Setelah kelas tamat, aku dan rakan terus check in di Newton Hotel. Kira ini merupakan hotel budget. Sewa hanya RM90. Itupun atas tiket korporat. Kalau tidak bayarannya sebanyak RM110. Selepas bersihkan diri kami keluar meronda ke Mid Valley. Inilah pertama kalinya aku kesini. Besar juga tempatnya. Aku memang tidak gemar berjalan-jalan. Shoping kompleks di Penang baru di buka sehingga kini pun belum aku jejak. Kadang-kadang isteri merungut juga mengajak jalan-jalan ke shoping kompleks.
Berbalik kepada cerita meronda di Mid Valley maka entah bagaimana terjumpa dengan pembaca setia warna nostalgia. Betapa gembiranya aku bila di tegur. Nasib tak baik sebab tak bawa kamera. Tapi jadilah dapat juga berjumpa secara tidak sengaja dengan pembaca teras warna nostalgia. Terima kasih kerana tidak sombong untuk menegur.
Balik ke hotel badan sudah letih. Setelah membuat solat jamak, terus aku tertidur. Sedar-sedar dah masuk subuh. Hari ini merupakan kelas terakhir. Seronoknya hendak pulang. Fasi asyik bertanya. " Any question ". Aku tetap mengangguk kepala. Yes yes sebab sudah kekenyangan.Minggu depan akan ke kajang pula menghadiri kenduri rumah kakak ipar. Minggu depan akan ke Kelantan pula. Meronda sakan bulan ini. Pkl 4 nanti aku akan kembali ke pangkal jalan.
16 comments:
18/12 nanti jemputlah turun ke Bandar Baru Bangi. Boleh kita berkenalan dengan ramai blogger. :)
semoga selamat dalam perjalanan
kakcik..Insyaallah kalaun ada kelapangan ketika ke kajang
pB....Terima kasih tuan
sapo yg WN jpo tu? mace sy jah, kih2.
Selamat berkursus dan berhati2 semasa
dalam perjalanan ke Kajang n Kelantan
Tahniah WN tengah sibuk kursus pun masih sempat berblog ye...
saing..Terima kasih ler kerana menegur saya ya. Maklum ler WN ni pemalu orangnya
Ummi Miqdad...Tu yg bagus kursus macam ni. Boleh sempat kenen dekat blog
kelantan kat mana eh?
athirah...Pasir Putih
oh yeke...en ariff ke yg asal kelantan atau?
athirah...Tak ada la. saya tinggal di Penang. Adik dan kakak tinggal di sana. Sajo jale2 cari make
mas duk kl pun tak g lagi midd velly.hahahah..tak suka..hihi
MustWany...Bukannya ada apa sangat di Mid Valley. Besar juga tempatnya
kalau di midvalley yg sebesar tu WN kata xde apa2, apa yg WN expect sebenarnya? prnh dulu ia di iktiraf sbagai mega mall tbesar di asia. bsyukur apa yg msia ada
saing...marahnya saing pada saya ya. Bukan saya kondem Mid Valley. Cuma pada saya tak ada apala sebab saya hanya melawat 1 base saja. WN sentiasa bersyukur apa yg Mlaysia ada
Post a Comment