Teman-teman

Tuesday, February 07, 2012

Bila Ibu Mula Bersuara

" Emak...esok kita buat laksa. lama tak makan laksa la mak ". Kata si anak kepada ibunya yang hanya diam membisu. Melihat ibu diam si anak terus bertanya
" Emak..boleh tak esok kita buat laksa ". Tanya lagi si anak.
" Shila sudah nak berkahwin. Inilah masanya Shila belajar untuk berdikari. Emak sudah ajar cara-caranya ". Si ibu mula bersuara.
" Nak mula dari mana emak ". Tanya si anak bersungguh-sungguh.
" Bermula dari menyaing ikan sehingga siap laksa dan emak nak makan ". Kata si ibu tersenyum. Si ayah turut tersenyum sambil LIKE LIKE LIKE menyokong penuh pendirian si ibu. Inilah masanya anak-anak mula berdikari. Mencebik muka si anak namun terpaksa menerima kenyataan yang tak lama lagi dia akan berpisah dengan ibunya membawa diri bersama alam barunya bergelar seorang isteri.
" Itupun nasib baik ayah yang beli semua perkakas laksa. Kalau emak kata bermula dengan membeli sayur-sayuran lagi, macam mana ". kata emak sambil tersenyum.
" Ok ok la Shila buat semua tu ". Mencuka wajah si anak bila emak mula melepas tangan.

Ayah pulang dari pasar mengeluarkan barangan yang di beli. Terus di berinya kepada isterinya untuk tindakan lanjut si anak.
" Shila...ayah dah beli ikan dan sayur-sayuran. Shila boleh bertugas sekarang ". Gurau si ibu sambil menghulur ikan kepada si anak.
" Busuknya ikan ni. Uwek uwek ". Namun si ibu tertawa melihat anaknya tidak tahan dengan bau ikan. Tiada senyuman di wajah si anak. Sekejap dia lari ke tandas akibat tidak tahan dengan bau ikan.
" Lama-lama hilanglah bau ikan tu ". Tegur si ibu tidak memperdulikan si anak. Bila semuanya sudah siap mulalah si anak membuat kuah laksa. Sudah mampu tersenyum si anak bila melihat hasil kerjanya sudah sedikit sebanyak membuahkan hasil.

Akhirnya berkat kesabaran si anak maka kuah laksa berjaya di laksanakan dengan jayanya. Betapa puasnya hati si anak bila hasil tangannya mendapat pujian si emak.
" Hmmm kuah dia sedap ". kata si emak memberi pujian kepada si anak. Datang pula si adik sambil merasa kuah laksa hasil kerja tangan si kakak.
" Hmm.....kuah tawar. Tak pekat ". Komen si adik.
" Awat ingat senang ka nak buat. Tau nak komen saja. Buat sendiri lah ". Marah sungguh si kakak bila adik lelakinya komen negatif hasil usahanya.
" Macam tulah emak rasa bila masakan emak anak-anak komen tak sedap. Kita perlu bersyukur walaupun tak sedap ada juga orang yang nak buat kerja ". Tersenyum sumbing kedua-dua anaknya bila di sindir oleh ibu mereka. Si ayah memuji tindakan si ibu.
" You Ara The Best "......

6 comments:

MaYa MustWany said...

entah2 nanti mas pun macam kes anak nya..hihihi

Ariff Budiman said...

MaYa MustWany...Itu sudah semestinya. Apa pun perlu belajar berdikari dari sekarang

Red Panda said...

Ni sapa punya kisah ni? hehehe.

Ariff Budiman said...

Red Panda...Inilah kisah keluargaku

Anonymous said...

laksa mkanan kegemaran sy tau pakcik. kalau msk ni, panaskn smpai dua tiga hari pun makin sedap...fuhhhh berulang2 mkn ni, x mkn nasi pun x pe..hihiii - Aazmida

Ariff Budiman said...

Aazmida...Tak sangka ya penggemar laksa rupanya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...