Teman-teman

Monday, April 29, 2013

Akibat Tertinggal Talipon Bimbit

Seperti biasa selepas solat Jumaat aku pasti akan menziarhi pusara ibu bapaku, isteri serta anakku. Ketika berjalan memasuki perkuburan aku menerima panggilan talipon dari rakan. Aku terus berbual sehingga tiba di pusara isteriku. Aku duduk berbual sambil mencabut rumput yang tumbuh. Agak lama aku tidak datang dek kesibukan bertugas. Rumput sudah mula memenuhi pusara isteriku. Aku mencabut sedikit demi sedikit. Matahari begitu terik sekali. Terasa bahang membakar kulit aku. Itu baru matahari. Belum lagi api di neraka Allah. Akhirnya aku mengambil keputusan bila aku off duty akan aku datang waktu pagi membersih pusara isteriku. Aku terus membaca ayat-ayat suci Al Quran lalu aku sedekahkan kepada isteriku. Aku juga tidak putus-putus berdoa kepada Allah agar dipertemukan kami di akhirat kelak. Selesai membaca doa aku berjalan menuju pusara ibu serta ayahku. pusara mereka diletakkan bersebelahan. Mudah untuk kaum keluarga datang ziarah. Aku juga sedekah ayat suci al Quran kepada mereka. Akhirnya aku ke pusara anakku. Aku sedekah Al Fatihah untuknya.

Selesai saja aku terus pulang ke rumah. Isteriku menghidangkan nasi bersama sambal tumis jawa kegemaranku. Sudah cukup bagiku. Aku makan tidaklah banyak sangat dan tak pernah bertambah pun. Sebab itu aku tidak kisah samada isteriku masak sedap atau tidak. Entah kenapa bila aku makan sedikit saja sudah kekenyangan. Berat badanku pun semakin menurun. Seluar semakin longgar dan terpaksa di kecilkan pinggangnya. Cehwahhh....Nak bagi tahu sudah kuruslah tu.

Selesai solat maghrib baru aku perasan dan tercari-cari di mana talipon bimbit aku. Akhirnya baru aku teringat yang aku telah letak talipon bimbitku di atas pusara isteriku ketika mencabut rumput. Kalau nak ambil esok ia begitu penting sebab jika ada berlaku breakdown pegawai akan menalipon nombor yang ini. Kalau aku ambil juga malam itu nescaya aku pasti akan bertembung dengan sesuatu. Itulah yang aku fikirkan. Akhirnya aku membuat keputusan untuk mengambilnya. selepas maghrib aku baca Al mathurat dulu dan terus aku menuju ke perkuburan. Pagar tak berkunci. Aku sudah dapat melihat benda tu berlegar-legar. Aku memberi salam dan terus masuk

Terpaksa aku buat tak tahu benda di sekelilingku. Akhirnya aku tiba juga di pusara isteriku. Alhamdulillah. Talipon bimbitku masih di situ. Aku check dan terdapat 1 missed call. Bila aku menutup kembali talipon bimbitku entah dari mana datangnya terus tercegat di depan aku.
" Allahu Akbar....." Aku menjerit terkejut dan terus berlari menuju ke pintu pagar.
Aku dapat melihat yang ada beberapa benda mengikut aku. Aku baca ayat suci Al Quran lalu aku henmbus di sekelilingku. Pucat juga aku memenadangkan malamnya pula aku bertugas giliran malam dan isteriku keseorangan di rumah. Aku pula tidak beritahu isteriku nak ke kubur. Kalau di beritahu nescaya dia tak mengizinkan aku ke sana.

Kini sudah beberapa hari aku asyik bau kapur barus saja. Entah dari mana datangnya. Aku rasa lain kali kalau tertinggal benda apa di dikubur, aku tak akan pergi lagi. Banyak dugaan dia. Aku pun bukannya berani sangat. Waktu siang memang nampak kemas dan bersih. Waktu malamnya pula begitu menyeramkan walaupun rumah ada disekeliling. Kalaulah isteriku tahu aku kesana sudah tentu aku kena tazkirah panjang.....

7 comments:

Thirah said...

Yaallah..berani betul en ariff..tu dia..ish ish..meremang bulu roma..membayangkan benda berada depan mata..

Ariff Budiman said...

Thirah....Takut yang saya cabut lari tu

Anonymous said...

Bagaimana ya Pak Ariff kalau rumah betul betul sebelah kubur?

nazayiena said...

Beraninya pergi sorang2 dan lps magrib plk tu,ingat dulu org tua berpesan klu ada barang tertinggal kat kubur jgn berpatah blk nak ambik.

Ariff Budiman said...

Anonymous.....Memang banyak rumah berdekatan dgn kubur. Tapi kubur ini memang bersih dan terpelihara. Nampak macam taman

Ariff Budiman said...

Nazayiena Ayiena.........Takut memang takut tapi terpaksa pergi juga. Hp tu amat penting. Mahal pun sama. Bukan senang nak beli lain. He he

Anonymous said...

nak tak nak,memang kene ambik.mahal atau x,xkisah tapi kepentingan tuh tuh utama..hihihi

grrrrr...takut

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...