Teman-teman

Friday, January 06, 2012

Maggi Mee Cepat Dimasak Sedap Dimakan

Sudah lama aku mendapat sejenis penyakit iaitu tidak lalu dengan nasi. Kalau aku makan nasi sudah pasti tidak dapat aku habiskan. Pernah aku di tegur oleh seorang kanak-kanak ketika makan bersamanya.
" Uncle tak habiskan nasi. Tak baik tau ". Malu dengan teguran anak tersebut dan akhirnya terpaksa juga aku habiskan. Aku lebih sukakan makanan yang masam seperti tomyam dan sup ekor. Itulah saja yang meneruskan keinginanku untuk makan. Sebab itulah dalam cerita yang lepas aku mengatakan yang nikmat yang Allah berikan kepadaku telah di ambil sedikit demi sedikit. Malam ini sekali lagi isteriku bertanya kepadaku soalan yang sama.
" Abang nak makan apa malam ini ". Terdiam aku tanpa jawapan. Aku membuka stor simpanan kecemasanku. Akhirnya inilah yang berkenan dihatiku. Malas rasanya nak keluar mencari makan

" Abang nak makan maggi ? ". Tanya isteriku dengan rasa ragu-ragu. Pertanyaan yang membuatkan aku tersengih dengan penuh harapan.
" Nah tau tak. Kawan abang yang bernama Mokhtar bekerja dengan pihak Nestle. Manalah tau kalau abang cerita tentangnya kita dapat sekotak maggi ". Kataku bergurau.

" Kawan abang masa sekolah dulu baik-baik. Tengok masa reunion dulu ada sorang kawan beri sekotak kopi tongkat ali dan capucinno. Manalah tau kawan yang ini pula bagi kita sekotak maggi ". Tertawa isteriku dengan gurauanku.

" Yer lah tu bang. Sapalah nak bagi dekat abang sampai sekotak ". Terus dia berlalu membawa kedapur maggi kari untukku dan aku menanti dengan penuh debaran. Jemput makan kawan-kawan.

8 comments:

kakcik said...

Anak2 kakcik dah pandai masak sendiri mee segera tu, jadi tidaklah mereka merengek kepada kakcik lagi. :)

Ariff Budiman said...

kakcik...paling mudah di masak ya

MaryaYusof said...

Sodap eh maggie...kami bwk 2-3 kotak ke sini ;)

Ariff Budiman said...

MaryaYusof..Sekali sekala makan tak apa ler. Kerap sangat botaklah jadinya

Mok said...

Arip, MAGGI mi yang siap di masak ni memang nampak sedap..siap ngan telur dan sayur sebagai bahan tambahan. Dan memang ini yang selalu disyorkan. Makanan yang seimbang..Yang ni perasa kari ka? Selamat menjamu selera..

Nak sekotak? Insyaallah kalau ada rezeki dapat lah tu... Apa kata sumbangan apron untuk utk orang orang yang akan masak atau menyediakan hidangan untuk kenduri bulan April 2012 ni?

Ariff Budiman said...

Mok...Memang ini maggi kari. Wife aku buat seperti yang aku buat selalu. Goreng bawang merah, kemudian tumis cabai dan masukkan maggi kari bersama perencah. masuk pula telur lagi mengancam. Kenduri nanti pakai katering saja Mokhtar

MaYa MustWany said...

wahh nyum3 tapi mas suka megi goreng.kering jew.sedapp.hihihi..tapi family suka berkuah.mas mesti lain.hihi

Ariff Budiman said...

MaYa MustWany...Mas..Maggi goreng pun sedap juga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...