" Alhamdulillah...emak sudah sihat. Insyaallah nanti boleh keluar la ". Tersenyum ibu mertuaku. Tidak banyak cakapnya. Sama seperti anaknya Siti Aishah. Ketika keluar dari lif, aku bersuara kepada isteriku
" Nah jom kita survey kamera DSLR ". Isteriku hanya tersenyum dan mengiakan. Terus aku memecut motosikal di celah-celah deretan kereta. Begitu sesak sekali kenderaan menuju ke pusat bandar.
Kami melalui laluan sebelah Komtar. Dari jauh aku sudah melihat signboard Nikon. Aku terus memberhentikan motosikalku di hadapan kedai. Bila kami masuk kelihatan 2 orang mat saleh begitu sibuk dengan kamera DSLR. Tauke hanya memerhati akan kami.
" Tauke you ada tak kamera Nikon yang baru. Dia punya function macam DSLR ". Aku bertanya tauke kedai.
" Ala-ala ". katanya dalam nada yang tiada senyuman. Tidak mesra pelanggan.
" Boleh saya tengok macam mana rupa dia ". Aku meminta pada tauke tersebut.
" Lu mau tengok ka mau beli ". Terdiam aku seketika dengan soalan tersebut. Soalan yang tidak sepatutnya ditanya kepada pelanggan.
" Saya mau tengok dulu. Kalau puas hati baru saya beli ". Aku terus berkata sambil control hangat hati aku melihat begitu mesra dia melayan pelanggan mat saleh macamlah aku ini tidak berduit.
Terus dia mengeluarkan kamera lalu di beri kepadaku. Aku melihat yang kamera itu bukanlah yang betul. Ia umpama kamera mainan untuk kanak-kanak.
" Ini apa you kasi. Saya minta kamera yang original. You ingat saya mai sini mau main ka ". Aku sudah mula naik angin.
" Like this you serve your customer. You think i have no money ". Sengaja aku bercakap dalam bahasa inggeris yang entah betul atau tidak pronounciationnya. Biar orang mat saleh itu mendengarnya. Kelam kabut juga bila aku speaking sebab kelihatan kedua-dua mat saleh terdiam sambil memerhati aku. Mungkin mereka faham. Cepat-cepat dia mengeluarkan kamera yang original dan menunjukkan kepadaku.
" Even if you want to sell your shop also i can buy ". Aku sudah hilang pertimbangan. Isteriku menarik tangan aku keluar.
" Abang ni...Kalau nak marah pun patut-patut ler. Ada ka abang nak beli kedai dia ". Kata-kata isteriku membuatkan aku tertawa begitu kuat. Akhirnya kami berdua asyik tertawa di atas motor dalam perjalanan mencari kedai yang lain.
" Abang ni kira orang kaya ler. Dia tak mau jual kamera, abang nak beli kedai dia ". Sakat isteriku. Sempat juga di atas motor kami bergurau. Tak sangka aku speaking akhirnya. Akhirnya kami berjumpa dengan sebuah kedai Nikon yang terbesar berhadapan dengan pasaraya Mydin. ketika memasuki kedai kelihatan seorang lelaki tersenyum menyambut kami.
" Sila masuk. Boleh saya tolong encik ". Panas baran aku terus menjadi sejuk mendengar santunan pemuda tersebut.
" Saya nak cari kamera Nikon yang baru. Function dia macam DSLR ". Aku mengulangi ayat yang mula-mula tadi.
" Ada. Sekejap saya ambil ". Kemudian datang membawa kamera yang diminta.
" Ini dia Nikon V1 yang mempunyai 2 lens. Ramai yang complaint kata kamera DSLR berat maka Nikon pun mengeluarkan kamera yang baru. Function lebih kurang sama dan ia ringan. harganya dalam 2K ". Aku sudah tergoda dengan layanan tersebut. Melihat pula kamera tersebut aku sudah jatuh cinta.
" Boleh saya cuba ". Aku bertanya pemuda berbangsa cina yang fasih berbahasa malaysia.
" Sudah tentu boleh. Sebelum kahwin kita meminang dulu. Bila setuju baru kita letakkan harga dan terikh kahwin ". Isteriku tersenyum mendengar begitu pandainya pemuda tersebut dengan istiadat perkahwinan orang melayu. Kagum dengan kamera Nikon yang terbaru ini.
" Macam mana Nah ". Aku bertanya isteriku meminta pandangan walaupun aku tahu itu duit aku tapi apa salahnya meminta pandangan seorang isteri.
" Terpulang dekat abang. Nah tengok kamera tu pun bagus juga. Tak berat ". Kata-kata isteriku membuatkan aku mula terbayang ketika kami akan berada di Medan pada bulan Mei ini.
" Tak apa encik balik fikir dulu. Bila berpuas hati encik datang jumpa saya ". kata penjual. Rupa-rupanya itulah tauke kedai itu sendiri yang melayani kami berdua. Aku sudah berangan-rangan untuk memilikinya. Kamera ini di lengkapi dengan adapter yang membolehkan apa-apa jenis lens memasukinya. Kalau DSLR kosong berharga RM4k. Ini hanya RM2k. Tak apa. Aku tidak perlu terburu-buru untuk memilikinya. Ada rezki dapatlah aku kamera tersebut.
12 comments:
Alamak! kakcik pun turut tergoda ni. :)
kakcik...Cubalah try. gambar dia memang sharp. Kita boleh fokus lagi
teruk tul mentaliti peniaga itu
pB...Betul2. Dia ingat orang putih saja ada duit kut
he..he.. boleh panggil WN ambil gambar IM dengan ibu_suri nanti. mesti IM tampak handsome punya sebab kamera canggih!
insan marhein...Boleh2. Bisa di atur pak
Kelakar sy dgr ayat En Arif memarahi taukeh kedai tu... mmg biadapkan... padan muka klau tak mesti dah kena beli kedai die tu....hehee
MaryaYusuf..Sekali sekala WN speaking London. Riuh satu Penang
Kamera kami pun dah rosak.
Paknjang belanja kami kamera ni satu buleh? hehehe.
bearcat...Boleh2. Kita snap gambar lebah pun dapat
fuhh terbaik la abg ariff smash yang kerek tuh,pandan mukanya.dia ingat kita melayu senkek la.hope orang putih tuh pun xjadi beli.bior putih mata.
wahh baik la itu olang cina kedai satu lagi.kirim salam padanya ye.hahah..
xper,de rezeki nanti,de la.jangan terburu2.survey2 lagi kut2 de more better.
MaYa MustWany...Kira ni smash ala Lim Chong Wei la.
Post a Comment