Teman-teman

Friday, January 18, 2013

Bersemadilah Dengan Tenang

" Salam Budiman. Bila nak ambil daun misai kucing. Dah 3 hari saya simpan ". Aku menerima panggilan talipon dari sahabat baikku Mokhtar pada hari Rabu 16 Jan 2013. Selalunya pada dialah aku mengambil daun misai kucing untuk aku minum sebagai minuman kesihatan. Kami memang baik semasa remaja lagi. Bolasepak memang permainan kami. Bila aku berkahwin dengan Siti Aishah dia adalah pengapitku. Kami juga meminati bidang nasyid dan telah menubuhkan sebuah kumpulan nasyid yang bernama Al-muhajjir. Aku sebagai pemain bonggo manakala sahabatku Mokhtar merupakan suara latar. Sahabatku yang lain Insan Marhein dan Jendela Hati merupakan sebahagian dari kumpulan ini. Merata tempat kami merantau bila menerima tempahan nasyid. Kami turut membawa keluarga bersama yang merupakan penyokong kuat.


Di dalam kariah pula kami juga aktif dengan tadika islam dan fradhu ain. Isterinya dan isteriku merupakan tenaga pengajar manakala aku merupakan gurubesar. Walaupun sahabatku berniaga namun dia dapat mencari ruang untuk tujuan dakwah. ketika aku menerima ujian dimana isteriku meninggal dia menangis sambil memelukku meminta aku agar bersabar.
" Insyaallah Budiman. Tempat Kak aishah adalah di syurga ". Katanya sambil memelukku. Baru-baru ini bersama Aflin Shauki dalam program Untuk Gaza dan Syria dia juga terlibat. Dia sebagai peserta rombongan yang bergerak dari surau ke masjid mengambil bantuan manakala aku berata di atas pentas sebagai DJ. Bila dia tiba di padang tersenyum dia melihat aku berada di atas pentas
" Tempat Budiman kira atas pentas ". Katanya kepada seorang sahabat. Tertawa kami ketika itu. Begitu indahnya hidup berjemaah.


Khamis 17 Jan 2013, aku dan isteri ke shoping complex. Bila tiba aku terus melihat talipon bimbitku. 10 miss call. Hairan juga sebab tak pernah-pernah dapat panggilan sebanyak itu. Ketika memasuki shoping complex satu lagi panggilan aku terima. Tiba-tiba airmataku gugur. Terkejut aku mendengar sahabatku Mokhtar telah meninggal akibat kemalangan dengan bas rapid. Baru semalam aku dan isteri ke gerainya untuk mengambil daun misai kucing. Ketika aku nak pulang dia berkata
" Laa...Budiman nak balik dah. Nanti la dulu. Bukan senang dapat berjumpa dengan Budiman ". Katanya bergurau. Isteriku Rosnah hanya tersenyum mendengarnya. Selalunya kalau aku kegerainya memang susah untuk keluar sebab ada saja cerita darinya. Kalau aku ke gerainya pada petang jumaat pasti ayat ini akan keluar
" Budiman sembahyang Jumaat dimana hari ni. Saya tak nampak pun ". Masih terngiang-ngiang suaranya. Kini ia telah tiada buat selama-lamanya.

Selepas solat Jumaat ziarah pusara isteriku, ibubapaku serta sahabat baikku Mokhtar. Aku sedekah kepadanya Al Fatihah dan aku berdoa agar Allah tempatkannya didalam syurga bersama para solihin dan Allah terima amal-amalnya. Entah bila pula tiba giliran kami. Bagaimana dengan amal-amal kami berbanding sahabat ini yang sentiasa dilihat didalam masjid.



12 comments:

Bearcat said...

Innalillahiwainnailahirajiun....tak sangka arwah kawan baik Paknjang dan IM.

Arwah anak sedara staf G di sini. Kelam-kabut dia balik bila tahu kejadian yang menimpa arwah.

Ariff Budiman said...

Bearcat...Kami berkawan sebelum masing-masing berkahwin lagi

insan marhaen said...

Selepas terima berita ini dari kau, IM terpana sekejap. Call pula Radzi. Memang sah berita itu.

Teringin sangat nak sembahyangkan jenazahnya dan berkira-kita nak datang semula ke Penang setelah balik ke rumah.

Namun, suratan mengatakan dia tidak menunggu IM...

Al Fatehah!

Ariff Budiman said...

insan marhein...WN pun tidak dapat memberi penghurmatan terakhir kepada sahabat kita

Pa'i zah said...

Sy menangis sambil membaca kisah ni..dia sorg abg ipar yg baik..dia la tempat sy magadu masaalah..rasa mcm tak percaya yg abg tar sudah tiada didunia ni..

Pa'i zah said...

Sapa staf G tu..

Ariff Budiman said...

Pa'izah...Semoga Allah tempatkannya bersama para solihin. kita perlu meneruskan kehidupan walaupun orang yang kita sayang dan hurmati telah tiada namun kenangan sewaktu bersamanya menjadi pendorong untuk kita terus melangkah

Pa'i zah said...

Berat mata memandang berat lg bahu yg memikul..jd sy minta jasa baik abg budiman dgn kakak agar dpt mberi kata dorongan dan sokongan utk kak muzlina..utk teruskan kehidupan.krn abg n kakak penah melalui saat begini..smlm dia ada bgi tau sy..dia dah tak mahu nak bniaga.nak bagi sewa je kedai tu..

Ariff Budiman said...

Pa,izah.....semasa mayat belum sampai lagi saya dan kakak pergi ziarah. Balik kakak menangis bila cerita tentang betapa sedihnya kak muslina menghadapi kenyataan. Saya bagitau kepada kakak rosnah agar kita kena buat sesuatu memandangkan kita sama2 menghadapinya dugaan ini. Lebih2 lagi isteri saya. Dia menangis bila mengenangkan kembali saat peristiwa kehilangan suami tercinta dan saya pula turut menangis bila mengenangkan betapa peritnya kehilangan isteri tercinta. Insyaallah akan kami bincang lain. Terima kasih dan banyak bersabar

Pa'i zah said...

Terima kasih abg dan kakak..semoga allah saja yg dpt membalas kebaikan abg n kakak..

Pa'i zah said...

Mlm tadi abg din dan kariah masjid dtg myerahkan sumbangan..terima kasih kepada yg telah mberi sumbangan..

Ariff Budiman said...

Alhamdulillah. Insyaallah grup kami akan ziarah pada hariRabu selepas isyak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...