Teman-teman

Sunday, January 27, 2013

Kira Jadilah

Suatu hari aku berkata kepada isteriku ketika kami sedang menjamu selera.
" Nah teringin tak nak jalan-jalan. Tempat apa yang paling Nah teringin ". Tersenyum isteriku bila aku bertanya demikian.
" Nah tak ada tempat yang Nah suka. Langkawi best. Nah tak jemu ". Katanya sambil tersenyum.
" Jom kita dengan anak-anak semua ". Aku berkata dan isteriku tercengang anatara percaya atau tidak.
" Betul ke ni abang nak ke Langkawi ". Tanya isteriku bersungguh-sungguh. Aku terus mengambil ipad dan masuk ke web site Agoda dan mencari hotel.
" Ok Nah kita ke Langkawi pada bulan Februari ni nak tak ". Terus aku bertanya isteriku
" Ikut abang la. Nah ikut saja ". Tanya isteriku lalu terus aku survey harga untuk apartment. Akhirnya dapat juga apartment di pekan Kuah. Harga pun kira save budget la untuk keluarga. Aku tak kisah kalau dihabiskan duit untuk keluarga aku. Isteriku kerap menghitung hari menanti bulan Februari. Kami sudah membuat perancangan pergi dengan kereta. Kami akan singgah dulu di Padang Besar untuk shoping. Walaupun kerap kesana aku cukup gembira kalau kami dapat bersama.

Aku cerita kepada isteriku semasa aku ke KL baru-baru ini. Seorang sahabat telah membawa aku dan anak- anak berjalan di TAR. Katanya nak belanja kami makan nasi beriani kambing. Malang sungguh sebab kami terpaksa pulang awal. Nasi beriani mula berniaga pada jam 5 petang. Baik sungguh sahabat aku belanja kami semasa disana. Terima kasih. Semoga Allah berkati rezekinya.
" Nah....nanti bila-bila kita ke KL pada hari Sabtu. Best la jalan TAR. Kita tidur semalam disana. Kita pergi dengan bas. Mau tak ". Aku berkata dengan nada bergurau kepada isteriku.
" Best juga bang Nah dengar. Nanti lepas balik Langkawi kita pergi ". Kata isteriku sambil ketawa.
" Oyo so fast ka....Boleh-boleh. Nanti kita pergi ". Terus aku setuju.
" Nah teringin nak ke IKEA. Depa banyak barangan di sana ". Kata isteriku
" IKEA dekat mana ya " . Aku bertanya pula kepada isteriku
" Tak apa nanti abang minta sahabat baik abang tolong tunjukkan ". Tersenyum isteriku. Kira 2 permintaannya akan di tunaikan
" Abang pun dok menanti birthday abang 4 February ini ". Anak mataku mengerling kearah isteriku. Dia hanya tersenyum.
" Nah tak bekerja. Nah tak dapat nak bagi hadiah yang special untuk abang ". Tiba-tiba suram di wajahnya.
" Tak apa la Nah. Abang bergurau saja. Bukan abang minta semua tu. Yang setiap hari Nah buat untuk abang dah kira special ". Aku memujuk isteriku. Takut dia tertekan mengatakan aku nak hadiah darinya. Aku dapat bersamanya sudah membahagiakan aku. Mungkin kalau Siti Aishah melihat kehidupan aku sekarang dia juga akan gembira dengan kebahgiaanku dan dia pasti aku tidak pernah melupakannya untuk selama-lamanya. Kami bertemu dan berpisah kerana Allah dan insyaallah kami akan di pertemukan kembali dengan izin Allah. Amin Ya Allah....

6 comments:

Thirah said...

dah happy dah baca yang mula-mula..yang last..sayu je rasa..IKEA??dekat dah dengan umah trah..tapi..kalu la trah ada kenderaan..leh bawak en ariff g jalan-jalan..

Ariff Budiman said...

Thirah...Kali ini kami nak pergi dgn bas. Relax sikit

mek yusz said...

jln TAR plak,tempat saya meniaga...pasar malam jln tar...jln dari hujung(masjid india) sampai ke sogo.... :)

Ariff Budiman said...

Mek yusz.....Hari tu pergi lupa nak cari pula. Tapi tempatnya dimana dan apa nama kedainya. Lagi sekali saya kesana insyaallah saya singgah kedai mek yusz

mek yusz said...

xde kedai..psr mlm ja...dkt area mydin..kalo tgk btol2 dgn maybank jln bonus...kalo masjid india,kiosk je, bwh Kas tailor :)

Ariff Budiman said...

mek yusz....dkt area mydin. Ok dapat. Insyaallah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...