Baru-baru ini dunia tergamam dengan pemergian raja pop iaitu Michael Jackson. Masyarakat di Malaysia turut terkena tempiasnya. TV diserata dunia turut menayang rancangan ekskusif penghormatan terakhir terhadap raja pop ini. Di stesen TV kita ada ditemuramah pandangan masyarakat tentang MJ. Semua mengatakan bahawa dunia telah kehilangan seorang raja pop yang sukar dicari ganti. Aku terasa sedih tapi bukan kerana pemergian raja pop ini. Dalam waktu yang sama berlangsung pemakaman seorang muslimah yang Allah telah kurniakan syahidah kerana mempertahankan jilbabnya. Marwa Al-Sharbini merupakan seorang ibu kepada seorang anak lelaki dan sedang mengandung tiga bulan. Beliau telah ditikam sebanyak 18 kali oleh seorang pemuda Jerman berketurunan Rusia yang anti islam. Tapi berita ini tidak disensasikan. Negara yang majoritinya umat islam masih tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku.
Ribuan rakyat Mesir telah menghantar jenazah Marwa untuk dikebumikan. Marwa merupakan seorang ibu dan bukan superstar. Pemergian Marwa merupakan lambang jihad yang mempertahankan dirinya sebagai seorang muslimah dan diakhiri dengan kematiannya. Marwa telah ditikam oleh seorang pemuda Jerman yang kerap kali memanggilnya teroris kerana memakai jilbab. Suami Marwa berusaha melindunginya tetapi terkena tembakan yang dikatakan tidak disengajai.
Bayangkan jikalau wanita ini seorang warga Jerman tentu dah hebuh satu dunia. Tetapi memandangkan Marwa seorang islam maka dunia membisu dan mengalih tumpuan kepada acara penghormatan terakhir raja pop. Berapa kerat sangat rakyat di Malaysia ini yang tahu akan trajedi ini. Tidak ada protes dunia islam terhadap Marwa yang mempertahankan kehormatannya. Jangan risau Marwa, pengorbananmu tidak sia-sia. Engkau akan mendapat tempat yang paling mulia disisi Allah. Semoga jihadmu akan dikenang oleh seluruh dunia suatu hari nanti.
5 comments:
Salam en. Ariff...terima kasih atas maklumat ni...sy mmg xtau menahu
Semoga roh Marwa dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama2 dgn org2 yg beriman...amin...
semoga rohnya dicucuri rahmat.. inilah keadaan dunia sekarang
Salam..
Inilah petanda dunia dah akhir zaman tersangat2..pabila ulama dihina dan rasuah, riba dan maksiat bermaharajalela..yang keji dipuji dan dijulang dan yg memberi nasihat dipandang hina..
semoga Allah mencucuri rahmat keatas roh umat2 islam yg terdahulu dari kita..Amin
Salam en Ariff.
Inilah petanda akhir zaman, pabila ulamak dihina dan maksiat bermaharajalela...dan yg keji dipuji dan yg indah dipandang jelek...
Semoga kita bukan tergolong dari golongan ini..
Dunia ni gitu ler... Api dikatakan air. Air dikatakan api. kekadang kita juga bak Tipah tertipu...
Post a Comment