Teman-teman

Thursday, September 16, 2010

First Customer

Sudah 7 hari Aidil Fitri berlalu. Sudah ramai yang mula berniaga. Isteriku mengambil keputusan akan memulakan perniagaannya pada 20 september. Esok 17 September kami akan ke kajang menghadiri majlis kenduri anak kakaknya. Sudah dua hari isteriku membuat roti canai segera. Pagi tadi dia menghidangkan aku dua keping roti canai. Katanya aku merupakan first customer merasa roti canai sebelum dibuka. " Nak ambil berkat. Nah bagi suami rasa dulu roti ni sebelum dibuka ". Sudah lama juga aku tidak merasa roti canai dia. Tidak ku sedari dua keping dipagi hari selepas subuh sungguh menyelerakan. Rasa macam nak tambah lagi tapi takut juga lepas raya aku bedal segala macam mak nenek. Selama dua hari la jawabnya aku tak buka blog. " Kita tengok handphone di kajang. kalau berkenan boleh beli. Di kajang murah saja ". Aku dah pelawa isteri. " Cantik ke komplek jual handphone depa ". Aku tertawa dengan pertanyaan isteriku. " Depa jual handphone tepi jalan saja. Tak payah masuk shoping komplek ". Aku mematikan terus pertanyaan itu. ketika aku menaip entri ini, aku masih di tempat kerja. Pukul 12 malam baru pulang kerumah.

1 comment:

hentian said...

IM nak order roti canai segera WN, camna? asyik beli jenama KRAFT je...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...