Teman-teman

Saturday, January 14, 2012

Bestnya Bang.....

Aku masih ingat ketika aku berkahwin dengn arwah Siti Aishah. Buah ciku merupakan kesukaannya. Pokok yang tumbuh merendang dan buahnya amat lebat. Akulah yang menjadi sandarannya untuk makan buah. Waktu itu aku pasti akan memanjat untuk mendapatkan buah kesukaan isteriku. Di kawasan rumahku pula juga terdapat pokok buah ciku. Jadi tidak ada masalah terputus bekalan buah ciku.

Kini semua itu telah menjadi kenangan bagiku. Pokok yang tumbuh merendang telah patah sedikit demi sedikit akibat di mamah usianya. Tumbuh pula anaknya sebagai pengganti. Semenjak isteriku meninggal aku tidak pernah mengambil buah ciku lagi. Bukan aku marah akan takdir tuhan. Mungkin masa yang akan merawat segalanya.

Baru-baru ni aku membawa isteriku ke rumah ibu mertuaku. Terpandang saja buah ciku,
" Abang...bestnya buah ciku. Nah mau la ". Terdiam aku seketika. Tak sangka rupanya isteriku Rosnah juga menggemari akan buah ciku. Apalagi memandang pokoknya pun tak lah tinggi sangat. Aku begitu mudah mengambilnya. Setelah 3 hari memeramnya maka masak la buah ciku. Melihat isteriku makan menimbulkan rasa teringinnya aku nak merasainya.
" Pasai apa abang tak bagitau yang di rumah emak mertua abang ada pokok ciku. Abang tak makan ka buah ciku ". Soalan yang amat susah untuk aku jawab. Diam lebih baik bagiku.

Pagi tadi sekali lagi aku ke rumah ibu mertuaku. Kelihatan begitu banyak buah yang sudah cukup tua. Aku memetik lalu aku membawa pulang. Begitu gembiranya isteriku melihat akan buah ciku kegemarannya.
" Dulu abang tak pernah bawa pulang pun buah ciku ". Kata isteriku.
" Dulu abang tak tau yang Nah suka buah ciku. Ni bila dah tau. Abang panjat pokok pun tak apa. Sayang isteri ". Seloroh aku. Tersenyum dia bila aku berkata yang aku sayang padanya.
" Nanti Nah buat kuah durian dan roti jala untuk abang ". Itulah. Bila kita baik dengan isteri maka isteri pula akan baik dengan kita. Hai...tak sabar nak makan roti jala cicah dengan kuah durian.. Seperti apa yang aku katakan dahulu. Biarlah masa yang mengubah segala-galanya. Tak perlu kita rush untuk mengubah sesuatu.

6 comments:

radziah AR said...

bahagianya en. ariff dikurniakan yang sama w/pun mungkin tidak serupa, banyak yg saya baca, isteri en.ariff banyak persamaannya....
terasa bertuahnya!

Ariff Budiman said...

radziah AR...Memang saya akui akan kebenarannya. Mungkin Allah telah makbulkan doa saya.

athirah said...

Alhamdulillah...semoga hidup en ariff bertambah ceria...amin...en ariff gembira tapi terselit semua satu rasa yang xleh orang lain gambarkan...

Ariff Budiman said...

athirah...Masyaallah. pandai sungguh tuan hamba membaca isi hati WN

MaryaYusof said...

Salam En Ariff,
Betul tu isteri2 en ariff byk persamaannya... saya pun suka mkn buah ciku...dulu ms di msia ssh betul nak jumpa buah ni... kata org tak elok tanam buah ciku depan rumah, bad luck...betul ke? Entahlah ye...

Ariff Budiman said...

MaryaYusuf..Tanam pokok ciku bukan bad luck tapi benda amat suka dengan pokok ciku

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...