Teman-teman

Thursday, February 09, 2012

Allah Sebaik Perancang

Aku masih ingat apabila arwah Siti Aishah bersuara,
" Bang bila kita nak daftar haji. Siti dengar ada yang mendaftar mendapat giliran sehingga 12 tahun untuk ke Mekah ". Akhirnya aku menerima pandangan isteriku lalu kami ke LUTH. Tersenyum kami bila nama kami berdua telah di daftarkan untuk menunaikan haji pada tahun 2021.
" Siti sebelum kita tunaikan haji kalau ada rezeki kita buat umrah dulu ". Aku berkata kepada isteriku. Tersenyum dia mengiakan kata-kataku. Kadang-kadang aku mendengar rungutan isteriku bila menonton kisah tentang haji.
" Ya Allah bang seronoknya. Bila kita akan sampai kesana ".
" Insyaallah kalau Allah sudah menjemput kita sampailah kita kesana. Kita doakan saja ". Aku berkata kepada isteriku padahal aku juga sepertinya yang begitu merindui suasana di Mekah. Namun itu semua perancangan manusia dan perancangan Allah mengatasi segalanya. Pada tahun 2008 Siti Aishah pergi buat selama-lamanya meninggal segala impiannya untuk ke Mekah.

Pada tahun 2010 aku telah melangsungkan perkahwinan dengan Rosnah. Alhamdulillah seorang sahabat telah menaja kami ke sana. Telah aku berjaya melakukan umrah untuk isteri tercinta dan kisahnya telah aku coretkan dalam catatan umrah yang penuh dengan iktibar buat diriku. Kisahnya di sini

Aku membelek kembali kertas dari LUTH dimana kami akan menunaikan haji pada tahun 2021. Semua itu hanya kenangan buat diriku.
" Nah nanti bila Nah balik dari gerai kita ke Tabung Haji ". Tiba-tiba aku bersuara kepada isteriku. Selepas zohor kami ke Tabung Haji Bayan Lepas. Aku membawa kertas pendaftaran untuk ke Mekah pada tahun 2021.
" Encik saya nak tanya pendangan encik boleh tak masukkan nama isteri saya menggantikan arwah isteri yang telah meninggal dunia ". Aku berkata kepada pegawau TH sambil menghulurkan surat kematian Siti Aishah. Pegawai tersebut terus mencari maklumat dan tertera nama kami berdua akan menunaikan haji pada tahun 2021.

" Macam nilah encik. Saya tak boleh masukkan nama isteri encik yang baru ini menggantikan arwah isteri encik. Puan jangan risau insyaallah hasrat puan nak ke Mekah bersama suami boleh dimana pihak suami mesti membuat rayuan terlebih dahulu ". Tersenyum isteriku Rosnah dengan penjelasan dari pegawai TH.
" Bang macam mana kalau abang pergi Mekah dulu ". Tanya isteriku inginkan kepastian.
" Abang hanya akan pergi bersama Nah saja. Biarlah kita pergi bersama. Bila tiba masanya abang akan buat rayuan ". Tersenyum isteriku dengan penjelasan yang di berikan. Bermula sekarang bermakna lagi 9 tahun kami akan ke Mekah dan 9 tahun bukanlah lama. Aku sudah bertekad yang tahun ini aku akan ke TH untuk mengupah haji untuk Siti Aishah. Aku mengharapkan agar Allah terima haji untuk Siti Aishah. Kami hanya dapat merancang namun Allah penentu segala-galanya. Kalau dulu aku begitu confident bersama Siti Aishah untuk hidup bersama selama-lamanya tanpa aku letakkan sandaran bahawa manusia hanya mampu merancang. Hanya Allah yang kekal selama-lamanya. Aku sentiasa berdoa kepada Allah andaikata cinta aku dan Siti Aishah tidak kesampaian biarlah cinta aku dengan Rosnah pula berkekalan sehingga kami dapat menunaikan haji bersama. Aku takut kehilangan kali yang kedua. Tolonglah Ya Allah.....

8 comments:

luahfikiran ... mari kita said...

Salam,
InsyaAllah Allah makbulkan. LF dan isteri mendoakan

kakcik said...

Semoga Allah mempermudahkan 'jalan' buat Ariff dan isteri.

Anonymous said...

InsyaAllah akan termakbul jua doa pakcik - Aazmida

MaryaYusof said...

Salam En Arif,
Terharu sy baca kisah ni...

Allah, tunaikanlah permintaan En Arif ini... Amin Ya Rabbal Alamin...

Ariff Budiman said...

luahfikiran..mari kita...dato terima kasih kerana tolong mendoakan

Ariff Budiman said...

kakcik...Terima kasih juga buat kakcik

Ariff Budiman said...

Anonymous Azzmida.....Insyaallah moga2 dan harapannya begitu

Ariff Budiman said...

MaryaYusof...Terima kasih di atas doa marya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...