Teman-teman

Wednesday, February 01, 2012

Bila Karaoke Di Tutup

Ini adalah kuala Juru. Sebelah siangnya merupakan tempat nelayan menurunkan hasil tangkapan mereka. Bila malam menjelma tempat ini bertukar menjadi pusat hiburan. Berduyun-duyun kereta datang untuk berkaraoke. Tak kiralah malam Maal Hijrah ka malam lain ka mereka tetap bedal walaupun ada suara yang sumbang dan sumbing. Yang hadir pula bukan dari kalangan manusia saja tetapi banyak dari kalangan makhluk-makhluk yang ingin turut sama berhibur.

Baru ni aku bertugas malam. Bila sampai jam 12 malam keadaan pusat karaoke sunyi.
" Baru terasa aman malam ni ". Bisik hati kecilku. Aku membancuh Kopi Capucinno pemberian rakanku. Aku mula melayari internet. Masuk FB semua rakan-rakan sudah di ulit mimpi indah. Jam di tangan sudah pukul 3 pagi. Seperti biasa aku akan keluar mengambil bacaan sebab itu merupakan tugasanku. Setelah keadaan bekalan dalam keadaan baik aku beredar untuk masuk semula ke pejabatku. Aku perasan yang ada sesuatu di atas kepalaku sedang melayang. Memang betul seperti yang aku sangkakan. Aku mendongak ke atas dan kelihatan sesusuk tubuh dan kain putih sedang mengahala ke tempat seperti di bawah. Itulah langsuir. Aku kenal betul akannya sebab memang langsuir terbang mukanya mendongak ke atas. Dia mendarat betul-betul seperti anak panah gambar di bawah. Kebiasaannya sesiapa saja yang melintasi kawasan ini sudah pasti akan berkecai dibuatnya akibat renjatan kuasa yang tinggi. Selamber saja dia turun kebawah. Aku hanya memerhati kelakuannya yang asyik bermain rambutnya. Sekejap dia menjeling ke arahku. Panjang betul rambut.
" Macam mana dia boleh tak mati Nah. Sepatutnya sudah meletup ". Aku berkata kepada isteriku.
" Dah memang pun dia dah mati. Tak kan nak mati sekali lagi ". Kata isteriku sambil tersenyum. Ya ta ya. Bodoh juga aku ni. Tak kan nak mati lagi. Rakanku menegur kenapa aku tidak mengambil gambar sewaktu nampak langsuir. Berani-berani aku ada juga takutnya. Lebih baik aku masuk kedalam. Itu yang selamat...



4 comments:

Marina Monroe said...

Salam Ariff,

Ishhh..akak baca n3 ni pukul 12:52 malam..serammmm

Ariff Budiman said...

Marina Monroe...He he tersilap time akak.

MaryaYusof said...

Tatuuut!

Dekat rumah mak saya dulu selalu dgr bunyi pompuan mengilai... mendayu2... hb sy first time dgr terlopong!

Ariff Budiman said...

MaryaYusof....Bertuahnya hb Marya dapat berjumpa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...