Teman-teman

Sunday, March 31, 2013

Rehlah Keluarga - Langkawi Day 1

Alhamdulillah. Kami tiba di Jetty Kuala Perlis. Keadaan tidaklah sesak sebab bukan cuti sekolah. Terus aku mencari tempat untuk aku meninggalkan kereta selama 3 hari. Sementara itu isteriku yang berada di Jetty telah membeli tiket untuk memudahkan aku juga. Setelah menunggu hampir setengah jam kami di arah menaiki feri menuju Langkawi. Berada di dalam feri tidaklah terasa excited sangat sebab sudah beberapa kali aku kesana. Aku dan isteri hanya lena semasa dalam perjalanan. Setibanya kami di langkawi terus aku mencari kenderaan sewa untuk digunakan. akhirnya kami dapat menyewa Avanza dengan harga RM90 untuk 3 hari. Ok la tu. Terus kami ke apartment yang kami sewa. Aktiviti hari pertama kami ialah shoping coklat dan lain-lain selepas solat maghrib.


Sepanjang petang hingga ke maghrib hujan turun tidak henti-hentinya. Kami tekad untuk keluar mengikut perancangan asal. Ketika keluar hujan mulai reda. Terus kami keluar menuju ke kedai Haji Ismail yang terkenal dengan coklat. Sudah ramai yang berada di dalam kedai coklat. Kami mengambil bakul masing-masing. Aku hanya ambil coklat yang di kirim. Untuk aku rasa-rasanya tak ada. aku tidak berminat sangat dengan coklat. kalau isteriku beli aku makan la.


Time nak bayar la baru masing-masing terkejut melihat bakul yang di pegang. Rasa-rasanya anggaran coklat yang kami beli ialah RM500. Fuhh....ramainya yang memesan coklat. Habis shoping di Haji Ismail kami menuju ke Idaman Suri yang menjual barangan magkuk pinggan dan lain-lain. Isteriku berminat nak membeli magic pan. Kalau di Penang harganya RM130 untuk saiz 32 inci. Tergamam isteriku bila melihat saiz 36 dijual dengan harga RM90. terus di talipon anak-anaknya. Akhirnya isteriku beli sebanyak 4 kotak.


Selesai shoping perut terasa lapar dan mengantuk. Kami mencari gerai makanan yang terdekat. Akhirnya gerai ini yang menjadi pilihan hati sebab yang lain masing-masing sedang mencuci untuk di tutup. Hujan menyebabkan pelanggan berkurangan. Jam pula sudah 10 malam keatas.


Aku dan isteri hanya makan nasi goreng ikan masin. Anak gadisku memesan kerang bakar. Manakala anak tiriku memesan nasi kosong dan ikan bakar. Aku paling minat dengan Lai Ci Kang. Memang best. Walaupun keletihan kami tetap enjoy dengan makanan kami.


Esok akan bermula pengembaraan kami dengan Avanza. Waterworld, Cable car. Bird park, telaga air hangat dan tempat-tempat lain. Apartment yang begitu sunyi dan terbaik membuatkan kami begitu mudah terlelap menanti hari esok.



5 comments:

Bearcat said...

Ada momok dak kat apartment tu?
Hehehe.

nani said...

apa nama apartment itu, mungkin lain kali boleh kami ke sana pula...

Ariff Budiman said...

Bearcat.......Apartment ni ok. Terhindar dari gangguan syaitan dan manusia

Ariff Budiman said...

Nani...... Apartment Century Suria. Betul2 di pekan Kuah. Kalau nak booking terus blh call no ni. H/p 019-4170594 / 019-4790594. Te. : 04-9660594

MaYa MustWany said...

mas pun rm400 abiz kat tmpat choc.adoii penangan sungguh.tapi spruh kawan2 tempat keje dah oder.

tak suka kedai sebelah idaman suri.sangat biadap n sombong.idaman suri memang murah2..kami banyak gak borong last year.tapi pekerjanya ramai tak mesra pelanggan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...