Teman-teman

Thursday, January 19, 2012

Nah Sudah Buat Silap.....

Alhamdulillah. Sudah lama aku tidak merasai mee rebus. Baru-baru ni dapatlah juga aku makan mee rebus kesukaanku walaupun udangnya tidak mengambus mee.
" Esok kita makan pulut dengan durian pula ". Aku mengesyorkan kepada isteriku.
" Sudahlah bang. lain kali pula. Mee pun abang dah makan banyak. Nah kesian kalau tengok abang terencat-encat kaki menahan sakit ". kata isteriku. Muram wajahnya. Aku masih ingat ketika hidup bersama arwah Siti Aishah. Menangis isteriku bila melihat aku terencat-encat manahan kesakitan untuk ketempat kerja. Bila pulang dari kerja badan aku menjadi panas akibat menahan sakit. Dialah yang membantu aku mengurut sehingga aku terlelap tidur. Sedar-sedar dia tertidur di hujung kakiku. Semoga Allah berikan Jannah kepada isteriku Siti Aishah.

Kini bila aku hidup pula bersama isteriku Rosnah kesakitan kakiku berkurangan setelah mengambil jus Monavie. Walaupun harganya mahal tapi ianya berbaloi untuk kesihatanku. Pernah aku mengalami sakit kaki yang amat sangat ketika sebulan berkahwin dengan isteriku Rosnah. Isteriku hanya mampu menangis melihat aku mengeluh sakit. Jadi kini dia mengawal tabiat pemakanan aku dan aku redho dengan apa yang di tentukan oleh isteriku. Terlalu gembira bila aku melihat sepinggan mee udang disediakan oleh isteriku. Aku tahu yang entah bila aku akan dapat bertemu kembali mee rebus.

Hari ini aku ke shoping kompleks. Saja berjalan-jalan seorang diri melihat kamera. Tiba-tiba talipon berdering. Pada skrin kelihatan isteriku memanggil.
" Abang Nah dah buat silap.....Abang balik tengok nanti ". Kata isteriku antara sedih dan tertawa kecil. Macam mana ya bunyinya antara sedih dan tertawa. Ahh...biarkan. Itu tak penting. Aku bergegas pulang lalu mendapatkan isteriku.
" Abang buka tudung yang di atas meja tu ". Tunjuk isteriku ke arah meja. Terus aku buka dan tergamam.
" Masyaallah Nah buat mee goreng ka ". kataku dengan nada girang. Tersenyum isteriku melihata betapa gembiranya hatiku bila melihat makanan kegemaranku.
" Nah lupa. Balik dari gerai terus Nah beli mee dan balik goreng. Last baru teringat yang baru-baru ni abang dah makan mee rebus ". Kata isteriku sambil melerek senyumannya.
" Nak buat macam mana. Bukannya Nah sengaja ". Pandainya aku.
" Abang akan jumpa mee lagi sebulan bermula hari ni ". Kata isteriku membuatkan aku ketawa. Rezeki sudah di depan mata. Dengan lafaz bismillah aku makan sebanyak 3 pinggan.
" Cukuplah bang..... ". Kata isteriku.
" Lagi sebulan abang akan bertemu dengan kekasih abang ". kata-kataku membuatkan isteriku tertawa. Janji dia bahagia. Aku tak kisah.....

10 comments:

MaryaYusof said...

Beruntung sungguh En Arif kerana dipertemukan dengan isteri2 yg lemah-lembut & baik hatinye... pandai masak pulak tu ;)

luahfikiran ... mari kita said...

Salam,
Kalau isteri masak, memang sedap tak terhingga bang Arif. Mendoakan keluarga bang sejahtera berkekalan hingga ke akhir hayat

Kakcik Seroja said...

Amboiii... sampai 3 pinggan tuuuuu... :)

Ariff Budiman said...

maryaYusof...itu semua perancangan Allah dan saya bersyukur dengan anugerah ini

Ariff Budiman said...

Luahfikiran...Sudah semestinya datuk. Kebersihan pula terjamin

Marina Monroe said...

Salam,

Ariff selalu terover makan..hehehehehhe

Ariff Budiman said...

kakcik Seroja...Kih2..Rezeki depan mata. Nak jumpa lagi sebulan pula tu

Ariff Budiman said...

Marina Monroe..Betul2 apa yg kakak kata. Isteri juga berkata demikian. jangan over makan.

cucu atok said...

patut atok susah benar nk lupa arwah ninek, oo baiknya arwah sampai picit kaki tertido kat kaki atok.syurgalah tempat arwah

Ariff Budiman said...

cucu atok...Syurga memang layak untuknya dan juga para isteri yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...