Teman-teman

Tuesday, April 02, 2013

Rehlah Keluarga - Langkawi Day 2 Cable Car

Selepas sarapan pagi kami bergerak menuju untuk menaiki cable car. Dalam perjalanan ke sana kami singgah di kedai yang menjual minyak gamat. Nak bawa balik la sedikit minyak gamat serta bam yang berasal dari langkawi.


Aku hanya mengambil minyak gamat dan bam yang bermacam jenis. Aku tertarik dengan satu lotion dari gamat. Bila disapu di lengan terasa kepanasannya.  Aku mengambil sebotol. Aku juga dapat merasai kepahitan air tongkat ali


Isteriku juga mencari syampoo dari gamat. Entah ler apa yang diambilnya. Sekejap dimasukkan kedalam bakul. Pernah aku membeli tongkat dari jenis rotan disini. Saja aku suka mengumpul kayu-kayu yang dikatakan khasiat.


Setelah membayar barangan yang di ambil kami bergerak menuju ke cable car. jadual perjalanan  begitu ketat sekali. kami tak boleh berhenti dengan begitu lama. Bila kami tiba orang tidak begitu ramai membeli tiket. begitu mudah kami mendapat tiket dan terus dapat memasuki cable car.


Entah sudah berapa kali aku naik cable car. Jemu tidak pernah bermain di hatiku. Terasa seronok dapat berjalan bersama kaum keluarga. Sesekali menjenguk kebawah terasa gayat sekali melihat pokok-pokok yang begitu kecil.


Nasib kali ini tidak menyebelahi kami. kami tidak dibenarkan menuju ke bridge sebab dalam pembaikan. jadi kami terpaksa berpuas hati berada di tahap ini saja. itupun pemandangan Pulau langkawi begitu cantik sekali dari sini. Angin terasa begitu sejuk sekali.


Kami sempat bergambar dan berehat sambil berbincang perjalanan seterusnya. Ramai juga pelancung luar dan dalam negara yang berada di atas.



Setelah begitu lama kami berada di atas akhirnya kami mengambil keputusan untuk turun kebawah. Destinasi seterusnya ialah Bird Park. Anak-anakku sudah tidak sabar hendak bermain dengan burung.



2 comments:

insan marhaen said...

Among sweet moment....

MaYa MustWany said...

tempat gamat tempat abah mas yang paling dia suka..

tempat cable car tempat paling mas suka.best sangat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...