Teman-teman

Wednesday, July 15, 2009

Ayah!!! Tolong Sat Kakak

Aku bersama isteri kepantai untuk mencari siput. Inilah kegemaranku masa lapang selain menjala dan memancing. Kalau aku terlalu banyak berfikir kerana masalah dunia akan aku memilih salah satu daripadanya. Memandangkan aku kini tinggal tak jauh dari pantai lalu aku mengajak isteriku menemaniku untuk mencari siput. " Kalau ada rezeki sedaplah kita makan siput. Kalau tak ada kita cuma dapat angin pantai ". Kataku kepada isteri. Ternyata dia pun begitu gemar mencari siput. Selepas menunaikan solat asar kami berdua kepantai. Memang tak ada rezeki petang itu sebab air laut pasang. Selalunya ketika air surut baru senang mencari siput.

Kami berduan dipantai. Tak ada pula orang datang mencari siput hari ini. Mungkin mereka dah tahu air surut jam berapa sedangkan aku main redah saja..Kadang-kadang bahaya juga berduaan dipantai. Silap hari bulan kena cekup dengan pegawai agama dan dituduh berkhalwat. Banyak juga yang tertangkap di sini. Walaupun aku tak takut sebab dan kahwin namun kalau tertangkap juga maka prosedur untuk membetulkannya akan mengambil masa. Dalam kami bersiap hendak pulang talipon berbunyi. Anakku Siti Zinnirah yang talipon. " Assalamualaikum ayah. Sihat ka ". Aku membalas jawapan anakku lalu menceritakan bahawa kami berada dipantai.

" Ayah tadi polis datang rumah kami sebab jiran sebelah membuat aduan kata kami bising ". Aku menasihat anakku supaya menjaga hati jiran sebelah sebab merekalah yang dekat jikalau berlaku sesuatu perkara. " Tapi kami tak la bising sangat. Kami pergi jumpa pakcik sebelah tapi dia tak mau keluar. Kami nak bersemuka dengannya kenapa dia buat aduan. Lebih baik tegur dulu kami secara baik ". Benar juga kata anakku. Sepatutnya jiran sebelah, berilah nasihat dahulu. " Kami tanya jiran sebelah kami lagi satu, dia kata kami tak pernah bising pun. Jiran tu kata pakcik tu memang suka bergaduh sebab tu tak ada siapa yang mahu bercakap dengan mereka ".

" Kami tak puas hati lalu kami pergi berjumpa sekali lagi dengan pakcik sebelah. Katanya kami jangan dok cabar dia. Kata pakcik tu disebabkan kami, isteri dia keguguran ". Menangis anakku menceritakan perkara yang terjadi. Aku nasihat anakku agar sabar. Tak apa kalau polis menjalankan tugasnya. Sebab ada aduan lalu dia terpaksa datang melihat. Agak lama juga aku bercakap dengan anakku. Kalau talipon aku guna kredit tentu dah habis. Kesian juga aku dengan anakku dan rakan-rakan sewa. Dahlah time periksa. Jadi hal begini pula. Tentu ada yang akan terkesan seperti anak aku.

Selepas maghrib aku menerima panggilan sekali lagi dari anakku. Jantung aku bergerak kencang. Ya Allah apa pula yang berlaku ni. Bisik hati kecilku. " Ayah..tolong sat kakak ". Menangis dia. " Jiran sebelah upah pemuda lalu baling mercun depan pintu rumah kami. Terkejut kami yang dok belajar. Ada yang dah takut ayah. Lepas tu depa letak ular yang dipukul penuh darah dan letak depan pintu kami. Kami takut ayah. Tolong sat ayah ". Aku berkata kepada isteriku bahawa ini dah kes berat. Aku terpaksa buat sesuatu. " Ayah nak pergi kerja ni. Macam ni, kakak ambil air sembahyang selepas tu cari garam. Bila siap talipon ayah ".

Sebentar kemudian dia talipon aku. " Ok kakak, kakak baca ayat Al-Mathurat. Kemudian baca ayat kursi sebanyak 3 kali. Akhir sekali bacalah ayat 9 dari surah Yasin. Genggam garam dan hembus. Niatkan didalam hati supaya Allah kaburkan penglihatan mereka jikalau ada yang berniat jahat. Kakak berdoa agar Allah hindarkan segala kejahatan. Tebarkan garam diluar. Insyaallah ". Aku terpaksa guide dari jauh. "Ayah macam mana kalau kakak niat supaya butakan mata mereka. Terkejut juga aku. " Jangan terlalu emosi bila berhadapan dengan sesuatu perkara. Kakak kawal perasaan insyaallah yang lain Allah akan bantu. Ayah akan cuba ikhtiar dari jauh ". Ini yang paling aku takut kalau darah muda menguasai mereka. Mereka cepat hilang pertimbangan. Aku turut melakukan perkara yang sama dirumah sebelum ketempat kerja.

Esoknya selepas mereka pulang dari kolej aku menghubungi anakku menanyakan jikalau ada perkara-perkara yang berlaku. Kata anakku semua ok. Malamnya tak ada gangguan langsung dan mereka dapat belajar dengan tenang. Kata anakku, " Ayah la ni di kolej dok hebuh kakak jadi Tok Bomoh ". Tertawa dia menceritakan apa yang terjadi dikolej. Hebuh cerita anakku memulih keadaan rumah mereka. " Jangan terlalu gembira kakak. Jangan merasa ego dengan ini. Kakak akan berhadapan dengan perkara yang lebih dasyat lagi selepas ini. Kalau terlihat apa-apa jangan cepat terkejut dan melatah. Baca apa yang ayah berikan ".

Aku doakan agar anakku Siti Zinnirah akan bersedia menghadapi keadaan yang seterusnya. Aku begitu yakin pasti dia akan mengalaminya. Semalam anakku Hermawan pula menaliponku. " Ayah adik rasa ada sesuatu yang tak kena dengan pokok sebelah asrama adik. Pokok tu betoi-betoi depan tingkap adik ". Memang belakang asrama mereka adalah hutan belantara dan sudah pastinya tempatnya baru saja dibongkar untuk membina asrama. Pasti asrama anakku akan terkesan dari perkara ini. Aku juga memberi ayat yang sama yang aku berikan kepada kakaknya. Semoga mereka dapat menjaga diri mereka masing-masing.

10 comments:

MaMa MoDeN said...

salam saudara budiman..

ermmm ain ( rasa sayang ) pun mhadapi masalah yang sama dengan zinirah.

kalau saudara ke blog ain tlg bg petua kat dia camna nak hadapi gangguan jiran sebelah dia yer...

ghisau saya. jiran tu dahlah lelaki, depa plak pompuan smua.

smoga depa semua dilindungi Allah & sukses mhadapi plajaran...

ARIFF BUDIMAN said...

Mama Moden..Insyaallah

scr said...

fuh...melampaw....tak patut....

maiyah said...

teringat kat arwah bapak saya dulu pun pernah bantu kakak saya di rumah sewanya tapi kerana gangguan hantu.

inamas said...

like father like daughter..kan abgDman kan...InsyaAllah saya pun nk kena amalkan ayat Al-Mathurat nih...thanks..

ARIFF BUDIMAN said...

scr.. Nirrah kata ok dah. Tak ada gangguan lagi.

Maiyah.. Berkat hidup kalau kita saling membantu asalkan jangan ada perasaan sombong

inamas.. Baguih tu ina. Sebenarnya sesiapa saja boleh amalkan ayat Allah untuk kebaikan. Kalau Allah izin maka jadilah. Kalau tidak teruskan amalan dengan sabar. lambat laun Allah makbul juga.

Tirana said...

Susahnya kalau berjiran dengan orang yang ada penyakit dalam hatinya.. Dah tua pun tak pandai nak bertolak ansur dengan budak2...

Siti R said...

Alhamdulillah sy x pernah hadapi masalah mcm tu. Jiran2 sy baik2 belaka :)

kapten said...

al-mathurat tue baca satu buku tue ker? atau baca surah2 pilihan jer?

kapten said...

sebelum nie ada benda pelik jadi kat umah sewa saya..bg saya pelik la kalau bg abg budiman mungkin perkara biasa. Benda nie terjadi waktu malam start waktu magrib. Di mana ada ulat warna putih(mcm ulat sampah)akan muncul kat ruang tamu umah saya. Rasanya mcm jatuh dari syiling atas tp bila check xder la plak lubang kat syiling atas.. ia hanyanterjadi 3 malam jer pastu skrg dah xder..bila saya buang ulat tue.. tiba2 ada lg.. bukan seekor jer..tp banyak ekor.s

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...