Teman-teman

Monday, February 13, 2012

Kena Bomoh

Sudah beberapa hari aku melihat rakanku datang dengan keadaan tidak sihat. Asyik batuk saja dan kadang-kadang merungut sakit badan serta demam. Masuk hari yang kelima entah kenapa rakanku bersuara kepadaku.
" Ariff...aku ingat aku sudah kena buatan orang. Sudah seminggu aku batuk. Masih juga tak hilang. Hang tolong tengok sat apa yang tak kena ". Katanya kepadaku. Aku terdiam memikirkan apa yang berlaku sebab aku tahu kenapa dia batuk-batuk. Akhirnya aku bersuara.

" Apa yang aku tau. Tak ada siapa yang buat hang. Hang yang buat diri hang sendiri ". Tercengang rakanku mendengar kataku.

" Apa maksud hang aku yang buat diri aku sendiri ". Tanya rakanku. Beria-ia benar untuk mengetahui punca. Macam la aku ni bomoh yang hebat.

" Hang masuk kerja pagi hang beli Milo ais. Tengahari hang beli nasi, hang masuk kuah yang berminyak. Hang order lagi Milo ais lagi 2 bungkus. Petang hang nak balik hang beli lagi Teh ais. Tak pernah aku nampak hang minum air kosong. Sebab tu batuk hang tak hilang. Lepas tu hang merungut orang buat dekat hang ". Terdiam rakanku. Mungkin dia tak sangka aku akan berkata begitu.

" Betoi juga kata hang no. Aku asyik minum ais. Mana aku ada berkawan dengan siapa bila pulang ke rumah ". Aku tertawa mendengar kata-kata rakanku. Nasib baik dia boleh terima.

" Tabiat aku ni Ariff tak boleh tinggal air ais. Kalau tak minum ais hidup aku tak sempurna ". Kata-katanya membuat aku lebih tertawa.

" Jadi sahlah hang kena buatan sendiri dan bukan orang lain ". Sumbing senyumnya bila kena perli...

8 comments:

Marina Monroe said...

Salam,

Maaf apa yang akak nak kata kat sini.
Orang lelaki kalau kuat minum air ais dalam jangka panjang akan terjadi mati pucuk.

Saraf rosak. Entah yea atau tidak? Ni kata pakcik urut yg pakar ttg hal barang sulit lelaki, entahlah tak tahulah akak. Mungkin ada kebenaran nya.

kakcik said...

Amboi... kuat betoi dia minum ais, no?

Ariff Budiman said...

Marina Monroe...Memang betul. Air ais akan merosakkan saraf kita. Dia akan membuat darah tersumbat. Bayangkan kalau kita kita makan makanan berminyak dan kemudian minum pula air air. Minyak akan membeku. Bahaya

Ariff Budiman said...

kakcik...Itulah tabiat dia dari kami masuk kerja bersama. Tak boleh pisah dengan ais

insan_marhaen said...

Betul ke kata MM tu, WN?

Mati pucuk...he..he.. sensitif nih!

Ariff Budiman said...

Insan Marhein...Walaupun sensitif namun ada kebenarannya. Kita ambil kebenaran itu

MaYa MustWany said...

hihihi kan da malu sendiri..
mas memang kat rumah ada je botol air suam kat sisi.klu abiz,ambik yg bru.mmg xminum air sjuk except klu makan pedas.minum sikit then balas balik air suam.kat luar pun jrg minum berais..ambik limau suam kosong.

abah & adik mas fuhh raja n ratu sungguh air sejuk.esh2.degil.

Ariff Budiman said...

MaYa MustWany...Biasa la kalau dah tua susah nak di ajarnya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...