Teman-teman

Tuesday, July 07, 2009

Hantar Anak ke Politeknik

Alhamdulillah. Tanggal 6 Julai 2009 merupakan hari yang penuh sejarah dimana anakku Hermawan telah melaporkan diri memasuki Politeknik Sultan Azlan Shah di Behrang dalam jurusan Elektronik. Kami bertolak pada jam 5.30 pagi dan menunaikan solat subuh di R & R Sungai Perak. Kami sampai di politeknik pada jam 9 pagi. Kelihatan begitu banyak kereta berderet - deret memasuki kawasan itu. Kelam kabut juga petugas keselamatan mengawal keadaan. Perasaan aku ketika itu amat bersyukur kerana anakku kini telah melangkah setapak kehadapan untuk masa hadapannya. Kelihatan semua pelajar memakai baju putih dan berseluar hitam seperti mana syarat-syarat yang perlu dipatuhi pelajar.

Setelah selesai pendaftaran, pelajar telah diberi
kunci bilik masing-masing. Isteriku membantu
mengemas bilik dan memasang cadar baru. Kawasan persekitaran nampak cantik. Rasa teringin juga nak masuk Politeknik. Kata isteriku tak payahla. Biar anak-anak saja yang masuk. Kita dah tua. Ya ka dah tua ni. Nasib baik kami datang awal sebab masih ada bilik kosong. Yang datang lewat sebab dekat dengan Politeknik akhirnya terpaksa menumpang dahulu dengan pelajar senior. Setelah selesai semua, kami membawa anak untuk berjalan di sekitar bandar Behrang dan menjamu selera. Rasa kesian juga dekat anak kalau nak tinggal terus. Setelah merasakan bahawa masanya sudah sampai untuk kami pulang ke Pulau Pinang, kami menghantar kembali anak ke asrama. Masa perpisahan amat menyedihkan aku sebab inilah kali keduanya aku berpisah dengan anakku. Semasa menghantar Hermawan ke sekolah Tenik Balik Pulau, amat terasa sebab dari kecil bersama dan kini akan berjauhan dari ibu dan ayah.

Kini sekali lagi setelah pemergian arwah isteri, bila aku pulang kerumah, dia berada didepan komputer atau melihat tv. Semasa berpelukan kami masih dapat menahan rasa sebak. Aku tak mahu menunjukkan sangat akan kesedihan ini. Aku juga melihat perubahan air muka anakku. Mungkin juga dia menahan perasaan yang sama. Setelah kami berlalu pergi aku berhenti ditepi jalan untuk mengeluarkan segala rasa sedihku berpisah dengan anakku. Aku menangis didalam kereta. Walaupun isteriku berada disebelah mententeramkan perasaanku namun aku masih merasakan bahawa aku keseorangan. Sayang ibu anakku tidak dapat merasai nikmat ini. Namun aku tahu dan melihat sendiri bagaimana tekunnya siibu siang dan malam bermunajat kepada Allah dan berdoa agar anak-anak berjaya didunia dan akhirat. Inilah kejayaan hasil dari doa seorang ibu.

Terima kasih juga aku ucapkan kepada isteriku yang baru ( Rosnah ) kerana bersusah payah menemaniku dan membantu anakku. Padaku dia seorang isteri yang baik. Tak pernah aku mendengar keluhan. Hanya senyum saja yang dilemparkan.


12 comments:

hrusli61 said...

Aku juga menangis Jiman tapi tidak aku tunjuk kepada sesiapa. Kerana aku tak mahu mereka merasa kami tersalah buat pilihan. Jiman Pasir Gudang amat jauh sekali. Jika memandu lebih 10 jam pukul rata. Aku amat keletihan.

Aku sedang menghitung masa bila akan mampu menziarahi Syuhada. Aku sudah mula merinduinya Jiman.

Doakan anak-anak kita dan kita tabah menghadapi perjalanan hidup ini.

ARIFF BUDIMAN said...

hrusli61... Betoi cikgu biar kita berkorban asalkan mereka berjaya.

insan marhaen said...

3 tahun tak lama. Percayalah kata-kataku ini...

zai said...

Muka anak en diman mcm en diman jer..jangan bersedih doakan yang terbaik buat anak2 kita..klu arwah siti aisyah ada pasti diapun akan turut bergembira...

ARIFF BUDIMAN said...

insan marhaen.. Betoi Abu pejam celik dah 3 tahun. Kerinduan tetap dirasai

Zai.. Anak bapa katakan

Nadine Zuharra said...

adik beradik saye kebanyakannya bersekolah asrama.. masa berkunjung dan melawat tula memori paling manis bila kita dah tamat pembelajaran nnti..

bila berjauhan buat anak2 menghargai ingatan dari ibu bapa dan perhatian dr mereka..org kate ape.. jauh di mata, dekat di hati..

a kl citizen said...

kita doakan yang terbaik...

ARIFF BUDIMAN said...

Nadine..Saya setuju dengan kata jauh di mata dekat dihati

a kl citizen..Benar cikgu. Kita doakan yang terbaik untuk mereka

inamasjoko said...

tahniah!!smoga ke-2 mereka berjaya dunia n akhirat..amin..dan smuanya Allah dh atur dgn cantek skali...ada hikmah d sebalik perpisahan ini. moga proses perkenalan abgDman n kak rosnah menjadi lebih menarik lagi...maaf ya jika komen sy keterlaluan.. permisi dulu ya pak..

maiyah said...

hai seronoknya.. semua hantar anak gi asrama.. mestilah rindu, tapi masih boleh dihubungi selalu.

ARIFF BUDIMAN said...

inamasjoko..Komen bu ina enggak keterlaluan. Bisa di terima. Memang semuanya Allah telah atur begitu rapi sekali walaupun pahitnya perpisahan tapi dari sudut yang lain banyak iktibar dapat dipelajari.

Maiyah..Walaupun jauh tapi masih lagi di Malaysia. Memang selalu dihubungi. Lama kelamaan biasa la tu

kapten said...

tahniah abg diman...semoga anak abg deman berjaya...ameen..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...