Entah kenapa pagi ini aku terasa begitu teringin dengan nasi. Sudah seminggu aku tidak menjamah nasi. Tiba-tiba datang nafsu nak makan nasi kandar. Sebelum aku pulang kerumah pertamaku, aku singgah dulu di gerai nasi kandar berhampiran rumahku
" Assalamulaikum. Chek nak makan apa ". Tanya Mami
" Bagi saya kepala ikan senangin dan telur masin ". Kataku kepada Mami
" Baik-baik mak. Nanti masuk blog ". Kata anak Mami. Aku tersenyum dan tergamam.tak sangka ya mereka juga pembaca blog aku
Ketika aku pulang dari rumah, aku singgah di gerai Mami untuk mengambil gambar.
" Mami boleh saya ambi gambar.Nakmasuk blog cerita pada kawan-kawan ". Kataku.
" Ala Mami dah tua bukannya cantik lagi ". Merendah diri Mami.
" lagi tua lagi manis Mami ". Tersenyum Mami bila aku berkata begini.Tu yang gambar sedang senyum melerek.
Jadi kepada mereka yang mencari nasi kandar yang sedap dan harga yang berpatutan, datanglah ke gerai Mami bertempat di Sungai Ara. Bersebelahan padang bola Sekolah Rendah Kebangsaan Sungai Ara. Rasanya sedap dan murah berbanding dengan restoran nasi kandar. Orangnya bertudung pula dan penuh dengan sopan santum. Always senyum menerima tetamu. Hari ini wN beri promosi khas tentang gerai ini.
10 comments:
tak minat.hihihi..
Sedapnye nasi kandar.... makan sehingga menjilat jari :)
boleh cuba nnt....1 lg tmpt baru..... (kwsn tu mmg tau sbb dulu ulang alik dr sg 2 usm ke sk mutiara perdana!
Salam Ariff,
Kalau akak kesana, bawak pi situ bulehhh? hehehehhe
masa kat kulim dulu slalu jgk pekena roti tisu...skg..xde member dah...
MaYa MustWany...Rasa ler sekali sekala
MaryaYusof..Jilat jari tak pa. jangan sampai makan jari2
radziah AR...Selamat datang. Cubalah
Marina Monroe...Insyaallah bisa di atur akak
athirah...Itu roti tisu. Tak kena lagi nasi kandar. Fuh...pasti lena di buatnya
Post a Comment