Mereka begitu teruja mendengar penerangan Br Kamaruddin ini. Apabila tiba waktu solat, beliau menjemput pelancong-pelancong ini ke dalam masjid dan duduk di belakang sekali agar mereka dapat melihat umat islam bersolat. Tiba-tiba datang seorang Imam dari Masjid Kapitan Keling menghalau mereka dan meyuruh mereka pergi ke tempat lain. Keadaan ini menyebabkan para pelancong terkejut dan terus meninggalkan dewan Masjid dalam keadaan tersipu-sipu. Aku bertanya kepada Br Kamaruddin, "And what did you do to save the situation?" Beliau menjawab, "After prayer, I met them again and serve them cookies and tea. And only after that their smiles came back and and with that I bid them goodbye."
Inilah antara senario yang wujud di Malaysia yang tidak membantu dakwah kepada yang bukan Islam. Sedangkan Nabi menerima tetamu yang bukan Islam dari Taif dan golongan Kristian dari Najran di dalam Masjid di Madinah. Imam Bukhari pula meriwayatkan suatu insiden di mana Thamamah ibn Athal, seorang musyrik, diikat di dalam Masjid. Kesemua ini adalah dalil keizinan untuk yang bukan Islam memasuki dengan tujuan yang baik, kecuali di Masjid Haram berdasarkan surah at-taubah ayat 28. Agak pelik bahawa umat Islam menutup ruang yang di buka oleh Islam atas nama Islam....
Pada hari Ahad yang lepas ketika sedang memulakan kelas tafsir di Kompleks Belia Batu Uban, aku ternampak seorang wanita Inggerisn sedang khusyuk mendengar penyampaianku. Aku terus teringat kepada Imam Hasan al-Banna yang, ketika menyedari ada tetamu tertentu dalam kelas beliau, akan mengubah sedikit pengisian beliau, mengambil kira tetamu yang berkenaan itu, tanpa disedari oleh orang lain. Kebetulan aku sedang merumuskan pengajaran utama dari surah al-Mujaadalah yang baru dikhatamkan tafsirannya.
Aku terus menceritakan tentang Khoulah binti Tha'labah kerana kisah beliau menjadi tema surah al-Mujaadilah (atau al-Mujaadalah), yang bermaksud 'wanita yang mengadu', ya tema surah ini berkaitan dengan seorang wanita yang mengadu serta membantah tentang suaminya, Aus bin Somit, yang menziharnya. Beliau berkata, "Suamiku mengahwiniku ketika aku muda dan cantik. Ketika itu aku pula kaya raya.. Ketika aku tua diziharnya aku..." Keluhan wanita ini dilayan oleh Allah maka turunlah wahyu. antaranya bermaksud "Sesungguhnya Allah telah mendengar (dan memperkenan) aduan perempuan yang bersoal jawab denganmu (wahai Muhammad) mengenai suaminya, sambil ia berdoa merayu kepada Allah (mengenai perkara yang menyusahkannya), sedang Allah sedia mendengar perbincangan kamu berdua. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Melihat." (Mujadalah ayat 1) Kemudian Allah menjelaskan hukuman ke atas suami yang menzihar isterinya itu..

Surah in sekaligus menampakkan status wanita dalam Islam yang dimuliakan Allah. Siapa yang mengatakan wanita Islam dicipta untuk menjadi hamba sahaya kaum lelaki? Siapa mengatakan kaum wanita dalam Islam hanya menjadai pak turut membuta tuli kepada suami mereka? Siapa mengatakan isteri dalam Islam tidak boleh bersuara terhadap suami mereka? Jika ada yang berkata demikian ceritakan tentang surah ini dan sebab turunnya kepada mereka yang jahil ini. Sesungguhnya wanita di pandang mulia oleh Islam. SUARA MEREKA diiktiraf oleh Allah....
Begitulah antara perkara yang aka katakan dalam kelas itu, merujuk kepada Tafsir al-Azhar oleh Hamka. Aku melihat wanita Inggeris itu terus mencatat sesuatu selepas mendengar kenyataanku itu. Selesai tafsir dan solat Asar aku dibawa kepada wanita itu Beliau rupanya seorang wanita Jerman yang mendalami bidang Antropologi dan berada di Malaysia untuk mengkaji keadaan mereka yang memeluk Islam di Malaysia. Di dalam hatiku aku berdoa semoga Allah memberi hidayah kepadanya....
Cetusan Minda
Oleh Dr Danial bin Zainal Abidin
Telah mendapat keizinan dimasukkan kedalam WN
Cetusan Minda
Oleh Dr Danial bin Zainal Abidin
Telah mendapat keizinan dimasukkan kedalam WN
4 comments:
Islam lambat berkembang bila terlalu ramai sangat imam dan pendakwah yg berfikiran sempit.Tak mengkaji sirah dan sunah.
bagi mereka merasakan dia orang dah buat apa yg terbaik pada hal mereka tak sedar perbuatan mereka menjauhkan orang yg belum islam kpd islam
semoga urusan dakwah kita sehari-hari dipermudahkan
kalo berdakwah patutnya tak blehlah nak kira kalo bangsa lain pun.. :)
assalammualaikum
susah nak kata, ya...
menjadi daie bukanlah perkara mudah..
Post a Comment