Teman-teman

Tuesday, June 19, 2012

Faraid Harta

Sudah 3 tahun isteriku pergi. Wang yang di simpan di dalam akuan Tabung Haji dan Bank Islam masih belum aku keluarkan. Pernah aku ke Bank Islam untuk mengetahui cara-cara nak mengeluarkan simpanan arwah isteriku. Belum sempat lagi isteriku membuat kad ATM. Kata bank perlu ada surat nikah, surat mati dan surat izin pengkebumian jenazah. Yang memberatkan aku ialah terpaksa ke Amanah Raya untuk tujuan faraid. Itu kata pegawai bank. Aku ke Tabung Haji pula utk urusan pengeluaran. Malang sekali akaun isteriku tidak ada penama. Aku di arahkan ke pejabat agama. Terus aku kesana. Di berinya borang sebanyak 5 keping untuk aku mengisi. Kata pegawai wang itu hendaklah di bahagikan juga kepada adik beradik arwah. Aku berkata yang kesemua duit yang berada di dalam akaun arwah isteriku adalah hasil potongan bulanan gajiku. Akhirnya pegawai agama berkata yang wang itu hendaklah di bahagikan antara aku dan kedua- dua anakku. Pulang kerumah aku terus mengisi borang tersebut. Memang memeningkan kepala untuk mengisi borang tersebut. Akhirnya aku senyap sehingga sekarang. Esok aku dan anakku akan sekali lagi ke pejabat agama untuk menyelesaikan pengeluaran wang isteriku yang kini berjumlah sebanyak RM6000. Banyak tu. Boleh aku upah haji untuknya. Aku memohon kepada Allah agar permudahkan segala urusanku. Nasihatku kepada pembaca yang mempunyai akaun Tabung Haji, senaraikanlah penama anda dengan secepat mungkin. Jangan jadi seperti aku yang menyangkakan bahawa umur yang masih muda tidak akan mati. Aku sekali- kali tidak menyangka akan berlaku perkara ini ke atas diriku. Berdosanya aku terhadap Allah.

3 comments:

pB said...

Minggu lepas pB ke pej Amanah Saham untuk close akaun arwah ayah. Kena sertakan stem hasil dan tandatangan dari pesuruhjaya sumpah ...

Untuk akaun tabung haji , nasib baik duit nya kurang dari seribu , maka, kuranglah sedikit 'kepayahan'nya ....

Thirah said...

tu dia..bukan senang yer...nak kena cari penama untuk trah ni..tapi siapakah?..tapi tak da byk harta..tgh mencari n terus mencari..saham kat sana jua..

insan_marhaen said...

IM dah lama tak check penama KWSP. Rasanya masih nama mak!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...