Teman-teman

Thursday, July 09, 2009

Nilai Di Hargai

Bulan ini merupakan bulan yang paling sibuk dan meletihkan. Apa tidaknya. Aku terpaksa menguruskan soal anak lelakiku ke Politeknik. Mengurus diri sendiri menghadiri kursus di Bangi dan kerja yang tidak menentu. Badanku juga tidak dapat menerima segala perubahan ini. Sekejap panas. Sekejap biasa. Macam chipsmore dalam iklan roti. Aku akan menghadiri kursus semula pada 21 Julai ini. Banyak tugasan belum mampu aku lakukan. Mesyuarat agong surau pada 26 Julai ini belum lagi aku prepair. Aku seperti tidak tahu membahagikan masa sebab sebelum ini aku mempunyai pembantu. Namun kini aku terpaksa menyesuaikan diri dengan pembantu baruku yang sedikit demi sedikit memahamiku. Syukur.

Aku juga tidak mampu menolak untuk mengendalikan persembahan nasyid sempena pertandingan akhir musabaqah Al - Quran pada 12 Julai ini. Aku telah dihubungi seseorang yang mengatakan bahawa YB mahukan nasyid para tarikh itu dan dia sendiri tidak tahu mencari siapa lagi. Walaupun padat dengan tugasanku, rasa tak sanggup menghampakan harapan orang. Aku terpaksa mengumpul adik-adik yang pernah memasuki pertandingan nasyid anjuran surau kami. Tak susah sangat untuk bertemu mereka sebab ibu bapa dah kenal sangat dengan aku. Mereka memberi sokongan padu kepada anak mereka.

Seronok juga anak-anak bila diberitahu akan persembahan ini. Mereka telah dijanjikan sijil yang akan ditanda tangani oleh KM Pulau Pinang sendiri. Ada yang beria-ia nak lekatkan di dinding. Ada yang nak buat frame. Bagi mereka ini merupakan suatu penghargaan dan besar nilainya disisi mereka. Aku juga mengharapkan agar perkara ini benar-benar dapat dilaksanakan. Mengendalikan anak-anak tidaklah susah sebab mereka senang mendengar cakap. Pernah aku bersama blogger Insan Marhein, Jendela Hati mengendalikan nasyid dan pernah membuat persembahan didepan protokol. 11 Julai merupakan hari jadi Gebenor Pulau Pinang. Kami pernah membuat persembahan didepan Gabenor Pulau Pinang suatu ketika dahulu. Terasa bangga dan seronok bila dihargai walaupun dengan ucapan terima kasih.

Kini anak-anak terlalu seronok dengan persembahan ini. Sekejap-sekejap talipon bertanya bila nak buat latihan. Kini isteriku Rosnah pula menjadi pengiringku menjalani latihan bersama anak-anak. Nampak dia juga terhibur melihat suaminya melakukan amal jariah. Kataku padanya, " Nah, sekarang ini kita tak nampak setiap apa yang kita lakukan apa balasannya. Ketika kita meninggal dunia kelak Allah perlihat segala usaha kita. Orang akan bercakap yang baik-baik tentang kita ". Dia faham contoh siapa yang aku maksudkan. " Betoi bang no. Lihat arwah Aishah, jenazahnya tersenyum manis ". Aku hanya diamkan diri sahaja tanpa komen apa-apa.

Aku sempat juga menegur anak-anak tentang aurat mereka. Kataku jangan ketika nasyid saja memakai tudung. Bila tak ada nasyid tak pakai tudung. Ada yang berkata bahawa emak mereka tak bagi sebab masih kecil lagi. Aku berkata kepada anak-anak semasa kecil la kita bermula. Ia bagaikan latihan. Kalau terus pergi buat persembahan tanpa latihan macam mana jadinya persembahan itu. Tentu kekok. Begitu juga dengan tudung. Kalau dah besar baru disuruh memakai tudung tentu adik-adik merasa rimas. Aku sarankan bercakap dengan baik dengan emak dan ayah. Katakan pakcik Budiman suruh pakai tudung bila berada diluar. Apa yang aku bersyukur ada segelintir ibubapa yang mengambil positif tentang aurat. Bila bertemu dengan anak-anak mereka dengan bangga berkata bahawa emak dan ayah mereka mengizinkan mereka memakai tudung.

Ketika berceloteh dengan anak-anak, aku berkata, " Tahu tak pakcik Budiman tergoda dengan Mak cik Rosnah sebab Makcik Rosnah menutup aurat. Manis sungguh orang yang menutup aurat ". Ketawa anak-anak bila aku memuji isteriku dan dia menunuduk malu bila dipuji begitu. Aku mengharapkan agar persembahan ini berjalan lancar tanpa ada cacat cela sebab ibubapa anak-anak ini juga begitu teruja untuk melihat persembahan anak-anak mereka yang telah menapak kehadapan dan mampu membuat persembahan dihadapan orang ramai.

6 comments:

scr said...

hehehe

a kl citizen said...

semoga dipermudahkan...

inamasjoko said...

InsyaAllah,smuanya akan berjln lancar spt yg dirancangkan... Takbir!!Allahhu Akbar!

Anas Iswari said...

Insan Marhein n Jendela Hati saja ka.. Pest Station pon ada jgk dok menyebok dulu.. LOL...

maiyah said...

Wah buat nasyid mesti best tu

zai said...

Baguslah tu..sekurangnya2 ada juga tempat berfaedah utk anak2 buang masa disamping berdakwah..bagus teguran en diman kat anak2 utk bertudung tu..mmg cara yg cukup berhemah..tahniah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...