Teman-teman

Monday, November 09, 2009

Misi Kasih & Program Remaja

Sabtu 7 November. Aku sekali lagi memberi penghormatan kepada rakan-rakanku yang akan berlepas ke Padang dalam Misi Kasih Padang ke 3 di lapangan terbang antarabangsa Bayan Lepas Pulau Pinang. Walaupun aku masih lagi tidak berkesempatan kesana, jiwa ini begitu merindui akan bersama rakan-rakan yang lain suatu masa nanti. Insyaallah hari kedua Aidil Adha rakan-rakanku sekali lagi akan melaksanakan korban disana. Katanya kalau makan lembu sudah dianggap mewah disana. Seekor lembu boleh mencapai RM4000.

Selesai menghantar rakan-rakanku, aku bergegas pula menghantar anak-anak remaja ke Surau An Nur dalam Program ceramah Motivasi oleh Dr Danial Zainal Abidin. Seramai lebih kurang 100 orang anak remaja telah mendaftar. Aku mengambil peluang ini menghantar poster kepada ibubapa yang anak-anak mereka telah memasuki pertandingan nasyid di surau aku. Berkata mak angkat aku yang membawa poster,
" Ni program Budiman buat di surau ".
" Kalau Budiman buat kami nak hantar la anak kami ". Aku begitu terharu bila ada ibubapa yang menaruh kepercayaan kepadaku. Aku tidak sekali-kali akan mengkianati kepercayaan ini. Biarlah aku mengeluarkan sendiri wang untuk menghantar anak-anak remaja. Insyaallah rezeki ada dimana-mana. Kepada anak remaja aku mengharapkan agar mereka menjadi seseorang yang boleh membuatkan ibubapa merasa bangga dengan mereka dan non muslim merasa kagum dengan akhlak islam.

Anak remaja begitu khusyuk mendengar motivasi dari Dr Danial Zainal Abidin


Dalam sesi motivasi Dr Danial telah menekan tentang Formula IT iaitu I untuk Ilmu dan T untuk Takwa.
Orang yang tidak mempunya ilmu begitu susah untuk menjadi seorang yang baik. Sebelum Nabi Adam diturunkan kebumi, projek ilmu telah ditekankan kepadanya. Bermacam-macam pengajaran telah diajar untuk Nabi Adam mengenal sesuatu.

Seterusnya Dr Danial menekankan Kenapa ilmu itu penting
1 ) Pentingnya kita mengenal ilmu ialah dengan ilmu kita kenal akan tuhan
1.1 Bukti ialah Ayah Pin yang menganggap dirinya tuhan
1.2 Pluralisma yang melanda dunia dengan mengatakan bahawa semua agama adalah sama.

2 ) Dengan ilmu kita kenal yang hak dan yang batil
2.1 Contoh Abdul kahar yang mendakwa dirinya adalah rasul melayu dan akhirnya rasul
melayu telah dipenjarakan dan dikenakan 6 sebatan

3 ) Dengan ilmu kita kenal halal dan haram
3.1 Contoh ialah babi itu haram

4 ) Dengan ilmu kita kenal sah dan batal
5 ) Dengan ilmu kita faham keutamaan
6 ) Dengan ilmu ia menampakkan islam itu paling maju dan saintifik.

Dalam Formula T iaitu Takwa.
Mengikut definasi sahabat Rasulullah yang bernama Abdullah Ibnu Mas,ud Takwa ialah
Taat jangan Maksiat
Ingat jangan lupa
Syukur jangan kufur

Hanya inilah yang sempat aku tulis dan duduk bersama adik-adik remaja. Terasa jadi remaja pula. Akhirnya aku menyedari rupa-rupanya aku ialah remaja bangka.......

5 comments:

limaumaniss said...

salam..akhi budiman..nak minta gambar2 masa program remaja tu..boleh kah...emel kepada ana...
g_nature83@yahoo.com , syukran..

ain fathihah fhm said...

bagus

Maiyah said...

nmpak keikhlasan, moga dpt keberkatan :)

Guru said...

assalammualaikum

wah ada istilah baru pulak ya... remaja bangka...

zai said...

wah..tak sia2 menjengah blog en diman hari ni...ada istilah baru..remaja bangka..hehehe..kelakar tol !!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...