" Nah....esok abang off. Nak pergi pasar tak ". Pertanyaanku mendapat respon poritif dari isteriku.
" Boleh juga. Esok Nah teringin nak makan laksa. Abang nak makan apa pula ". Tanya isteriku
" Abang teringin nak makan gulai ketam ". Kataku yang sedang membayangkan kelazatan gulai ketam. Semalaman isteriku tidak dapat melelapkan mata. Keletihan dia mungkin menerima tempahan nasi tomato dan pizza. Sesekali aku mengurut badannya yang terasa kesakitan. Akhirnya terlelap juga dia.
Jam 6 aku sudah bangun untuk menunaikan solat subuh. Badan isteriku terasa sedikit panas. Aku mengejutkannya untuk solat subuh. Selepas selesai solat aku terus mengajaknya kepasar. Malas rasanya aku nak menyambung kembali tidurku sebab aku sudah biasa selepas subuh tidak tidur kembali.
" Nah rasa tak larat nak ke pasar. Nantilah kalau ok jam 9 kita ke pasar le ". kata isteriku
" Macam inilah Nah. Nah rehat dan biar abang yang ke pasar. Nah bagitau apa yang nak di beli ". Aku menulis senarai barangan yang hendak di beli di atas sekeping kertas sebab aku mudah lupa. Lebih baik begini.
" Bila abang balik ". Tanya isteriku.
" Lama dah. Macam mana rasa badan Nah ". Tanya aku pada isteri
" Lega sikit rasanya. Nah nak pesiang ikan dulu ". Kata isteriku
" Tak payah. Dah beres. Semua abang dah buat. Hanya tunggu Nah masak saja ". Tak percaya dia dengan kata-kataku. Terus dia kedapur.
" Abang dah buat semua tu ka. Terima kasih ". Tersenyum isteriku sambil duduk untuk menikmati minum pagi.
Selepas minum secawan teh terus dia kedapur. Katanya nak mula masak. Sekejap aku dipanggilnya untuk merasa masakannya. Katanya lidahnya hari ini tak dapat merasa makanan
" Allah dah ambil nikmat dia dah ". Gurau isteriku. Aku terus merasa kuah laksa.
" Asam cukup. Masin cukup cuma pedasnya kurang ". Kataku. Sekejap selepas di ubah suai aku merasa lagi
" Ok ini beres. Sedap dah kuah ni ". Confident aku
" Gulai ketam pun sedap ". Kataku
" Sedap Nah gulai ketam ni. Terima kasih ". Aku berkata kepada isteriku.
" Terima kasih juga pada abang yang sanggup tolong Nah ke pasar ". Sambil membawa pinggan kosong ke dapu untuk di basuh. Syukur kalau masing-masing berperanan insyaallah rumahtangga akan harmoni. Tidak ada yang mementingkan diri. Itu juga yang aku amalkan sewaktu bersama arwah Siti Aishah. tidak susah sebenarnya. Suami harus membuang sifat sombong untuk membantu isteri dan isteri jangan pula kedekut untuk mengucapkan terima kasih bila suami membantunya. Cuba amalkan.
4 comments:
betul tu..kita suami isteri mesti tolong menolong, buangkan sikap sombong...wah bertuahlah pasangan suami isteri ni..saling tolong menolong dan faham memahami.. seronoklah saya baca..tahniah.
Nor Shamilah ismail......Yang penting ialah masing-masing perlu kikiskan sifat ego lebih-lebih lagi suami. Jangan anggap kerja di dapur hanya layak untuk mereka yg bergelar isteri
post yang sangat membina...leh ambik petua-petua nih...
Thirah....Silake
Post a Comment