Teman-teman

Sunday, February 05, 2012

Selamat Menyambut Ulang Tahun Abang

3 Februari 2012...." Esok Nah nak belanja abang makan sempena hari jadi abang. Abang teringin nak makan apa ". Tanya isteriku.
" Ha...kita makan Tandoori. Lama juga tak ke Queensbay ". Tersenyum isteriku bila aku mengajak kesana.
4 Februari 2012... Tepat jam 12 malam aku menerima panggilan talipon dari isteriku.
" Assalamualaikum abang. Nah nak ucapkan selamat menyambut hari ulangtahun kepada abang. Semoga Allah berikan kebahgiaan kepada kita ". Subhanallah. Sanggup dia menunggu sehingga jam 12 hanya untuk memberi ucapan kepadaku. Semoga Allah berkati isteriku.

Jam 2 petang aku bersiap untuk ke kenduri rumah rakan sekolah rendah dan menengah. Kali ini giliran anak lelakinya. Isteriku tidak dapat mengikutku sebab menerima undangan dari rakan perniagaan. Jadi kami terpaksa split. Aku keseorangan kali ini pergi ke kenduri. Terasa janggal pula.
" Ingat.... Nah tak ikut abang jangan nakal-nakal ". katanya sambil ketawa kecil. Aku tahu dia bergurau denganku. Sekali lagi aku begitu gembira dapat berjumpa rakan-rakanku. Ini merupakan reunion kecil-kecilan saja. Berborak dan bergelak ketawa sehingga tidak menyedari yang majlis sudah pun tamat. Tuan rumah masih tersenyum melayani kami. Akhirnya dari pukul 3 petang kami berbual hinggalah jam 6 petang barulah kesemua beredar.

Selepas solat maghrib kami bersiap untuk makan malam. Tempat belum di pilih lagi.
" Bang jadi ke kita makan tandoori malam ni ". Tanya isteriku. Tergaru-garu kepala memikir di mana tempat yang sedap untuk makan malam.
" Macam nilah..Kita makan Chicken Chop di Tesco dengan ais kacang ". Kataku dan mendapat LIKE LIKE dari isteriku.
" Ingat bang malam ni abang jangan bayar sebab Nah yang nak belanja ". Aku tersenyum mendengar akan permintaannya. Berselera sungguh kami makan.

" Bagi Chicken Pox 2 ". Mintaku kepada pekerja.
" Apa abang ni. Chicken Pox tu campak ". Tertawa isteriku dengan permintaan yang bukan-bukan dariku. Nasib baik le pekerja Indonesia. Jadi dia tak lah menangkap sangat sebutan aku. Tersipu-sipu malunya aku. Sambil makan isteriku memandang akan tempat permainanan.
" Bang...abang pilihlah mainan mana yang abang suka, Nah belanja abang naik ". Kata-kata isteriku mebuatkan aku tertawa dengan kuat. Belum pernah dia mengusik aku begini.
" Abang ucapkan ribuan terima kasih kepada Nah kerana sudi belanja abang. Abang sayang Nah ". Tersenyum isteriku menerima sayang dariku.
" Nah pun sayang abang ". Bangganya aku......Alhamdulillah

6 comments:

kakcik said...

Selamat hari ulangtahun kelahiran Ariff. Semoga kebahagiaan kalian suami isteri berpanjangan ke akhir hayat. Amin.

Ariff Budiman said...

kakcik...Amin..amin. Terima kasih banyak2

Shahrizat said...

romantisnya....tesco yang dekat usm tu ke en ariff?
selamat hari ulangtahun kelahiran.

Ariff Budiman said...

Sharizat...Ya Tesco dekat USM

MaYa MustWany said...

alamak terlambat..maaf
happy birthday abg ariff.smga pnjg umo,dmurahkn rzki n bhagia dgn kluarga trsyg.amin

Ariff Budiman said...

MaYa MustWany...Terima kasih banyak2 di atas ucapan tersebut

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...