Teman-teman

Sunday, July 26, 2009

Aku Tertawa Melihat kelucuan

Alhamdulillah semalam aku berkesempatan menemani isteri berniaga di pasar malam. Ramai juga yang membeli nasi tomato. Syukur rezeki. Kata mereka nasi tomato isteriku sangat sedap. Bagi aku sendiri yang merasainya memang sedap juga. Namun sedapnya sama seperti arwah Siti Aishah buat. Aku tak boleh komen. Hanya mereka yang makan saja yang tahu.

Entah kenapa aku tertarik apabila melihat seorang budak sedang membeli nugget goreng. Disebelahnya juga lembaga budak sedang menjelir lidah kearah budak itu. Yang menghairankan aku budak itu turut menjelir lidah kearah budak lembaga itu. Aku tertawa kuat melihat telatah mereka. Isteri aku terkejut bila melihat aku tertawa melihat budak itu. Dia agak kehairanan apa yang aku lihat. Aku menceritakan apa yang aku lihat kepadanya. Tertawa juga bila dia mendengarnya.

Ketika mereka berjalan pergi, budak itu asyik memerhati kebelakang sambil budak lembaga menjelirkan lidahnya kearah budak tadi. Rupanya budak itu pun dapat melihat alam lain juga. Ketika aku hendak mengerjakan solat maghrib dirumah adik iparku aku terkejut apabila melihat lembaga berada diluar pintu rumah. Bila kami masuk kerumah aku melihat adik iparku sedang mengurut kaki anaknya yang membengkak secara tiba-tiba selepas pulang dari pasar malam. Aku pasti dia tersangkut sesuatu. Kalau tidak manakan benda itu berada diluar. Aku buat seperti biasa saja seoalah-olahnya aku tidak melihat. Senang kerja.

Selepas solat maghrib aku meminta minyak lalu aku urut tapak kaki sambil membaca ayat-ayat al-quran. Bukan pandai sangat tapi apa lagi kalau bukan ayat Allah yang kita gunakan. Alhamdulillah surutnya menghilang. Mereka tak sangka aku boleh mengurut. Aku baru berada dalam keluarga mereka selama sebulan dan aku tak cerita apa-apa. Aku berkata mungkin nak menjadi. Bila aku keluar makhluk itu sudah tidak ada lagi.

Bila aku pulang kerumah aku menerima panggilan talipon dari seseorang yang tidak aku kenali. Katanya abangku memberi nomborku untuk membantunya. Dia menceritakan bahawa isterinya sering diganggu oleh lembaga sehingga pernah isterinya mengalami keguguran. Aku dapat merasai bahawa itu adalah saka. Dia pun mengaku begitu sebab ada seorang ustaz pun berkata demikian. Aku terus memberi nombor talipon seorang ustaz yang insyaallah dapat membantu. Bagi aku bab ini memerlukan orang yang betul-betul pakar. Aku bukan pandai sangat

Kenapa pula malam itu merupakan malam yang betul-betul ingin mencabar aku. Isteriku melihat muka aku dalam keadaan marah. Dadaku bergerak kencang ketika berada didalam rumah. Aku tak pernah merasai begini. Selama sebulan tak pernah isteriku begitu marah bila melihat aku. Tapi dia tak berani nak bercakap. Kalau dia bercakap dia akan menundukkan kepalanya. Aku tahu ada yang tidak kena dengannya. Aku biarkan dulu. Bila aku tanya dia cuma angguk kepala sahaja. Bukan ini sikap isteriku selama ini. Tentu ada yang menumpangnya. Mungkin selepas aku mengurut kaki anak saudaranya.

Aku biarkan saja. Tak berani pula dia menatap wajah aku bila aku panggilnya kedepan bersamaku. Aku meminta nasi kerabu yang dia beli. Dia hanya membawa pinggan dan nasi lalu terus naik keatas tanpa memperdulikan aku dalam keadaan marah. Aku tahu ini memang sah. Aku kedapur lalu mengambil garam kasar lalu aku bacakan ayat suci al-quran. Aku sebarkan disekeliling dapur dan ruang tamu. Terdengar seperti benda jatuh diluar dan ayam bertempiaran lari.

Aku senagaja test tengok. Aku naik keatas lalu masuk kebilik. Sebentar saja isteriku datang. Terkejut dia dan bertanya bila aku pulang. Dia tak dengar apa-apa. Aku ceritakan kepada apa yang terjadi. Katanya patutlah dia merasa sakit tengkok sangat-sangat selepas pulang dari solat maghrib di rumah adiknya. Aku hanya mampu berdoa kepada Allah agar memelihara keluarga kami sebab aku bukanlah pandai sangat dalam perkara ini. Aku perlu belajar dan belajar. Semoga aku dapat membantu mereka yang memerlukannya. Aku tidak mahu mereka menjadi seperti nasib yang aku terima sebelum ini.

10 comments:

scr said...

hehe...cian makjang rosnah....x pasai2 lak kena tumpang...ades....sabo jer la...tetiba seram lak dok sorang2 nih...haha...slamat pakjang x crita detail sgt....x yah la kot...hehe

maiyah said...

mak aai.. mintaklah jauh.. takuuit. macamana agaknya kalau nam... eeeeee.. ppiingsaannn

zai said...

Salam En. Diman..
Zai cuma pernah ternampak hantu dalam mimpi jer..siap ada pertarungan yg sengit, kita dengan bacaan ayat2 yasin dan ayat2 alquran lain yg dah tunggang langgang dalam mimpi tu sbb terlampau takut...sampaikan hantu gelak dan kata salah bacaan tu..pastu lawan punya lawan dengan dia pastu ada kekuatan balik perbetulkan ayat2 kursi tu seme last2 menang jugak...itu yang seram campur lawak tu..

inamas said...

salam. hai..makin lama makin menarik blog nih..tegak bulu roma bila baca...huhuuhu...

ARIFF BUDIMAN said...

scr..Kinah nak cerita detail please hantar email add. he he

maiyah..Kalau dah biasa insyaallah tak pengsan cuma pitam saja

zai..lawak juga hantu ya. Boleh tegur bacaan kita. Kira tajwid dia betoi la

inamas..apa yang menariknya blog ini. Kadang-kadang sedih juga ada la. Penulis kadang-kadang pening

scr said...

x pa..makaceh... x mo....haha

Panglima Hitam said...

salam abg jiman,ermm..cerita nie memang menarik saya tuk tau kisah yg lebih terpeinci..kalau leh citer la,sy suke dgr citer2 cmnie..
der gak pengalaman ckit2 tp tk la sehebat nie..
dari sari ke sari kemana je sy pergi sy sentiasa beringat....
mudah2an bla2 nanti kalau de rezeki kta brjumpa lagi nak gak sy brsembang ngan abg...
tp sy tknak la tgk tu...hehe,lum ready kutt..dok rasa cmnie pn dh tk toqah dah kadang2......
lagi satu,jgn la panggil sy cikgu..malu laaa,sy nie muda lg..lg pn sy nie junior banyak dari abg jiman...ilmu pun secebis pn tk dapat..
wassalam,

ARIFF BUDIMAN said...

Panglima Hitam..Dah menjadi resmi kalau gurulatih kita akan panggil cikgu. jangan kekok. Saya juga tidak pandai sangat dalam ilmu persilatan. 5% ada lah.

insan marhaen said...

Salam Warna-Nostalgia,

Muga kau terus berhati-hati dengan kelebihan yang dikurniakan Tuhan.

Di tadika tempat ibu_suri bertugas dulu, anak salah seorang dari guru tadika juga boleh nampak makhlok halus.

Semasa kita berkhemah di Sg Trong dahulu, dia nampak makhlok itu mandi bersama-sama dengan kita.

scr said...

haha...pancaindera ke - 6.....bravo2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...