Teman-teman

Wednesday, November 11, 2009

Buatlah Program lagi

Setelah selesainya program remaja tempuh hari, aku berpesan kepada anak-anak remaja yang hadir dalam program itu yang seramai 25 orang agar bila mereka pulang kerumah nanti ceritalah kepada kedua ibubapa, kawan-kawan dan jiran-jiran apa faedahnya mereka menyertai program ini. Alhamdulillah mereka tidak menghampakan aku. Aku menerima sms dari ibubapa yang mengucapkan ribuan terima kasih. Diantara sms yang aku terima dan masih lagi berada didalam inbox berbunyi begini

" Berbanyak terima kasih dari saya dan suami diatas kemurahan hati Tuan Budiman dan beberapa pihak lain yang menjayakan program ilmu dan membolehkan 3 orang anak kami dapat menimba ilmu. Semoga pihak tuan dan puan semua diberkati Allah ". Aku tidaklah bermaksud yang setiap kali program diadakan akan ada sms semacam ini. Cuma sms ini menyuntikkan lagi semangat aku dan rakan-rakan yang lain untuk terus memberi yang terbaik kepada anak remaja.

Ada juga ibubapa yang tidak membenarkan anak-anak mereka menyertai program ini tetapi atas desakan anak-anak mereka, akhirnya membenarkan anak mereka turut hadir. Anak-anak yang hadir aku dapati begitu seronok dengan program ini. Aku faham benar sebab apa mereka jadi begitu. Sebabnya politiklah yang menjadikan mereka tidak suka selain dari parti mereka yang mengadakan program seperti itu. Apakah aku bersalah sekiranya aku menyertai parti politik yang tidak sama aliran dengan mereka sedangkan kami tidak pernah membezakannya.

Bagiku mereka merupakan majoriti yang sedikit. Masih banyak ibubapa yang meminta aku agar mengadakan program remaja cuti sekolah ini. Kalau kita nak buat program remaja, kita kena pandai cari ketuanya. Brainstorm otaknya dan akhirnya dia akan mengajak pula rakan-rakannya yang lain. Itulah yang aku lakukan suatu ketika dahulu apabila ada persatuan yang meminta aku mencari remaja untuk membuat persembahan sempena hari kebangsaan. Aku cari ketuanya dan aku duduk bersama. Aku biarkan saja dia menghabiskan sebatang ganja dan aku terangkan niat hatiku. Akhirnya aku dapat mengumpulkan sebanyak 20 orang remaja dan membuat persembahan walaupun persembahan mereka carca marba namun mereka berjaya melakukannya.

Kini remaja-remaja itu telah hijrah dimerata tempat. Lahir pula remaja yang baru dan perangai tetap juga sama. Kalau dulu mereka hanya melihat, kini mereka pula berani mencuba. Berkepul asap dengan wangian ganja yang menusuk lubang hidung. Sebenarnya remaja ini ketandusan program. Tidak ada sesiapa yang sudi mengajak mereka. Banyak program dibuat untuk golongan kanak-kanak. Banyak ibubapa meluahkan perasaan mereka kepada aku.
" Budiman..buatlah program remaja cuti sekolah ini. Lihatlah anak-anak tanpa segan silu berkepit sana sini dan ibubapa mereka pula tidak pernah melarang ".

Aku pernah menegur seorang remaja perempuan yang asyik bersembang dengan lelaki didepan rumah mereka. Jiran-jiran selalu meminta agar aku melakukan sesuatu. Akhirnya aku terpaksa juga menegur mereka. Akhirnya bunyilah ayat ini
" Apa yang pakcik sibuk sangat dengan kami. Emak dan ayah saya pun tak marah kami bersembang ". Memang perasaan ketika itu hancur berkecai dengan sikap ibubapa sekarang. Apabila melihat aku dan isteri pasti muncung mulut mereka. Setelah isteriku meninggal dunia terdengar suara, " Itulah tegur lagi orang, Akhirnya isteri mati ".

Kata-kata ini amat pedih dan hampir beberapa bulan aku terpaksa melupakan program. Aku kehilangan teman yang sanggup bersama menjayakan program ini. Bila memikirkan perjuangan Rasulullah aku merasakan siapalah diri ini. Rasulullah dugaannya lebih berat lagi. Bacalah buku sirah tentang perjuangan Rasulullah. Kini hatiku bertambah pulih dan aku akan bangkit kembali. Kepada rakan-rakanku yang membaca blog ini marilah kita lakukan sesuatu. Surau kami menadah tangan kepada kalian semua untuk mengadakan suatu program remaja. Insyaallah kita akan bertemu lagi. Semoga Allah permudahkan

3 comments:

RSPP said...

Kita kena terus tegur anak-anak ni. Kalau kat RS, biasanya jawapan yang diberi tak ada sapa-sapa tegur saya pun tapi dalam nada yang berlainan iaitu menanti orang lain tegur mereka.Ni boleh jadi juga jawapan nak lepaskan diri. Boleh buat progam ABJZ separuh hari kat surau tu? Team sebelah pulau pun ada....

Maiyah said...

ssb tu bila sy nmpak bebudak skolah dating dpn umah sy tgk je kalo tegur camtu le jwbnya nanti

dr sakit hti lbh baik tgk je :)

hentian said...

buat baik memang tinggi risikonya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...