Teman-teman

Saturday, January 07, 2012

Drama Korea


Aku sedang menonton channel National Geography. Sedang syok layan datanglah isteriku dengan penuh senyuman yang penuh makna.
" Bang boleh tak Nah nak tengok drama Korea ". Merayu dia padaku. Aku nikan seorang suami yang loving. Tak sampai hati bila di rayu begitu. Terus aku menukar ke channel KBS. Aku ni bukanlah minat sangat dengan drama korea. Isteriku asyik pula bercerita tentang kisah yang ditayangkan. Sekejap dia marah. Entahlah kisah perebutan untuk mendapatkan hak dalam syarikat. Akhirnya aku berhenti juga bermain laptop. Aku layan sekejap isteriku bercerita tentang kisah yang ditayangkan. Tak apa at least aku menjadi a good listener

Aku masih ingat lagi bila arwah Siti Aishah begitu berminat dengan drama Winter Sonata. Akhirnya dengan aku sekali di bawa melancung ke Korea. Seronok pula sehingga sampai episod akhir aku layan. Habis Winter Sonata timbul pula Autumn In My Heart. Aku layan lagi drama Korea dimana heronya seorang yang lembut dan suka menangis. Akhirnya sehingga kini aku tidak minat lagi dengan drama korea dimana heronya macam pondan.

" Bang lelaki Korea kalau menangis memang romantiklah ". Kata isteriku sambil tersenyum.
" Ala...Abang kalau menangis lebih romantik. Nah nak tengok abang menangis ". Kataku pula pada isteri juga dengan balasan senyuman yang menawan kalbu.
" Nah tau abang memang pakar dalam menangis terutama bila cerita tentang kisah abang ". Tahu pun dia yang suaminya merupakan seorang pelakun yang hebat. Kalau aku berada di rumah, jam 9 memang aku terpaksa melancung ke Korea. Habis drama barulah kembali ke Malaysia. Nak buat macam mana. Janji bahagia Dok...

Jadi kepada suami. Jika anda mempunyai isteri yang berminat dengan drama Korea. Tak perlu bergaduh. Give them the chance untuk melancung sekejap. Jadilah seorang suami yang bertimbang rasa. Biar mereka layan sebentar walaupun kita tidak berminat. Habis drama Korea mereka akan back to normal. Dont worry. Be Happy....Kadang-kadang aku tunjukkan kepada isteriku Website drama Korea yang terkenal iaitu Maaduu. Tercengan dia bila melihat begitu banyak drama korea.
" Bestnya abang cerita-cerita dia ". Hai janganlah di website pun dia nak tengok.

14 comments:

Kakcik Seroja said...

Mujurlah kakcik bukan peminat drama Korea, jadi bolehlah suami kakcik melayan saluran National Geographic dengan aman. :)

Ariff Budiman said...

kakcik...Betul..Tak semua yang minat drama korea ya

Hajjah Noraini @Nanie said...

Salam Ariff,

Akak tak de aper yg minat di TV, honest tak minat lansung tapi kalau DVD seminggu lima keping en suami belikan. Haaaa..jgn marah bila dah lekat tengok kadang2 sampai 3 DVD boleh layan sekali gus. Pause bila waktu solat tiba..hahahahaha

Bearcat said...

Tak sangka maknjang peminat citer korea. Ya, berebut, berebut...sorang nak tengok bola, sorang nak tengok citer omputih. Abih2 puas berebut...tv yang tengok kami hahaha.

Unknown said...

Tergelak besar sy bile En Arif kata pelakon lelaki korea menangis mcm pondan...hahaa... husbnd sy jgn haraplah nak lyn cerita kegemaran sy... belum ape2 lg da cabut lari...hehee

insan marhaen said...

takut tersilap haribulan dia masuk baca website WN!

Ariff Budiman said...

Marina Monroe...Fuhh...3 DVD akak blh hadap.Power giler

Ariff Budiman said...

bearcat...Nasib ler G oiii

Ariff Budiman said...

maryaYusof..Betul la apa yang saya kata. memang pelalun muka macam wanita. Suka menangis.

Ariff Budiman said...

insan marhein...Minta-minta dia tak masukwebsite.Mhla2 maaduu lepas tu warna nostalgia. Habih...

Guru said...

memang tak menengok drama korea.. jadi tak taulah sedap ke idak :)

Thirah said...

semalam tgk entry masak megi...trus trah mask megi....skg tgh layan korea...tgk entry en ariff pasal korea...hehhee

Ariff Budiman said...

klcitizen cikgunormah...Pada mereka yg berminat cikgu memang terasa sedapnya

Ariff Budiman said...

athirah...Haha. Lepas ni WN nak cerita pasal nasi kandar pula. Tentu trah cari nasi kandar. Selamat mencari ya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...