Teman-teman

Wednesday, January 04, 2012

Bila Nikmat Allah Di Ambil Kembali

" Abang nak makan apa tengahari ni ". Tanya isteriku ketika berada di gerai. Aku pula terfikir-fikir apa yang akan aku makan. Nasi...Aku sudah jemu dengannya. Kadang-kadang sepinggan nasi pun belum tentu habis. Akhirnya isteriku juga yang menghabiskannya. Alkhirnya aku mendapat keputusan muktamad.
" Nah tak payah beli nasi lah. Abang beli buah timun dan sengkuang dan cicah dengan kuah rojak ". Habis juga aku bedal untuk tengahari. Aku teringin benar nak makan pulut durian. Ketika pulang dari kerja ternampak van yang sarat dengan buah durian.
" Memang rezeki aku nampaknya. Petang ni balik bolih makan pulut durian la aku ". Bisik hati kecilku. Seorang lelaki berkopiah sedang memunggah buah durian.
" Bang..buah dari mana ni ". Tanyaku kepada peniaga buah
" Kuala kangsor. Baru pagi tadi jam 4 saya mengambilnya. Tangkai pun masih baru lagi ". Sambil menunjukkan tangkai dalam samar-samar cahaya kegelapan. Maklumlah baru pukul 7 pagi.
" Isi elok ke bang ". Aku bertanya lagi untuk kepastian.
" Ish ish kamu ni. Takkan saya nak menipunye. Ni ketayap ateh kepalo ni ". Kata peniaga buah dalam loghat Peraknya.
" Ni ha satu lunggok RM10. Saya beri percuma satu. Ini sedekah ". Kata peniaga buah. Aku tergoda. 6 biji buah dengan harga RM10. Dah tak sabar nak makan pulut durian. Namun yang perlu aku buat ialah membawa 6 biji buah melintasi jambatan Pulau Pinang. Bawa kereta malas maka inilah saja jalan penyelesaiannya. Sambil belakangku menggalas beg laptop, aku mengharungi jambatan dengan penuh kesabaran mengharapkan agar petang nanti aku sempat makan pulut durian. Isteriku terkejut bila melihat aku bagaikan penjual buah.

" Abang beli pulut. Petang ni kita buat pulut durian ". Kataku kepada isteri.
" Abang bukalah dulu buah tu ". Macam tak percaya pula isteriku. Apalagi aku pun mula mengopek sebiji. Alamak isi berlendir. Rasa pula tawar. Aku letak sebelah. Buka sebiji lagi serupa juga tawar dan berlendir. Isteriku mula tersenyum sumbing. Buka yg ketiga. Keras macam penjual buah. Akhirnya lima biji isinya berlendir dan tawar dan hanya layak dibuat kuah sahaja.
" Baik lagi yang abang beli selalu tu. Mahal tapi makan berbaloi ". Betul kata isteriku. Ini merupakan yang terakhir aku membeli buah yang dikatakan murah. Aku bertekad pada hari khamis ini akan berjumpa dengan penjual buah yang akan berada di pasar malam. Tak berbaloi rasa aku membawa motosikal melintasi jambatan Pulau Pinang. Geram nyer......



12 comments:

Kakcik Seroja said...

Penjual itu bercakap dengan yakin tanpa beralas, ya? Dia tak ingat nak sebut InsyaAllah pun agaknya. :(

Miss Brenito said...

mmg selalu terjadi.. jgn cayer sgt klu murah, lg2 buah durian nih...

Ariff Budiman said...

kakcik...Ya lah. Confident lagi kata buah elok

Ariff Budiman said...

PRIMADONA BRANDLICIOUS..Betul. Puas hati mahal asalkan berbaloi di makan

Hajjah Noraini @Nanie said...

Kesiannn..hehehehe
Percaya pada kupiah atas kepala

Ariff Budiman said...

Marina Monroe...Lain kali tak percaya dah

Miss Brenito said...

pastu suke jadikan ketayap atas kepale sebagai alasan diri tuh jujur.. sgt geram dgn hambaAllah yg berperangai mcm ni.. tak malukah dengan Tuhan???

Ariff Budiman said...

PRIMADONA BRANDLICIOUS..Mungkin dia tak sedar apa yg di ucap. janji esok saya akan beritahu perkara yg sebenar

Unknown said...

Penipu betul penjual durian tu...sabor je lah ;)

Ariff Budiman said...

MaryaYusof...Tak apa. Tak ada rezekilah tu

cucu said...

ciannyo atok sy keno tipu..xpolah tok, nnti cucu kasi duyan lain yo tok..dahh jgn sedih2 lagi yo tok. cyg atok

Ariff Budiman said...

cucu...Terima kasih cucu. jangan nakal-nakal di sekolah ya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...