Teman-teman

Monday, January 02, 2012

2012 Dan Aku

Dunia telah melangkah ke tahun 2012 maka ramailah mereka membuat azam baru untuk kebaikan diri sendiri. Aku tetap seperti tahun-tahun yang lepas. Aku tidak berazam kalau setakat janji kosong. Tugas aku ialah mengemas rumah bersama anak lelakiku. Tiba-tiba anak lelakiku mengeluarkan sekotak yang mengandungi album keluarga. Inilah album yang aku cari selama ini. Gambar yang penuh bererti buatku. Akhirnya kerjaku terbengkalai akibat terlalu asyik melihat kembali nostalgia lamaku.

Ini adalah gambar arwah Siti Aishah ketika berumur 20 tahun. Ketika ini kami berdua telah bertunang. Melihat saja gambarnya aku telah jatuh cinta kepada tunangku. Hanya surat menyurat saja yang menjadi penghubung kami memandangkan talipon bimbit amat mahal sekali ketika itu. kalau beli sekali pun bayaran sewa sebanyak RM70 dan itu belum lagi di gunakan. Nasib baiklah kawanku adalah seorang posmen. Dialah yang banyak menolongku. Surat terus aku hantar kepadanya. Bila dia melalui rumah isteriku lalu diberikannya kepada isteriku. Memang manis ketika itu. Aku menanti dengan penuh debaran saat kami akan di ijab kabulkan.

Sebagai membalas gambar yang diberi kepadaku, aku juga memberi gambarku kepadanya. Gambar ketika aku mula-mula masuk bertugas dengan Lembaga Letrik Negara ( LLN ). Ketika ini aku berumur 26 tahun. Masih muda lagi. Dalam surat isteriku kepadaku katanya aku tampak handsome sekali dengan pakaian seragam. Betapa perasannya aku bila di puji oleh tunang sendiri. Terasa dunia ini seperti aku yang punya. Selalunya kalau tak sampai jam 1 pagi aku masih lagi bersama kawan-kawan berbual kosong. Bila sudah bertunang aku membuang sedikit demi sedikit hobi melepakku bersama kawan-kawan. Ada juga yang perli mengatakan yang aku sudah berubah setelah bertunang.

Bila kami sudah berkahwin aku membawanya ke Pulau Langkawi. Pulau Langkawi semasa itu belum lagi dibangunkan. Tiada deretan kedai. Ia di penuhi dengan bukit bukau yang menghijau. Aku terasa begitu bahagia di samping Siti Aishah ketika itu. Ketika ini isteriku sedang mengandung anak kami yang pertama.

Inilah anak kami yang pertama. Siti Zinnirah nama di beri. Isteriku terpaksa di bedah untuk menyelamatkan anak kami yang sudah kelemasan. Luka akibat pembedahan amat menyakitkan isteriku. Aku memberanikan diri membawa pulang isteriku dari terus di rawat di hospital. Aku berkata kepada doktor yang aku sendiri akan menjaga isteriku dan. Betapa kembangnya hidungku bila doktor berkata kepada isteriku yang dia begitu bertuah mendapat seorang suami yang penyayang. Senyum isteriku menerima pujian dari doktor terhadap suaminya.

Setelah 2 tahun melahirkan anak pertama kami, kami dikurniakan pula dengan seorang lagi anak. Hermawan nama di beri. Juga kaedah yang sama iaitu melalui pembedahan. Sekali lagi aku mengambil risiko dengan menjaga sendiri isteriku di rumah. Kadang-kadang aku membiarkan anak gadisku menolong mencuci luka. Biarlah dia merasai sendiri bagaimana rasa dan melihat emak kesakitan sewaktu melahirkan mereka.


Inilah kedua-dua anak kami ketika di bawa berkelah di tepi pantai. Aku merupakan seorang suami dan ayah yang paling bahagia ketika itu. Kini ia merupakan nostalgia buat diriku serta anak-anak. Kehilangan insan tersayang telah merubah segalanya dalam kehidupan kami kini. Masing-masing membawa diri mencari damai di hati. Moga tahun 2012 merupakan tahun yang akan merubah segalanya-galanya dalam hidupku. Aku begitu merindui masa lalu. Dapatkah aku mengecapi saat-saat bahagia kami yang lalu. Jawapannya mustahil. Itu adalah warna yang penuh nostalgia buatku.


8 comments:

Bearcat said...

Kenangan tidak dapat kita padamkan dari memori...kita hanya mampu tersenyum mengenangkan saat-saat bahagia, dan menitiskan air mata kerana merindui mereka yang telah tiada.

Unknown said...

Insya'Allah, semoga tahun mendatang akan lebih membawa makna buat kite semua... let's gone by gone ;)

Anonymous said...

manis rupa arwah
err nak tanya,meningga sebab pe ye?

Ariff Budiman said...

bearcat...Betul G. Mengis itu fitrah manusia asalkan jangan melampaui batas

Ariff Budiman said...

Maryayusof...Terima kasih from Peru

Ariff Budiman said...

MaYa MustWany...Cuba baca dalam tahu 2008 dengan tajuk berakhirny sebuah kehidupan

cucu said...

cantik arwah ninek sy tok..memangislah sepuas hati atok, biar lepas segala kesedihan di dada. cyg atok sy

Ariff Budiman said...

cucu...Atok dah puas menangis. Biarlah di akhir hidup atok penuh dgn kegembiraan. Bila dapat pangkat atok pula ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...