Teman-teman

Tuesday, February 14, 2012

Di Mana Tanggung JawabMU...

Aku di besarkan di sebuah kariah yang bernama Sungai Ara. Di situlah aku belajar erti kehidupan sehinggalah berumahtangga dan mempunyai cahaya mata. Selepas kematian isteriku, aku bertemu jodoh lalu terpaksa berpindah ke kariah baru yang bernama Sungai Nibong. Terpaksa aku menerima takdirku berjauhan dengan kedua-dua anakku yang ketika itu dahagakan kasih sayangku. Siang malam aku terpaksa bersembunyi mengeluarkan airmata kerinduan terhadap kedua-dua anakku. Perasaan itu terpaksa aku simpan dalam hatiku agar isteri baruku tidak mengetahui apa yang aku sedang alami. Isteriku hanya menyewa rumah tersebut. Setelah setahun berada di sana, aku berbincang dengan isteriku untuk membeli rumah. Padaku biarlah bulanannya banyak namun ia akan menjadi hak milik kami. Akhirnya dengan izin Allah kami dapat membeli sebuah rumah kampung di sebuah kariah yang bernama Bayan Lepas. Semua orang mengenali di mana letaknya Bayan Lepas. Sebut saja airport sudah semestinya orang akan menyebut Bayan Lepas.

Sudah hampir setahun kami menjadi ahli kariah yang baru. Padaku maghribku di kampung halamanku dan Isyakku di kariah baruku. Aku tercari-cari kawan-kawan sekolah yang tinggal di sekitar Bayan Lepas. Manalah tahu dapat juga bertanya khabar berita. Namun hampa belaka.
" Mungkin mereka sibuk dengan keluarga ".. Bisik hati kecilku. Di pendekkan cerita anak tiriku akan melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi. Mereka perlu mengisi borang dan di tanda tangani oleh Pengerusi Kariah dan 2 orang AJK. Padaku itu semua tidak menjadi masalah. Aku pernah menghadapi perkara ini sewaktu mengawini isteriku Rosnah. Kariahku banyak membantu sebab masing-masing tahu akan tanggung jawab mereka.

Aku membawa borang lalu pergi ke masjid untuk solat zohor. Selesai solat aku bertanya jemaah yang mana satu pengerusi kariah. Maklumlah aku ini merupakan anak kariah yang baru.
" Pengerusi kariah dia tak datang. Dia hanya datang waktu subuh saja ". Kata jemaah tersebut. Aku berjumpa dengan seorang lagi. Begitu jawapan yang diberikan.
" Boleh saya tahu siapa AJK masjid ". Aku bertanya lagi. Namun jawapan yang di beri AJK tidak datang. Aku pulang kerumah. Solat asar aku datang lagi. Jawapan tetap sama. Pengerusi kariah dan AJK tak datang.
" Macam nilah encik pergi ke rumah pengerusi kariah. Rumah dia yang besar terletak di tepi jalan ". Aku akur dengan saranan salah seorang dari mereka.

Berlegar-legar aku mencari rumah pengerusi kariah. Akhirnya aku mengagakkan yang sebuah rumah itu merupakan rumah pengerusi kariah memandangkan ianya besar dan cantik.
" Assalamualaikum... ". 10 kali aku memberi salam namun tiada jawapan. Aku pulang kerumah. Kemudian aku keluar lagi kerumah tersebut. Aku terus kebelakang rumah dan memberi salam. Terdapat seorang wanita sedang menjemur pakaian. Aku hulurkan borang kepada isterinya sebab katanya pengerusi kariah keluar.
" Tak apa. Lagi 3 hari saya datang ambil insyaallah ". Aku berkata kepada isterinya. Perasaan lega terpahat dihatiku. Harap-harap ketiga-tiga orang yang diperlukan tandatangan mereka akan menanda tangani borang tersebut.

Setelah cukup 3 hari sekali lagi aku ke masjid. Manalah tahu hari minggu semua jawatankuasa serta pengerusi kariah jemaah bersama. Hampa bila di beritahu yang pengerusi kariah dan ajk kariah tidak datang. Selesai solat aku terus kerumah pengerusi kariah. Entah sudah berapa kali aku memberi salam. Hati aku mula panas. Aku terlihat suis loceng di pintu terus aku tekan
" Ding dong ding dong ". Banyak kali aku tekan dan akhirnya aku terdengar pintu di buka. Keluar seorang lelaki. Terus aku memberitahu akan niatku. Lelaki tersebut masuk kembali dan memberiku borang tersebut. Aku mengucap terima kasih kepadanya. Gembiranya hatiku bila masalahku sudah selesai. Bila aku pulang kerumah dan membuka surat tersebut.
" Ya Allah Nah..Pengerusi kariah sign untuk dia sorang saja. Tak boleh ka dia bawa borang tersebut waktu subuh untuk minta ajknya sign ". Panas sungguh hatiku. Isteriku hanya mampu mengurut perlahan-lahan belakang aku.


Maghrib aku sekali lagi ke masjid. Selesai solat aku berjumpa dengan imam.
" Tuan haji. Yang mana satu ajk masjid. Saya nak minta tandatangan mereka ". Imam terus berkata yang ajk kariah tidak datang.
" Maaf tuan haji. Sudah beberapa kali saya hadir sini tapi ajk tak ada. Kita mau masyarakat hadir ke masjid tapi kalau pengerusi dan ajk pun tak nampak macam mana masyarakat nak ikut ". Aku terpaksa berkata sesuatu.
" Saya pun malu dengan kariah saya ". Kata imam masjid tersebut. Seorang lelaki tunduk malu dengan kata-kata imam.
"Hang tau dak siapa ini ". Tanya imam tersebut kepada lelaki di sebelahnya.
" Dia ini adik Dr Danial ". Aku yang malu bila aku di kaitkan dengan abangku. Tuan imam terus membelek borang. Katanya dia boleh sign tetapi chopnya ada di rumah. Jadi terpaksa di tinggalkan borang tersebut bersama imam masjid.

Keesokkan harinya waktu maghrib sekali lagi aku ke masjid. Selesai solat imam memberi borang tersebut.
" Saya dah sign tapi nak cari ajk punyalah susah. Macam nilah Budiman datang isyak ni sebab kami ada buat latihan bardah ". Hampa sungguh hati aku dengan akhlak mereka yang telah di pertanggungjawabkan. Aku sudah mula hilang sabar. Di rumah aku mula bising-bising.
" Menyesal Nah kita duduk di sini. Teruk sungguh kariah Bayan Lepas. Sampai beberapa waktu tak nampak pun muka ajk masjid ". Isteriku diam melihat aku sudah hilang sabar. Inilah pertama kali sejak kami berkahwin aku hilang sabar tahap gila. Aku menghentak tanganku di atas meja. Aku seperti hilang kawalan.

Mengalir airmata isteriku serta takut bila melihat aku seperti hilang kawalan. Cepat sungguh terasanya. Macam arwah Siti Aishah.
" Nah minta maaf kerana kami telah menyusahkan abang ". Sayu dia berkata. Linangan airmata itulah yang menyedarkan aku kembali. Itulah juga yang Siti Aishah mampu lakukan bila aku hilang kawalan satu ketika dahulu.
" Astaghfirullah hal azim...Nah abang minta maaf. Abang tak sedar apa yang abang dah buat. Nah jangan sedih. Abang tak salahkan Nah. Sudah menjadi tanggungjawab seorang ayah terhadap anak-anaknya. Abang minta maaf ya Nah. Abang janji akan kawal diri ". Aku cuba melembutkan hati isteriku. Alhamdulillah tersenyum isteriku.

" Abang dah waktu isyak. Semoga Allah permudahkan abang ". Aku tersenyum mendengar kata isteriku. Hati aku sejuk kembali. Selepas selesai solat isyak aku terus berjumpa imam.
" Setiausaha kata dia tak boleh datang sebab demam ". Kata seorang lelaki.
"Ya Allah...kalau demam sekali pun selasaikan dulu masalah orang. Dah seminggu kawan kita dok cari depa ". Kata imam.
" Macam mana ni imam.Saya harap kalau boleh malam ni saya mesti dapat tandatangan ". Aku beristighfar akan dapat mengawal marahku. Imam terus mencari dan akhirnya membawa seorang lelaki.
" Hang tolong sign sat. Kesian dia punya dok cari ajk ". Kata imam.
" Saya boleh sign tapi tak ada chop khas ". Kata lelaki tersebut.
" Hang pakai cop masjid. Insyaallah depa terima. Ini hanya untuk pengesahan anak kariah saja ". Kata imam yang membuatkan hati aku mula lembut.

Setelah berjabat salam dan mengucapkan terimakasih kepada imam dan lelaki tersebut, aku pulang kerumah. Isteriku terus menyambut dengan pertanyaan.
" Alhamdulillah Allah permudahkan selepas terpaksa merafak sembah ". Tertawa isteriku bila aku berkata demikian.. Kalau ada sesiapa yang sudi panjangkan kisah ini kepada yang berwajib, aku ucapkan terima kasih.
" Kalau ada pertandingan kariah abang akan bertanding untuk Pengerusi kariah. Kalau ketua pun mai waktu subuh saja mana ajk tak ikut ". Aku bergurau pada isteriku.
" Nah setuju.... ". Tak sangkaaku dia setuju. Kalau dulu dia amat takut kalau aku memegang jawatan setelah apa yang terjadi terhadap keluargaku. Kini dia memberi sokongan yang tinggi.

Aku ini di ibaratkan sebagai Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Lebih baik negeri sendiri. Tapi itu hanyalah peribahasa. Aku perlu melakukan sesuatu dari aku hanya melihat saja perkara yang berlaku. Kalau peluang itu datang aku harus grab it.....Semoga Allah permudahkan dan kuatkan imanku.



6 comments:

kakcik said...

Rupa2nya di mana2 ada masalah sebegini. Pengerusi dan AJK Masjid (termasuk Nazir) hanya akan datang ke masjid, bila da keperluan mereka sahaja. :(

Ariff Budiman said...

kakcik...Mungkin mereka sedang menanti dengan cop ketika berada di rumah

radziah AR said...

thinking positif, mereka bekerja...kerja besar, sibuk la agaknya...
tapi itu lah.... tggjwb di situ bagaimana....
kariah sebelah kg saya, siapa ahli kariah masjid itu sahaja boleh dikebumikan disitu, kalau org luar, ke satu lg tempat....
sbb suami jarang jumaat disitu (dah kerja daerah lain), diumpat keji kata tidak ke masjid...
pemilihan j/kuasa ada yg dengki ...mcm2 di situ....

Ariff Budiman said...

radziah AR..Kita jangan menjadi seorang yang menghukum. Kena tukar cepat-cepat

MaryaYusof said...

En Arif, saya setuju klau En Arif shj bertanding... Teringat surau dekat kawasan rumah mak dulu, berpuak-puak... susah jadinye...

Ariff Budiman said...

MaryaYusof...He he. Masa geram memang ler nak bertanding. Bila dah reda sikit tertanya-tanya mampukah saya menjawat jawatan itu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...