Aku begitu gembira dan berdebar ketika menyarung cincin di jari manismu.
Senyum terukir di wajahmu di hadapan seorang lelaki yang bergelar suami
Kita bakal melayari bahtera yang sudah pasti akan di pukul oleh badai.
Namun itu sudah pasti kita tempuh dengan penuh keimanan
Siti Aishah. Kelahiran anak pertama menambahkan lagi kasih sayang.
Kelahiran anak yang kedua menguatkan lagi ikatan kasih.
Kau seorang isteri yang solehah dan seorang ibu yang penyayang
Kau di kasihi masyarakat
Wajahmu lembut. Senyummu menawan
Siti Aishah...Pemergianmu di tangisi
Kau di redhoi suami tercinta
Cahaya tersenyum terpapar di wajahmu walaupun tubuhmu kaku
Keredhoan Allah menjadi milikmu
Ketika sakit...kau patuh kepada yang esa
Resah suamimu menyejukkanmu
Anak di rantauan kau lembutkan mereka
Hakikat sebenar kau menanggung derita
Di pertiga malam kau mohon pada yang esa
Menerima ujian dengan kerelaan
Rintihan suamimu kau jadikan azimat
Untuk bekalan hari mendatang
Kau adalah mangsa dengki manusia
Sudah 3 tahun engkau pergi meninggalkan kami
Ibuku sering bertanya di mana geranganmu
Hilang sudah ingatannya dan selalu bertanya
Mungkin kerinduan menunggu kedatanganmu
Ibumu juga begitu. Kini semakin uzur
Menangis dia bila ku ceritakan tentangmu
Aku juga begitu tatkala merinduimu
Aku tunaikan hasratmu untuk menjaga ibumu
Sekurang-kurangnya terubat juga hatiku
Siti Aishah....Bila kita dapat bersua
Aku harus mempersiapkan amalanku
Untuk memasuki syurga bukan suatu yang mudah
Tetapi ia juga bukan sesuatu yang mustahil
Allah telah berjanji kepada manusia
Orang yang beramal soleh saja yang layak ke syurga......
Dapatkah kita bertemu nanti......
Aku terlalu mencintaimu Siti Aishah
12 comments:
saya pun sgt2 berharap dpt bertemu 'dia' di syurga nnt...aminnn
mek yusz...Sama-samalah kita berusaha untuk ke sana
Paknjang...pasai apa tiba-tiba sayu ni? :-(
RP, kata orang: tempat jatuh lagi di kenang. inikan pula tempat bermain.
Cinta pertama itu cinta yang tak dapat dilupakan, betul WN?
Red Panda...Sekali sekala bila hati tersentuh
insan marhein...Betul telahanmu sang nujum
teringat kekasih yang dah pergi berhijrah terlebih dulu ya. InsyaAllah, dengan rahmat Allah nanti akan ketemu juga.
klcitizen cikgunormah....Insyaallah. Mudah2an begitu
sweetnya..tak lalu nak baca fokus sgt2..kang takut nangis lagi.
MaYa MustWany...Usah takut dengan tangisan kerana ia mengubat segala2nya. Menangislah asalkan tidak melampaui batas
Salam En Arif,
Terharu sy baca, menginsafkan sy supaya bersyukur & menyayangi sepenuh hati selagi masih ada... Kalau boleh sy ingin pergi dulu sblm dia.. Tak sanggup rasanya...
MaryaYusof...Sebagai insan kita tidak dapat lari dari dugaan hidup. Kematian itu pasti akan tiba soalnya siapa yg akan pergi dulu. Walaupun sedih WN terpaksa juga meneruskan kehidupan ini
Post a Comment