Teman-teman

Monday, January 30, 2012

Hafalan Shalat Delisa

" Bang DVD cerita Hafalan Shalat Delisa dah keluar tak lagi ". Tanya isteriku. Aku hanya diamkan diri sebab aku memang tak berminat dengan filem terbitan Malaysia. Tak ada lain asyik cerita hantu. Kalau satu filem laku maka ramailah producer filem akan mengeluarkan filem hantu. Yang paling aku menyampah ialah cerita Papadom. Mana ada arwah boleh menari tergelek-gelek punggung gembira bila anaknya di terima masuk semula ke universiti. Pengarah nampakkan akan arwah yang sudah meninggal keadaan mereka. Baru-baru ni isteriku mengatakan yang cerita Ombak Rindu amat best. Aku kesian, aku beli juga DVD cerita tu. Sehingga sekarang aku tidak pernah menonton cerita Ombak Rindu. Isteriku berkata tidaklah sedih sangat.

Kini hebat di perkatakan tentang cerita Hafalan Shalat Delisa. Rupanya ia sebuah filem Indonesia. Kaum keluargaku asyik berkata yang ia sebuah filem yang wajib di tonton. Menginsafkan. Pasti menangis. Aku mengajak isteriku menonton. Terus aku melanggang di Astro First. Ia mengisahkan tentang sebuah keluarga bahagia yang mempunyai 4 orang puteri. Yang bongsu bernama Delisa. Ketika dia sedang menjalalani ujian hafalan solat datang ombak Tsunami terus menenggelamkan kampong mereka. Ibunya, dan 3 orang kakaknya meninggal. Kakinya terpaksa di potong. Bermulalah kisah Delisa. Mendengar kampongnya di landa tsunami si ayah yang berada di perantauan bergegas pulang. Terharu bila mereka berdua di pertemukan.

Aku masih ingat soal jawab agama Ust Azhar Idrus. Soalan yang bertanya apakah hukumnya menangis sewaktu menonton cerita sedih. Jawapan ust Azhar Idrus amat melucukan tetapi mempunyai pengertian yang amat dalam. Katanya, " Yang menangis itu pertama cerita itu meme sedih dan kedua dia menangis terkenangkan perkara yang berlaku keatas dirinya ". Memang aku tergolong dalam jenis ini. Sewaktu Delisa menangis dan berkata," Allah tidak adil pada Delisa ". Kata-kata ini terkeluar bila ibu rakannya Umam telah di temui sedangkan dia mengharapkan yang ibunya masih hidup. Terpaksa si ayah memujuk Delisa. Itulah ayah yang terbaik. Dalam dia juga menanggung penderitaan dia masih mampu mengawal emosinya.

Kedua ialah bila Ust Rahman kembali ke kampungnya, beliau begitu sedih lebih-lebih lagi bila melihat Delisa yang kudung sebelah kakinya. Delisa begitu ceria mengajak rakan-rakannya bermain bola. Pada mulanya mereka tidak mahu bermain dan akhirnya terpaksa akur sebab tidak mahu kalah dengan Delisa. Delisa mengajak ust Rahman bermain tetapi Ust Rahman yang kelihatan sedih menolak permintaan Delisa. Ust Rahman berkata kepada petugas palang merah yang bernama Sophie,
" Aku sendiri masih belum mengerti mengapa Allah memberi kita bencana ".
" Kenapa kamu tidak bertanya kepada Delisa. Dia kehilangan ibunya, tiga saudaranya juga kehilangan kakinya tapi dia masih bermain bola ". Kata-kata Sophie telah menyedarkan Ust Rahman dan terus bermain bola bersama anak muridnya.

Kedua-dua ayat ini pernah aku gunakan tatkala aku pulang dari kubur setelah jasad isteriku di semadikan. Disitulah kami berpisah buat selama-lamanya. Selepas solat aku berdoa dengan suara yang mendayu," Ya Allah kenapa engkau berikan aku dugaan yang amat berat sekali. Bagaimana aku hendak meneruskan kehidupanku setelah ketiadaan isteriku ". Ketika itu hanya Allah saja yang mendengar segala rintihanku. Aku mengikut kaum keluargku berjalan-jalan di Terengganu. Bila ketika sampai di sekitar sungai kaum keluarga begitu gembira mandi manda. Aku hanya duduk termenung dengan berperasaan yang Allah tidak adil terhadapku.
" Ayah...mai la mandi ". Kata kedua-dua anakku. Mereka juga merindui akan kedua ibubapa mereka tapi mereka terima dugaan ini dengan hati yang sabar. Akhirnya aku akur dengan pujukan kedua-dua anak-anakku walaupun hati aku berada di tempat lain.

Tatkala Delisa bermimpi umminya, " Satu ketika nanti kita pasti akan bersama lagi sayang ". Kata-kata umminya membuatkan aku teringat akan mimpiku berjumpa dengan Siti Aishah.
" Satu hari kita akan bertemu bang. Siti akan tunggu abang ". Bercucuran airmataku dan isteri ketika menonton cerita ini. Walaupun ia tidak dapat mengubah cara hidupku yang cukup sensitif sekarang berbanding dulu namun sedikit sebanyak ia juga telah mendidik aku. Selamat menonton semua. Tak rugi..



12 comments:

Thirah said...

kuat ingatan en ariff utk arwah Siti Aishah...indah namanya..semoga en ariff sentiasa mendapat apa yang en ariff inginkan..amin...

Bearcat said...

Kan betul Paknjang...jalan cerita yang sangat menginsafkan dan menyebabkan kita menitiskan air mata tanpa kita sedari. Betapa kuatnya semangat kanak-kanak kecil bernama Delisa tu...

Part nyanyi lagu Ummi tu paling sedih...teresak-esak dibuatnya.

Anyway paknjang, url blog bearcat@redpanda yang baru adalah :
www.kisahredpanda.blogspot.com

mek yusz said...

harus ditonton ni

Ariff Budiman said...

athirah...Itulah kekasih awal dan akhir

Ariff Budiman said...

Red Panda...Memang touching G

Ariff Budiman said...

mek yusz...Tak rugi menontonnya

Unknown said...

Salam En Arif,

Sy dah tgk promo cerita ni, tp xberpeluang utk tgk sb youtube tiada movienya yg full... teringin jgk bile rmai yg buat ringkasan ttg cerita ini... filemnya pun cantik :)

Ariff Budiman said...

MaryaYusuf...Nanti ada la yg hantar full movie ke tou tube

mek yusz said...

dah tgk smlm...best..xrugi bli astro first..layan...

Ariff Budiman said...

mek yusz...Jadi dah nonton la cerita ni

Anonymous said...

tak tengok. :(
mcm best je masa tgk iklan tuh.

Ariff Budiman said...

MaYa MustWany...Tak tengok rugi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...