

" Macam inilah. Bab belanja perkahwinan saya dan isteri belum berbincang lagi. Tak apa kita settle satu persatu dulu. Kita sudah bersetuju untuk di jodohkan anak-anak. Jadi soal hantaran nanti setelah saya dan isteri berbincang insyaallah kami akan talipon ". Aku melihat isteriku tersenyum dengan jawapanku. Aku pasti sebab dia menyerah segala-galanya kepada aku dalam soal percakapan. Bukan senang 000 pembaca semua.

Akhirnya setelah segala-galanya di atur, pada hari Sabtu ini kami akan menerima sebanyak 5 buah kenderaan. Banyak tu. Aku sudah mencari mereka yang boleh bercakap semasa majlis pertunangan. Isteriku merupakan orang yang paling sibuk. Selepas pulang berniaga terpaksa buat kerja lain pula dan selepas isyak sudah tidak sedarkan diri lagi akibat keletihan berniaga dan persiapan majlis pertunangan. Aku mengharapkan majlis ini akan berjalan lancar. Insyaallah majlis kenduri kahwin akan di buat pada bulan April tahun hadapan.

10 comments:

Kakcik Seroja said...

Jika diizinkan Allah, mungkin kakcik juga akan menerima menantu pada tahun depan. :)

pB said...

semoga semuanya berlancar dengan lancar



amin

Ariff Budiman said...

kakcik..Sama-samalah kita ya.

Ariff Budiman said...

pB..Terima kasih banyak2

Anonymous said...

selamat bertunang kat anak tiri abg.

semoga majlis berjalan dengan lancar.insyaallah.amin

radziah AR said...

semoga majlis berjalan dgn lancar. amin

Ariff Budiman said...

MaYa MustWany...Terima kasih di atas doa ini

Ariff Budiman said...

radziah AR...Terima kasih juga di atas doa ini.

Unknown said...

Tahniah En Arif & isteri... Semoga segalanya berjalan dengan lancar...insya'Allah...jgn nervous2 lg tau!

Ariff Budiman said...

MaryaYusuf...Terima kasih puan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...