Teman-teman

Monday, May 17, 2010

Maaf Ku Pinta

Alhamdulillah tinggal lagi 2 hari dimana pada 20 Mei 2010 aku dan isteri akan berangkat ke jeddah untuk mengerjakan umrah. Dari jauh aku memohon maaf kepada semua rakan bloggers dan pembaca yang sudi share pendapat dan banyak memberi aku harapan untuk meneruskan kehidupan setelah aku diuji dengan ujian yang amat berat bagi aku. kami akan berada disana selam 10 hari dan ini bermakna 10 hari aku tidak akan membuka komputer. Aku berdoa kepada Allah agar pembaca semua mendapat rahmat dari Allah dan dilimpahkan rezeki yang luas. Insyaallah kita akan berjumpa kembali sekembalinya aku ke Malaysia. Tolong doakan agar Allah permudahkan segala urusan kami semasa disana. Semoga kami dapat menempuh dugaan apa sekali pun semasa berada di bumi Makkah dan mendapat umrah yang mabrur. Semoga Allah memelihara kami dari berkelakuan tidak elok disana'

Insyaallah kita jumpa lagi

6 comments:

nadinezuharra said...

Walaupun tiada salah silap sdr Budiman,kemaafan jua kami hulurkan..
Semoga dapat melakukan ibadah dengan sempurna di Tanah Suci..InsyaAllah..

Guru said...

semoga dipermudahkan Allah segala urusan suami isteri
selamat pergi dan kembali

kapten said...

saya doakan semoga abg budiman selamat pergi dan pulang ameen..

Hj Atan said...

Disana kamu akan berurusan secara 'cash'.

Minta semuanya pada 'Dia'.. Bertaubat pdNya.

Rebutlah peluang mendapat Kerehadhaan Illahi.

Mudah-mudahan anda berdua balik tak lambat pickup lagi..Selamat berangkat dan kembali..amin.

Kassim Selamat said...

Salam sdr Ariff....semoga perjalanan sdr ke sana di permudahkan Allah.

hentian said...

entah bila aku akan menyusul...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...