Teman-teman

Wednesday, March 20, 2013

My Lepat Liat Project

Aku masih ingat ketika waktu kecil dan tinggal di kampong. Ibuku seorang surirumah yang begitu rajin dan pandai. Bermula dari makan pagi, tengahari, petang dan malam, ibulah yang menyediakan semuanya. Ayah tidak pernah beli makanan diluar. Kadang-kadang bila aku teringin aku akan bersuara,
" Mak..esok buat pulut udang ". Aku berkata kepada ibuku.
" Boleh tapi dengan syarat Budiman kena bakar ". Cepat-cepat aku mengiakan. Kadang-kadang aku melihat ibuku memasukkan ramuan kedalam kuih yang dibuatnya. Sebab itu bila besar aku tahu ramuan apa yang perlu dimasukkan. Dalam banyak-banyak kuih, kuih lepat liat berintikan kelapa menjadi salah satu kesukaanku.


Suatu hari aku berkata kepada isteri yang aku begitu teringin nak makan lepat liat. Tertawa isteriku mendengar kata-kataku. Inilah pertama kalinya semenjak kami berkahwin dia baru tahu yang aku suka lepat liat. Katanya dia tak tahu cara nak buat lepat liat. Terus aku google dan dapat resepinya. Aku menngajaknya kerumah ibu mertuaku untuk mengambil daun pisang. Tertawa ibu mertuaku bila isteriku beritrahu yang aku begitu teringin nak makan lepat liat. Jadilah dengan dua pelepah daun pisang sudah memadai.


Ibu mertua menyuruh aku mengopek kelapa. Kelapa putih akan dimasukkan kedalam lepat. Itulah yang arwah ibuku buat. Tak kiralah lepat liat ke atau lepat pisang pasti kelapa parut dimasukkan kedalam. Kalau dulu aku mengopek kelapa menggunakan parang. Tapi kini ia begitu senang sekali. Tidak sampai 5 minit kelapa sudah dapat dikopek.


Adik ipar aku terus mengambil kelapa yang telah dibelah untuk memarut kelapa. Begitu cepat sekali jika menggunakan mesin memarut. Waktu dulu aku memarut kelapa menggunakan cara lama. Selalunya bila ibuku nak buat kari sudah pasti akulah orangnya yang kena mengopek, membelah dan akhirnya memarut kelapa. Itulah tugasku sebagai anak lelaki. Kini begitu senang sekali nak mamarut kelapa. Selesai semua kami pulang untuk tindakan selanjutnya.


Aku menalipon ibu angkatku bertanyakan cara-cara membuat lepat. Aku bagi isteriku sendiri bercakap dengan ibu angkatku.
" Makcik kata senang saja. Nah tau dah cara nak buat ". Confident isteriku bila mendapat tunjuk ajar dari ibu angkat kami. Aku masih ingat ketika teringin nak makan lepat liat ibu berkata,
" Kalau Budiman nak makan kena kopek nyok, belah nyok dan parut kelapa tu baru emak boleh buat ". Cepat sungguh aku buat kerja bila ibu sudi nak buat lepat. Ibuku meminta aku meleperkan tepung untuk mempercepatkannya memasukkan kelapa didalam. Bila semuanya dibungkus dengan daun pisang barulah ianya dikukus.


Kini aku membantu isteriku memasukkan kelapa dan membungkus lepat dengan daun pisang. Setelah siap isteriku mengukus lepat tersebut. Bila masak dan ianya sudah sejuk isteriku memberinya agar aku merasmikan lepat liat berintikan kelapa. Inilah lepat liat yang pertama dia buat. Aku makan dan memang sedap sungguh.
" Masyaallah Nah. Sedap sungguh lepat ni. Semua berasa ". Tersenyum isteriku menerima pujian dariku. Aku tahu isteriku merasa begitu puas hati sebab inilah lepat yang pertama dia buat berdasarkan resepi dan tunjuk ajar ibu angkatku. Kini dia bersemangat untuk belajar membuat kuih tradisional pula dan aku merupakan seorang suami yang beruntung sebab walaupun isteriku tidak pandai buat tetapi dia bersungguh-sungguh belajar hanya kerana keinginanku. Syukur Ya Allah. Terima kasih isteriku.




4 comments:

Bearcat said...

Lepat liat...sedapnya. yang paling sedap bila inti nyioq tu masin-masin sikit hehe.

insan marhaen said...

Tapi IM taklah suka sangat jenis-jenis lepat ni.

Kalau lemang, memang feveret. Kalau balik dari sungai petani mesti singgah gerai tepi jalan dekat tikam batu. selalu ada jual lemang dan rendang.

BUNDA a.k.a KN said...

assalam, salam kenal...

suka makan , pernah belajar buat..tapi tak pernah buat..

Ariff Budiman said...

Bearcat...Memang sedap pun.Nanti kalau makjang buat lagi pkjang hantar.

Insan Marhein....Betul la. Masing2 dengan cita rasanya

BUNDA a.k.a KN...Salam kenal. Kena tyr sekali. senang saja. Resepi ada di internet. Di hujung jari saja

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...