Teman-teman

Saturday, June 16, 2012

Musim Buah Di Kampong


 Di Penang sudah tiba musim buah. Paling seronok ialah musim buah di kampong terutama sekali kampong ibu mertuaku. Hari-hari pasti ada saja buah yang di bawa pulang. Tinggi sungguh pokok ini. Kalau yang berani boleh naik terus. Kalau tak ada yang berani ambil dari bawah ajer la. Pernah dulu aku naik di atas pokok. Masa nak turun jenuh berlegar-legar tak tahu macam mana nak turun. Akhirnya terpaksa menyuruh anakku mencari tangga. Masa sudah berlalu rupanya. Kalau dulu aku boleh berada di hujung dahan. Kini aku hanya memerhati dari bawah saja.


 Pasti di setiap negeri masing-masing ada nama pada buah ini. Ada yang memanggilnya buah setoi. Di Penang kami menyebut buah setiak ( Idghamnya lain sikit ). Buah ni kalau di tumbuk cili macam sambal belacan lalu di campur kicap dan gula..fuh...rasa-rasanya tak makan nasi ler.


 Tapi awas ya. Dicelah-celah ranting kalau tak nampak ini. Naya karang. Pasti muscle akan timbul merata. Masa kecil-kecil dulu aku pernah lastik sarang tebuan ni dengan kulit kerang. Maka tebuan akan meninggalkan sarangnya akibat bau busuk kerang. Nakal tak aku....


 Cili padi ni kalau makan pasti berpeluh. Macam mana dia boleh tumbuh di celah-celah pokok pisang. Time aku mencari jantung pisang terjumpa la pokok ini. Bela bagi subur. Insyaallah akan berputik bunga lagi.


Penang menyebutnya buah macang atau buah bacang. Hampir setiap hari kalau aku ke rumah ibu mertuaku buah ini pasti di bawa pulang. Aku tumbuk dan campur dengan sambal belacan. Fuhh..tak ada yang lain pun tak apa. Dengan sambal macang pun sudah berselera. Pembaca pernah rasa tak sambal macang. Cuba citer...cuba citer

6 comments:

kakcik said...

Aduh... dah lamanya tak merasa buah bacang...

Ariff Budiman said...

kakcik...Di KL tak ada ke

Thirah said...

tu dia...mcm2 sungguh...sedap2 fresh dr ladang..

Ariff Budiman said...

Thirah...Betul2 termasuk sarang tebuan sekali

insan_marhaen said...

orait juga masih ada buah-buahan di kampung WN. kat kampung IM la ni dah tak ada dusun. semuanya jadi rumah sewa...

Ariff Budiman said...

insan marhein...Kampong ibu mertuaku pun menanti saat akan di bangunkan tidak lama lagi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...