Teman-teman

Wednesday, February 22, 2012

While On The Way Back Home From Work

Alhamdulillah. Aku telah selesai tugas malam. Sebelum aku pulang ke rumah aku singgah dulu perkampungan nelayan yang berdekatan dengan tempat kerjaku untuk mengambil gambar. Telah lama aku inginkan begini. Aku terasa amat tenang dengan hobi baruku. Kata isteriku
" Abang dah ada kekasih baru ".
" Kekasih lama tetap di hati ". Kataku kepada isteriku
" Kekasih lama tu siapa ". Aku faham akan maksudnya
" Kedua-dua isteri abang. Tapi sekarang ini abang bersama Nah maka Nah la yang abang sayang ". Tersenyum isteriku.


Perkampungan nelayan di Juru

Jam sudah pukul 10 pagi. Talipon berdering. Rupanya isteriku.
" Abang kerja OT ka ". Tanya isteriku sebab selalunya waktu begini aku telah sampai di gerainya.
" Tak-tak. Abang ambil gambar. Kejap lagi abang balik ". Leka sungguh aku dengan gambar

Kuala Juru

Tersenyum isteriku bila melihat aku sampai di gerainya. Di buatnyakopi tongkat ali. Masyaallah sedap sungguh.
" Abang nak kemana lepas ni ". Tanya isteriku
" Balik rumah tidur ". Kataku ringkas.
" Betul ke ni. Entah-entah shoot ke mana pula ". Kata isteriku sambil tersenyum. Aku tunjuk kepada isteriku hasil gambar yang aku ambil.
" Cantik gambar yang di ambil ". Puji isteriku.

Tali air. Sebelah petang ramai yang menjala di sini


Cantik sungguh hutan paya bakau


Ketika air surut


Jauh sungguh air surut


Kuala Juru


Pulau Jerjak


Pulau Pinang dari atas jambatan


Tempat baik mengail ikan ialah di bawah jambatan


Bot mewah melintasi jambatan

9 comments:

Marina Monroe said...

Salam,

Hobi baru dengan Toy baru yea? Alhamdulillah..menikmati keindahan ciptaan tuhan juga adalah ibadah

kakcik said...

Berhenti atas jambatan untuk ambil gambar ke? :)

Ariff Budiman said...

Marina Monroe...Dengan adanya toy baru hilanglah tension saya

Ariff Budiman said...

kakcik...Betul. Ada di sediakan tempat kalau ada masalah. Di situlah ramai yg ambil gambar

insan_marhaen said...

indah foto dari rupa...

Ariff Budiman said...

insan marhein..Jadilah tu. Ada juga keindahannya

MaryaYusof said...

En Arif... Hobby ni mmg sesuai dgn En Arif... Semoga berseronok dgn 'isteri baru ' ni ye :)

Ternanti2 gambar apa pulak yg nak muncul... En Arif mmg suka ambil gambar pemandangan... Biasanya org begini sukakan kedamaian :)

Ariff Budiman said...

Marya Yusof...He he. Isteri no 2

Deep Green Leaf said...

Pernah tinggal disini waktu kecil dulu,
rindu dengar air laut pasang bawah rumah jam 2 pagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...