" Bang...esok abang offkan. Abang tak kena kerja kan ". lembut sungguh suara isteriku. Aku dapat meneka apa yang tersirat di hatinya.
" Nah nak ajak abang ke Parit Buntar. Kita survey baju pengantin ". Terdiam aku mendengarnya.
" Pasai apa sampai ke Parit Buntar nak mencari baju. Penang tak ada ka ". Nada aku sedikit marah. maklumlah niat dah nak rehat.
" Penang mahal lah bang. Dia minta satu set semua RM3000. Tak apa la kalau abang tak mau ikut. Nah bawa kereta sendiri ". Aku buat tak mendengar saja. Masam mukanya tapi comeinya.
lepas zohor dia pun bersiap-siap nak ke Parit Buntar. Aku pun turut sama tanpa bicara.
lepas zohor dia pun bersiap-siap nak ke Parit Buntar. Aku pun turut sama tanpa bicara.
" Abang nak p mana ni pakai elok-elok ". Tanya isteriku dalam keadaan musykil. Aku tersenyum.
" Abang ikut Nah ke Parit Buntar la. Kesian dekat Nah bawa Kereta ". kataku tersenyum.
" Sayaaaaagggg abang ". Amboi panjangnya ucapan dari isteriku. Betapa bangganya aku. Setelah berada di sana dan tawaf ke beberapa kedai akhirnya terlaksana impian isteriku mendapat baju pengantin. Semua sekali tanpa pelamin sebanyak RM1800. Kira murah sangat la.
" Nah..cantik la baju pengantin. Abang nak tempah satu ". Sakat aku terhadap isteriku.
" Abang ni biar betul. Yang nak kawin anak ke pak ". Idghamnya sudah lain dan aku hanya tertawa. Sukanya aku sakat menyakat ni.
Dalam perjalanan pulang selepas maghrib, dapat mesej dari kawan sekolah rendah @ menengah ingin berjumpa jam 8.15 malam di warung Mee Vespa. Aku terus memecut dan sampai di sana jam 9 malam. Kawan-kawan dah selesai makan mee vespa. Tak apa janji kami dapat bersembang dan bergambar. Gelak ketawa kami bersama. Tengoklah pic. Boleh naik vespa lagi. Isteriku hanya tersenyum melihat kami bagaikan budak-budak sekolah. Perasannya kami bagai anak remaja. Rupanya kami adalah remaja bangka. Tak apa asalkan kami bahagia.
Bila pulang kerumah isteriku bersuara, " Abang ni kalau dapat berjumpa kawan-kawan perangai terus berubah ". Aku tertawa gelihati bila ingatkan kembali bila kami bertemu. Memang betul. kami bagaikan anak-anak remaja.
" Bang..esok kita makan mee vespa. Rasa teringin pula ". kata isteri yang mendapat LIKE dari aku. Malam ini kami berdua akan kesana pula makan Mee Vespa...Hanya berdua saja
15 comments:
masih romantik dan itu yg perlu bagi mengikat kasih sayang hingga ke akhirnya..
PRIMADONA BRANDLICIOUS...Memang perlu untuk pasangan suami isteri
Mee Vespa tu macamana rupanya? :)
kakcik...Mee tu biasa saja. Mee kuah. Dah ada vespa di warung dia sebab tu nama mee vespa
kat mana tu en. ariff? nnt blh try
radziah AR...Depan sunshine square
wah...romantik g2...;)
murah nya?tapi cmpur duit antar ke pinang?
Hehehe...Paknjang ni lawak la...Masih baik dengan kawan-kawan sekolah rendah dan menengah...baguihnya!
murahnya sewa baju pengantin kat parit buntar.
boleh sy tau,apa nama kedai tu...saya pun nk pi sewa baju kat kedai tu lah.
Bearcat...Itulah bila di sekolah rendah baik. masuk pula sekolah menengah yang sama. Bila berjumpa dah jadi macam adik beradik pula
Anonymous...Nama kedai ialah Serambi Mahligai. Ini yg dia offer.
1. Meja makan
2. Karpet merah
3. Tiang -- 6 utk bunga
4. Pintu gerbang
5. Baju 2 pasang
6. Make-up ke rumah
FOC
1. Payung dan 2 bantal duduk
Semua berharga RM 1800
MaYa MustWany,,,Tak penghantaran percuma saja
WN..leh comfirm tak,
serambi mahligai ker atau serambi mempelai.kedai tu kat area mana.
Anonymous...Serambi mempelai. Pekan parit Buntar. Sebelah stesen bas parit buntar dan sederet KFC. Dia sebelah kedai kasut
Post a Comment