Teman-teman

Saturday, July 25, 2009

Alhamdulillah Selesai Sudah Berkursus

Alhamdulillah hari ini selesai sudah kursus dan peperiksaan dan petang ini aku akan kembali ke Penang. Sebelum kembali aku sempat juga guna laptop kawan dengan broadband celcom yang kurang laju aku gagahi juga menulis. Sepanjang kursus di sini aku seperti hilang semangat sebab banyak berita yang aku terima dari Penang yang tidak menyenangkan. Sekejap kawanku si Khor bertanya, " Ariff perempuan itu ada ka dekat pokok buluh ". Walaupun ada namun aku menjawab tiada. Aku seperti tidak mengindahkan lagi apa yang aku lihat dan melintasi didepanku. Bagiku semua itu aku sudah mangli.

Yang membuat hati aku tidak tenteram ialah berita dari seorang rakanku yang menceritakan mengenai sebuah keluarga yang hancur berkecai. Aku tidak mahu menceritakan sebab musabab hancurnya keluarga ini sebab aku takut aku juga akan menjadi seperti mereka. Yang membuat aku menangis keseorangan ialah disebabkan keluarga inilah Siti Aishah meninggal. Hasil dari hasad dengki mainan iblis akhirnya kami terpisah selama-lamanya. Selama ini aku cuba menghilangkan memori silam walaupun amat payah namun selepas berita ini memori ini seperti memainkan kembali saat-saat Siti Aishah menderita kesakitan yang amat sangat.

Walaupun aku dan Siti Aishah tahu akan permainan mereka namun arwah isteriku tidak membenarkan aku membalasnya. Kata isteriku sambil menangis, " Abang walaupun Siti mati janganlah abang membalas balik kejahatan mereka. Kita akan tuntut di akhirat kelak. Janganlah abang ceritakan kepada sesiapa ". Aku tak dapat melupai akan kata-kata ini. Aku simpan akan rahsia ini. Namun kini aku tahu dalam masa 6 bulan sahaja Allah telah membayar tunai didunia. Bertanya anak gadisku, " Ayah!!! kalau depa datang minta maaf adakah ayah akan maafkan depa ". Aku terus menjawab dalam keadaan sebak, " Tidak kakak, Ayah tak akan maafkan perbuatan mereka. Kita akan tuntut di akhirat kelak ".

Seharian aku bermurung didalam bilik di asrama. Aku tak mood untuk bergurau dengan rakan-rakan. Aku hanya mengenangkan kembali saat bahagia kami 4 beranak ketika berada dirumah. Aku tertanya-tanya adakah kami tidak layak untuk bahagia. Adakah kami tidak layak untuk merancang masa depan. Adakah mereka merasa puas setelah kami berpisah. Kini aku amat merindui gurau senda sebuah keluarga. Namun aku harus akur dengan qada dan qadar. Aku seperti baru memulakan penghidupan baru. Aku dengan dunia baruku dan meninggalkan duniaku yang indah sebelum ini.

Kubur Siti Aishahlah tempat aku melepaskan rinduku. Disitulah aku melepaskan segala isi hatiku seolah-olahnya Siti Aishah mendengar. Namun sesudah aku melangkah keluar dari perkuburan aku mesti bertukar watak. Watak yang akan membuatkan ibuku tidak risau akan diriku. Ibuku kerap bertanya, " Budiman apa habaq sekarang ni. Sihat ka. Keluarga baru sihat ka ". Aku mampu menjawab, " Alhamdulillah mak. Budiman sihat dan kami sekeluarga baik-baik saja ". Namun hakikat sebenarnya aku masih merindui akan Siti Aishah.

Pernah aku berdoa 2 hari selepas kematian Siti Aishah mengapa Allah tidak mengambil kami berdua. Mengapa Siti Aishah yang harus pergi. Aku tahu Allah marah akan doa ini. Aku perlu bersyukur sebab andaikata kedua-dua kami pergi maka kedua-dua anak kami akan menderita dan menjadi yatim piatu. Allah sebaik-baik perancang. " Ampunkan dosaku ya Allah andaikata tidak mensyukuri akan pemberianmu. Kau berikanlah kebahgiaan kepada keluarga kami dan kau kekalkanlah kami sehingga keakhir hayat. jangalah kau tarik kembali setelah engkau berikan nikmat kepada kami. Amin Ya Rabbal Alamin "

4 comments:

inamas said...

Sabaq byk2 abgDman...sememangnya abgDman org yg amat penyabar..ALLAH bersama org2 yg bersabar n beriman. InsyaAllah, Dia Maha Mengetahui segala yg tersurat n tersirat.

Maiyah said...

siapa yang menganiaya orang akan menerima balasan dari Allah.. bersabarlah.. ada hikmah disebaliknya

alizarin said...

ingatkan ada citer hantu lagi...
Citer sedih pulak yang muncul..
Tabahkan hati yer

Ariff Budiman said...

inamas.. Insyaallah sekali sekali melepaskan rasa hati

maiyah.. Benar . Allah maha berkuasa

alizarin..he he tak apa lain kali la

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...