Teman-teman

Saturday, August 01, 2009

Sibuk Dengan masalah Anak

Alhamdulillah Allah telah memberi dugaan kepada aku sekeluarga. Aku mendapat berita anakku yang berada di Politeknik Sultan Azkan Shah Tg Malim mengalami demam panas yang teruk dan diikuti dengan batuk-batuk. Katanya ayah jangan risau sebab dia ok. Namun cara pertuturannya menampakkan bahawa kesihatannya terganggu. Sebab tak mahu mengganggu ayah dia berkata ok.

Aku biarkan dahulu dirinya. Mana tahu kesihatannya pulih. Namun bila aku talipon suaranya sudah tidak bermaya. Seramai 30 orang telah dibenarkan pulang. Ayah mana yang tidak risau mendengar anaknya tidak sihat. Virus yang semakin menggila mula menunjukkan taringnya. Sebab itulah Allah mengharamkan babi. Natijahnya inilah yang kita dapat. Aku juga hairan mengapa ada yang masih nak membela babi walaupun secara saintifik sehingga mendapat tentangan masyarakat tempatan.

Akhirnya aku meminta anakku mencari nombor talipon warden yang menjaga asrama. Setelah mendapatnya aku terus menalipon dan meminta keizinan untuk membawa anakku pulang dan dimasukkan ke hospital. Dipendekkan cerita, alhamdulillah pihak kolej membenarkan aku mengambil anakku. Apa lagi aku bergegas bersama isteri jam 10.30 malam meredah lebuhraya ke Tanjung Malim. Akhirnya jam 12.30 pagi kami sampai. Badannya amat panas sekali dan kelihatan tidak bermaya sekali. Terharu juga aku melihatnya. Sudahlah ibu pun tiada. Kalaulah Siti Aishah ada tentu kerisauannya melebihi aku sebab naluri hati ibu amat tersentuh sekali dengan anak-anak.

Kami sampai di Penang jam 4.30 pagi dan aku terus membawanya ke hospital Pantai Mutiara. Setelah doktor membuat checkup dia mendapati bahawa anakku hanya mengalami demam panas yang kuat sahaja dan tiada simpton H1N1. Besyukur aku kepada Allah diatas berita ini. Aku membawa pulang kerumah dan selepas solat subuh aku terus memberi dia ubat. Alhamdulillah bila tersedar dari tidur jam 2 petang dia terus talipon aku. Suaranya amat kuat sekali. Tanda ok la tu.

Sebelum pulang ke asrama ahad ini katanya dia nak ronda dulu dengan motor. Memang dasar anak jantan baik sikit dah nak meronda. Namun aku bersyukur kepada Allah sebab telah melapangkan masalahku.

6 comments:

Maiyah said...

salam.. Insyaallah dia akan sembuh, semoga dapat teruskan belajar nanti

scr said...

huwaaa...jeles mawan bolei balik....siap dan p ronda lg.....

almuna said...

Alhamdulillah anak en ariff dah ok. Di sini dah ada kes confirmed
h1n1 di sekolah rendah. Semoga kita semua dilindungi Allah dari wabak ini..

Unknown said...

hahaha kinah,mak hng x maw buat camtu,runner tengah malam jumpa pak guard nak bawak hng balik,tidak boleh lar cuti seminggu

Pak Jang,jazakallah sebab tolong izat haritu,Alhamdulillah lepas tu semua berjalan lancar

Bearcat said...

Kesian tgk depa la ni.
Tak seceria masa arwah Mak Njang ada.
Walau apa-apa pun, hidup perlu diteruskan...

scr said...

ijat: x dak masa ibu aku nak mai KL mlm2..x pa aku redha....hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...