Teman-teman

Thursday, November 05, 2009

Tak Mau. Itu Tadika PAS

Pagi semalam seorang wanita yang merupakan jiran tetangga datang. Sambil bersembang sempat juga dia meluahkan perasaannya.
" Sekarang ini susah betul nak mencari tadika yang murah. Kebanyakkannya mahal-mahal belaka. Yang murah pula jauh dari rumah ".
" Kenapa adik tak mendaftar tadika yang berada didalam kampung saja. Murah dan berdekatan dengan rumah ". Sampuk isteriku.

" Eeee tak mau la. Itu tadika PAS ". Sambil menggelengkan kepala seolah-olahnya merasa amat kegelian.
" Adik satahu saya tadika PASTI tak pernah pun mengajak kanak-kanak masuk dalam PAS. Walaupun saya bukanlah ahli PAS tapi saya tahu tadika itu banyak menerapkan tentang islam ". Sampuk pula aku
" Kalau nak dibandingkan dengan tadika lain yang asyik menyanyi lagu Twinkle-twinkle litle star lebih baik anak kita pulang kerumah dan mendengar dia bernasyid dan membaca doa ". Aku terus brainstorm dia.

" Tapi kami UMNO. Suami saya tak suka "
" Adik kita sebagai ibubapalah yang menjadi punca keruntuhan akhlak anak-anak kita. Kita terlalu mementingkan diri dan akhirnya anak-anak kita yang menjadi mangsa. Bila anak-anak dah besar sudah tentu susah untuk mencorakkannya kembali. Akhirnya kita akan menyalahkan mereka ". Aku bercakap amat lembut agar mudah dia faham akan keadaan. Terdiam dia seketika.

" Adik..apa yang berlaku ini ada pengajarannya. Adik bersusah payah mencari tadika yang terbaik untuk anak dan tidak dapat. Akhirnya yang hanya dapat dilihat dan ternyata murah sudah berada didepan mata. Itu semua perancangan dari Allah. Balik kerumah bincanglah dengan suami adik. Adik tak akan rugi memilih tadika ini dan inilah pelaburan yang baik untuk adik dan suami berjalan menuju keakhirat". Pandainya aku menasihat orang lain. Aku berkata begini sebab bila melihat anak-anak kecil pulang kerumah sambil bernasyid dan membaca doa, hati ini begitu sejuk.

Itulah yang aku lakukan terhadap kedua-dua anakku. Walaupun mereka tidak pandai sangat dalam agama namun penerapan semenjak kecil dan ibu bapa pula memantau setiap hari menjadikan mereka tidak terpesong dari landasan kehidupan. kalau kita sebagai ibubapa asyik memandang status kita. ego kita dan politik kita akhirnya anak-anak kita yang akan rugi dan sudah pastinya kita akan menyesal seumur hidup kita. Dengan keadaan kehidupan sekarang ini yang penuh dengan pergaulan yang melampau, agamalah yang akan menjadi pendinding kita. Bolehkah mereka membuang ego mereka sebagai ibu bapa. Jawapannya entah.. kalau politik disalah gunakan.

7 comments:

Kakcik Seroja said...

Betul tu Sdr Ariff... janganlah kerana fahaman politik, didikan anak-anak pun hendak dipotikkan juga. Anak2 itu saham kita di sana nanti.

omara said...

Pengaruh media perdana begitu kuat. Hari-hari dalam ruangan berita umpamanya kerap memaparkan yang PAS itu buruk, jahat, tak baik... akhirnya ia mempengaruhi setiap orang. Pandang saja logo PAS pun dah rasa geli geleman.... Nampak orang pakai ketayap putih pun dah takut...

Anonymous said...

Betoi tu arif.elok sgt ler nasihat depa lagu tu.anak2 yg besaq2 kita dah bela elok,la ni duk susah hati tenguk nasib cucu2 kita pulak.banyak sgt budaya tak sihat di sekeliling kita termasuk ler media.Nek tak berkenan sgt dgn Tom tom bak kat astro ceria tu.

scr said...

Tadika Islam bestttttttttttt.......
hahaha....ustazah baik2.....kihkihkih

ZOOL@TOD said...

PAS ke UMNO ke kita masih Islam. Qiblat tetap sama. Di alam barzakh kita tidak akan di tanya sama ada kita PAS atau UMNO.

Fikir-fikrikanlah.

Maiyah said...

apa yg geli plak ngan PAS, anak sedara sy suma msuk tadika Pas kat ampang, ajar agama takde langsung unsur2 politik pun

zai said...

Setuju dengan pandangan zool@tod, tak kira siapa kita didunia ini selagi bernama islam..kiblat kita, nabi kita dan tuhan kita adalah sama. Yang membezakan kita disana nanti adalah apakah amalan kita. Kenapa harus merosakkan minda anak2 dgn sebegitu dan mengajar anak2 utk hidup berpuak-berpuak sedangkan semua umat islam adalah bersaudara ?

Kalaulah Allah telah menetapkan bahawa semua orang PAS akan masuk syurga mana dalilnya ? dan kalau orang UMNO juga confident akan masuk syurga juga mana dalilnya ? yang nyata didalam parti PAS banyak ulamak2 hebat berada didalamnya..itu sudah pasti..

Masih merindui ulamak2 hebat didalamnya yang telah pergi dulu dari kita seperti ustaz fadzil noor dan ustaz ishak baharom..Al-Fatihah buat mereka.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...