Teman-teman

Friday, December 02, 2011

Sampai 5 Ekor

Pagi-pagi aku masuk berkursus. Mata aku asyik memerhati sebanyak 5 ekor makhluk berada di dalam. Suara Mat Saleh yang memberi penerangan tenggelam. Cantik sungguh rupa makhluk perempuan. Rambutnya panjang. Hidungnya mancung. Dia tidak memperduli langsung kami yang datang. Mungkin dia hanya menumpang saja. Aku cuba berdiri di sebelahnya sambil mataku asyik mengerling ke arahnya. Gatalnya aku. Bukan apa saja nak test samada dia tahu aku nampak dia.

Aku menghampiri seorang jurutera wanita.
" Puan saya nak tanya. Tempat ni dulu kawasan apa ". terdiam dia bila dengan soalanku.
" Tak tahulah saya. Mungkin hutan belukar kut ". Katanya.
" Patutlah puan. Ada sebanyak 5 ekor dalam sini. 2 perempuan dan 3 lelaki ". kataku membuatkan jurutera wanita terkejut.
" Ye ke. Saya hari-hari datang sini waktu malam seorang diri mengambil kunci ". katanya.
" Maafkan saya puan sebab menceritakan apa yang saya lihat ".
Sebentar kemudian jurutera tersebut terus hilang. Rasa menyesal pula aku menceritakan kepadanya. Kalaulah di hebuhkan jenuh juga aku nanti.

12 comments:

Ummi Miqdad said...

Salam
Kekadang terfikir adakah ilusi je yg dialami oleh WN ni.Tapi bila tanya pd ustaz di sekolah saya dia sendiri nampak benda2 makhluk halus ni.
Tidak semua org dikurniakan Allah kelebihan sebegini

Kakcik Seroja said...

Lepas ni mahu Cik Puan tu tak berani lagi hendak mengambil kunci!

pB said...

tak pergi dah sengsorang

Unknown said...

Lama betul tak dgr cite ape yg en Arif nampak...sy ingat kebolehan tu da hilang....nampaknye Allah masih kekalkan lg keistimewaan en arif ni ye...

BAYAN LEPAS said...

Wn memiliki six sense...,hanya di miliki org tertentu saja....

Ariff Budiman said...

Ummi Miqdad...Bukan senang untuk menerangkan segalanya. Memang ramai yang mengatakan WN hanya ilusi. WN tak marah. Itu pendapat masing-masing

Ariff Budiman said...

Kakcik...Betul2. Memang tak nampak dia datang

Ariff Budiman said...

pB...Biasa saja. Bukan semuanya mengganggu.

Ariff Budiman said...

Marya Yusuf...Kalau kerap sangat menceritakan kisah ini maka blog WN akar bertukar menjadi blog kisah hantu pula

Ariff Budiman said...

Bayan Lepas...Tak ada la sampai macam tu sekali

Ariff Budiman said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

err betul ke?hihih
best jugak kan.
cian dia,sure dia takut.
anugerah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...