Teman-teman

Tuesday, November 24, 2009

Aduh Sakitnya cubitan Cikgu

Petang semalam aku bersama isteri beriadah sambil menghirup udara segar. Sambil berlegar-legar ditengah padang kami terasa letih maklumlah aku telah meninggalkan joging selama hampir 7 bulan. Badan dah semakin mengembang kembali. Sambil meneguk air aku memerhati seseorang. Dalam hati aku berkata apakah mungkin itu cikgu Zaleha. Guru kelasku semasa di Bayan Lepas English School. Tepat memang dia bersama suaminya turut sama berjoging disitu. Mereka juga seperti kami berhenti setelah terasa penat. Aku mengajak isteriku untuk berjumpa guruku.
" Assalamualaikum cikgu Zaleha ". Sambil menjawab kelihatan dia sedang berfikir mungkin mengenaliku atau mungkin tidak.
" Cikgu tak kenal saya ka. Nama saya Ariff Budiman ". Aku memberi klu agar mudah dia menginatiku.
" Kalau Ariff Budiman memang cikgu kenal sangat sebab nama kamu seorang saja dalam sekolah "

Aku perkenal isteriku kepadanya. Sambil bersalaman aku terus bercerita yang cikgu Zaleha ni seorang yang amat garang. Tahi lalat dibirnya menjadikannya lebih garang. Sudah berapa kali pipi aku dicubitnya akibat lembab dalam matematik.
" Kalau saya tak garang dengan kamu Ariff, takkan kamu jadi manusia hari ini. Cikgu minta maaf banyak-banyak pada kamu Ariff ".
" Tak apa cikgu, saya tak berdendam pun dengan cikgu malah saya ucapkan terima kasih kepada cikgu kerana membimbing saya selama disekolah rendah ".

" Haa..Ariff bagaimana dengan cita-cita kamu nak menjadi seorang penyanyi bila besar nanti. Dah tercapai ke ". Tak sangka cikgu masih ingat lagi cita-citaku.
" Laa..cikgu ingat lagi ka akan cita-cita saya ".
" Mana cikgu tak ingat cita-cita pelik kamu tu ". Tersengih suaminya mendengar kami berceloteh.
" Allah tak izin cikgu. Tapi jadi juga artis yang tak terkenal iaitu penyayi lagu nasyid. Nasyid atas pentas saja ".
" Kira tercapai juga cita-cita kamu ya ".
" Ariff ni dulu masa dikelas asyik menyanyi. Suara pula sedap didengar. Tapi yang saya geram time saya mengajar dia dok menyanyi dekat seorang pelajar perempuan. Tu yang saya cubit ".
Malu sungguh aku bila cikgu cerita kisah aku dalam kelas. Aku melihat isteriku mengerling kearahku bila cikgu bercerita.

Akhirnya kami minta diri untuk pulang kerumah. Semasa dalam perjalanan isteriku mengusik
" Tak sangka abang dulu romantik sampai nyanyi lagu dekat budak perempuan ".
" Ala dulu bodoh lagi. Tapi kalau sekarang buat macam tu sudah tentu orang kata abang gila ".
Ketawa dia mendengar cerita aku semasa dibangku sekolah. Padaku guru merupakan seorang insan mulia. Aku juga berpesan kepada kedua-dua anakku semasa mereka dibangku sekolah agar menghormati guru. Aku tidak mahu menjadi seperti ayah zaman sekarang. Silap sikit buat laporan polis. Ayah dulu kalau pulang kerumah buat laporan dibedal oleh guru pasti dibedalnya sekali lagi dirumah pula. Kasihan guru sekarang. Sudahlah kerja banyak asyik kena kutuk saja.

Anak tidak cemerlang salahkan guru. "Kami bayar duit. Tugas cikgu mengajar bukan mendera ".
Itulah kata-kata rungutan ibubapa sewaktu aku menghadiri mesyuarat ibubapa. Aku tak dengar langsung ucapan terima kasih dari ibubapa kepada keikhlasan guru yang mengajar. Ibubapa berjawatan tinggi ialah hasil dari dididkan seorang yang bernama guru. Semoga keikhlasan guru mendapat rahmat dari Allah swt

3 comments:

kat said...

saya pernah ditamper guru kerana saya tak pandai membaca ketika darjah satu...

apa yang melukakan hati...saya tidak kisah ditampar demi ilmu yang dituntut...tapi kata-kata guru saya melukakan hati sehingga kini...
sebagai guru bukan ilmu saja yang diingati murid...tetapi perilaku dan budibahasa guru itu juga turut dibawa murid hingga alam tua nya...

Maiyah said...

kenal lagi ye, mmg kita hargai pengorbanan cikgu :)

FaridRashidi.Com said...

Tidak menghormati guru seperti kacang lupakan kulit.

Jemput baca dan beli! sila ke url:

http://www.faridrashidi.com/2009/11/24/bawa-bersama-khasiat-habbatus-sauda/#comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...