" Ting tong ting tong....Assalamualaikum... ". Bunyi loceng dan di ikuti dengan salam. Terus aku membuka pintu rumah.
" Ayah suruh jual ketam. Ni tinggal sebungkus lagi pakcik. Ambil la pakcik RM1o saja ". Kata seorang anak remaja. Kesian melihat begitu rajinnya dia membantu ayahnya. Yang keduanya pula memang aku peminat ketam. Aku mengira ketam didalam plastik. 6 ekor untuk harga RM10 kira ok lah tu. Ketam tidaklah sebesar mana. Sebab aku membelinya ialah ia adalah ketam hijau dan bukannya ketam merah. Selalunya ketam hijau isinya padat berbanding ketam merah. Isteriku bukanlah penggemar ketam. Pernah aku bertanya dia
" Pasai apa Nah tak suka ketam ". Kataku kepada isteri.
" Malas nak kopek ". Selamba jawabnya.
" Orang yang mampu mengopek ketam bermakna dia ni seorang yang penyabar. Macam abang la ". Kataku kepada isteri. Tersenyum sumbing dia.
" Tapi abang sekali sekala naik angin juga ". Juga jawabnya selamba. Ya itu aku akui. Panas baranku masih kekal walaupun aku dapat mengawalnya.
" Abang nak masak apa dengan ketam ni ". Tanya isteriku sambil memegang plastik ketam.
" Abang nak masak apa dengan ketam ni ". Tanya isteriku sambil memegang plastik ketam.
" Nah buat masak sambal dekat abang boleh tak ". Kataku kepada isteri.
" Nah tak biasa buat. Macam mana nak buat ". Tanya isteriku.
" Ala senang saja...mula-mula Nah tumis bawang kemudian masukkan cili dan air asam jawa. Bila dah sebati masukkan ketam sehingga pekat ". kataku bagaikan seorang master chef. Maklumlah peminat siaran Master Chef yang di menangi oleh seorang doktor gigi.
" Ini resipi Aishah ka bang ". Tersentak aku dengan pertanyaan ini. Walaupun memang betul ini cara masakan arwah Siti Aishah namun tidaklah sangat aku mengakunya. Cover line.
" Apa yang isteri abang buat itulah yang abang ingat. Macam Nah pandai buat masak sotong berempah dan itu memang abang akan ingat sampai bila-bila sebab sedap masakan tu ". Tersenyum isteriku terus membawa pergi ketam kedapur untuk di masak. Lega hatiku takut dia terasa yang aku asyik mengingati akan arwah Siti Aishah. Sudah lama aku tidak menyebut nama Siti Aishah di hadapannya selepas kejadian merajuknya dengan aku.
" Bang mai kita makan ". Ajak isteriku sambil menghidangkan ketam masak bersambal. Melihat akan rupa ketam sudah membuat aku terliur. Terus aku mengangkat seekor.
" Macam mana bang sedap tak rasa ketam ni ". Tak sabar isteriku menanti jawapan dariku.
" Masyaallah Nah. Memang sedap ketam yang Nah masak ". Pujiku dan memang betul sedap. Rasanya tak tumpah seperti apa yang Siti Aishah masak.
" Sama tak macam Aishah buat bang ". Tanya isteriku.
" Tak sama ". Ringkas jawabku. Airmukanya berubah. Sengaja aku menyakat isteriku.
" Memang tak samalah Nah. Ini Nah yang masak untuk abang. Tentulah sedap rasanya. Kalau tidak sudah tentu abang tak bertambah ". Sambil mengambil nasi tambah. Tersenyum isteriku bila aku perbetulkan kembali. Kalau silap jawab sudah pastilah aku terpaksa berpuasa la jawabnya. Kepada suami-suami semua. Marilah kita menjadi suami yang suka memuji akan masakan isteri. Mereka telah melakukan yang terbaik untuk kita. Jangan kita jadi seorang suami yang terlalu cerewet dengan masakan isteri. Cuba kita pula masak dan bagaimana perasaan kita bila masakan kita isteri komen tak sedap.
8 comments:
Betul tu nasihat Abg Ariff. Saya pernah nak ambil hati isteri masakkannya asam pedas. Lain jadinya. Jadi kuah mee rebus.
Salam En Arif,
Setuju sgt ;)
Saya pun tak reti nak kopek ketam... kalau masak kari pekat2 pun sedap...alahai, rasa nak beli ketam pulak... tp macamana nak siang pun tak tahu...hehehe
Khahar...Tak pa janji kita sudah berusaha untuk membantu isteri. Tahniah bro
maryaYusof....Ketam tu saya kunyak2 saja. Tapi kena pandai asingkan kulit dengan isi dalam mulut kita sendiri. macam mana ya. Kelebihan seseorang. He he
selalunya cucu makan ketam siap kena bawa alu lesung sekali, senang nak ketuk sepit ketam..manis betoi isi dlmnya
cucu atok...Jenuh la bila nakmakan kena bawa lesung
tak reti makan ketam.kalau mak wat pun,mintak family kopek kan.
MaYa MustWany...Itulah yang paling mudah sekali
Post a Comment