Teman-teman

Tuesday, February 21, 2012

Nak Makan Nasi Tomato

Tidak lama lagi anak gadis isteriku akan melangsungkan perkahwinannya. Isteriku sudah mula pening memikirkan siapa yang akan membantunya kelak untuk berniaga roti canai.
" Bang macam mana kalau Nah tukar jual nasi tomato ganti roti canai ". Tanya isteriku. Kadang-kadang isterku merungut sakit lengan setelah selesai menebar roti canai. Akulah yang mengurut lengannya bila dia merungut sakit.

WN sedang melayan customer

Kini targetnya ialah untuk berniaga nasi tomato di gerainya di pasar malam setiap pagi. Nasinya tomatonya sudah dikenali. Setiap kali pasar malam sudah pastinya jam 8 malam sudah berkemas nak pulang. Kadang-kadang ada yang menalipon untuk booking kenduri di masjid atau surau.

Nasi tomato lauk daging

Tapi hatinya masih berbelah bagi sebab takut keseorangan digerai waktu pagi dengan keadaan sekeliling masih lagi gelap. Aku juga risau kalau dia keseorang bila time aku kerja pagi.
" Macam nilah. Abang berhenti kerja la ". Gurauku kepada isteri.

Nasi tomato lauk ayam

Yang berhajat nak makan nasi tomato silalah ke pasar malam Bayan Lepas setiap kali hari Sabtu. Insyaallah kalau ada rezeki berjumpalah kita no.

Mari-mari singgah dulu di gerai nasi tomato

WN sedang menyusun nasi. Bior cantik dan kemas

6 comments:

Ju-Dzahir said...

salam En Arif, bulan lepas saya ngidam nak makan nasik tomato.. jenuh suami saya cari merata last sekali dpt la kat pasar malam sg batu.. kalau cepat entry ni kluar mesti terus pegi pasar malam bayan lepas je... heheheheh...

kakcik said...

Pasar malam ke pasar pagi ni Ariff? :)

Marina Monroe said...

Salam,

Nasib akak tak mengidam, tengok gambar tuh kecur juga kat cini..heheheheh

Ariff Budiman said...

Ju-Dzahir...Tak apa. Masih ada lagi harapan

Ariff Budiman said...

kakcik...He he pasar malam tapi ni time pukul 6 petang

Ariff Budiman said...

Marina Monroe...Di sinun pun banyak nasi tomato akak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...