Teman-teman

Wednesday, March 06, 2013

Nostalgia Menggamit Kembali

Pagi semalam seperti biasa aku dan isteri ke pasar. Sambil berjalan sambil berbincang apa yang hendak di masak.
" Abang nak makan apa tengahari ni. Kita beli untuk esok sama ". Kata isteriku. Aku hanya diam sambil tawaf dan melihat apa yang aku berminat hendak makan.
" Kita beli sotong. Buat masak kunyit. Lepas tu beli sayur pucuk dan takua. Cukup  saja Untuk hari ". Aku berkata kepada isteriku.
" Untuk esok bang ". Tanya isteriku pula. Aku menggaru kepala yang tidak gatal memikirkan untuk makan esok pula.
" Macam inilah. Esok kita buat gulai udang. Nah masuk ubi kentang dalamnya. Macam gulai daging ". Aku mengajar chef. Terus aku memilih udang yang sederhana besarnya. Kami ke tempat sayur pula untuk mencari sayur.

Tiba-tiba aku melihat seorang wanita yangamat aku kenali. Dulu dia merupakan seorang penjual sayur di pasar yang sama. Aku dan arwah Siti Aishah merupakan pelangganya. Anaknya juga satu kelas dengan anak lelakiku. Kadang- kadang kalau dia tak dapat ambil anaknya, kami yang menolong ambil anaknya di sekolah. Tercengang dan tersenyum dia bila melihat aku. Jantung aku terus bergerak kencang. Dia memanggil aku ke suatu sudut. Isteriku tidak menyedari kerana memilih sayur.
" Budiman kahwin lagi satu ka ". Tanya wanita tersebut sambil tersenyum.
" Kak tak marah aihh Budiman kahwin dua ". Sambil bertanya sambil anaak mata mencari sesuatu.

" Aishah tak datang ke. Ohh...sorry terlupa... Budiman datang dengan isteri muda. Aishah sihat ke. Lama tak nampak dia selepas akak tak meniaga. Akak sakit lama juga ". Cerita wanita tersebut.
" Kak. Saya minta maaf....". Sebak juga aku ketika itu. Terlalu berat untuk mengeluarkan kata- kata
" Aishah dah meninggal kak. December 2008 ". Aku cuba control percakapanku tapi airmata tidak dapat menyembunyikan perasaanku.
" Ya Allah. Akak tak tau Aishah meninggal. Sakit apa Budiman ". Tanya wanita tersebut.
" Sihir kak. Santau ". Ringkas jawapanku tapi si kakak tersebut yang kuas menangisnya. Orang ramai terpinga- pinga melihat kami berdua. Isteriku datang kearahku. Mungkin dia juga terkejut

" Laknat sungguh orang yang buat kerja zalim ni. Nerakalah tempat dia ". Kata kakak yang mendayu tangisnya. Aku juga begitu walaupun suara tidak kedengaran namun airmata menggambarkan segalanya. Isteriku hanya terdiam. Aku serba salah takut isteriku terasa bila mengetahui yang sehingga kini aku belum mampu melupakan isteriku. Sudah 4 tahun lebih isteriku mengadap ilahi tapi padaku ia baru saja berlalu.
" Tak apa. Budiman sabar banyak- banyak. Berdoalah untuk Aishah ". Pujuk kakak tersebut. Aku hanya diam. Memori begitu cepat memutarkan kembali kisah lalu.

" Akak doakan semoga Budiman bahagia di samping isteri baru. Cantik dia. Jaga dia elok- elok ". Kata akak tersebut sambil tersenyum bila bersalaman dengan isteriku. Akak terus berlalu pergi manakala aku dan isteri terpaku macam di pukau dengan insiden yang baru berlaku Aku mengajak isteriku pulang dengan segera. Hilang terus mood untuk tawaf lagi. Pulang kerumah aku mengambil wuduk dan solat dhuha sambil berdoa agar ruh Siti Aishah berada dalam rahmat Allah dan Allah merahmati juga dengan kehidupan baruku. Sebab itu aku tidak mahu melibatkan diri dalam jawatan dalam masyarakat. Biarlah aku di perli atau di marah. Hanya Allah yang tahu apa sebenarnya yang tersirat di hati ini....


7 comments:

Thirah said...

urmm..terkedu kejap baca..kejam bila manusia itu..semoga arwah ditempat orang2 beriman dan soleh..

Faridzuan said...

Mulut manusia memang tak dapat dikunci. Biarlah apa dorang nak mengata kita, asalkan kita bahagia, dorang pun bahagia. :)

Kakcik Seroja said...

Yang jahat pun sukar untuk kita lupa, apalagi yang baik sepanjang hayatnya...

Ariff Budiman said...

Thirah....Itulah manusia yg bertopengkan syaitan

Ariff Budiman said...

Faridzuan...Terima kasih

Ariff Budiman said...

Kakcik Nur....Betul tu

insan marhaen said...

Al Fatihah buat Aishah juga!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...